Monday 5 December 2011

BUAH APRIKOT KAYA AGEN ANTIOKSIDAN

Aprikot dipercayai berasal dari china dan telah ditanam di India dan Tibet.aprikot ialah sejenis buah berwarna kuning yang sama rupa seperti buah plum dan pic.Buah aprikot kaya dengan pelbagai agen-agen antioksidan,fiber boleh larut,beta kerotin,magnesium,zat besi,fosforus,kalium,vitamin C dan berkalori rendah.tiga biji buah aprikot membekalkan beta kerotinlebih 50 peratus daripada keperluan harian dan hanya mengandungi 50 kalori.zat yang terkandung dalam buah aprikot terkenal untuk mengelakkan strok,kanser,ketidakseimbangan tekanan darah,kemunduran macular,katarak,prostat dan penyakit jantung.Dikatakan,kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya dikenali sebagai kaum yang berumur panjang.mereka amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.Aprikot juga dikenali sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek.Orang Rom pula mendedikasi buah ini kepada Venus,dewi cinta mereka.Aprikot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.Aprikot termasuk dalam kelas subasid.Asid ini boleh didapati ketika buah ini belum masak sepenuhnya.Keasianya akan semakin berkurang manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam peroses masak.Aprikot sejenis buah berbiji dan mengandungi          pelbagai khasiat.Buah,biji ,minyak dan bunga daripada buah aprikot telah digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum di dalam buah adalah sedikit,mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.


HiNdArI BaRaH 


kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta kerotin seperti aprikot menghindarkan penyakit barah,terutamanya pada bahagian tenggorok,paru-paru dan pankreas.Bahkan kini sudah terdapat banyak suplemen berasaskan biji buah aprikot di pasaran yang dikatakan dapat membantu menggelakkan dan merawat kanser.Selain itu,buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk memberhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan nikotin,sekali gus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan.Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

WaNiTa MeNoPaUs 


Aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah ini mengandungi boron,yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen.Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga jantung.Zat  besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan.Begitu juga silika,sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit,rambut dan kuku.


sumber: MIDI 15NOV2011

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.