Monday 30 April 2012

Daun bawang kaya pelbagai vitamin

Didalam daun bawang terkandung zat aktif yang memiliki daya bunuh terhadap bakteria (antibiotik) serta dapat merangsang pertumbuhan sel tubuh.  Oleh yang demikian, daun bawang sangat bagus dimakan.

Daun bawang juga bermanfaat untuk menghilangkan lendir dalam kerongkong, memudahkan pencernaan makanan dan akarnya dapat digunakan untuk mengubati penyakit cacing.

Tahukah anda bahawa daun bawang mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A, dan C, kalsium, protein, lemak, karbohidrat, saponin, tannin, minyak asiri, serat dan kalori.

Dengan kandungan tersebut, daun bawang berkhasiat untuk meredakan batuk, selesema, sesak nafas kerana selesema, diuretik, diaforetik, nyeri sendi dan anti radang dan menghilangkan bengkak kerana bisul.

Selain itu mamfaat lain seperti memudahkan seseorang itu mengeluarkan bau angin dalam badan (kentut), meredakan kembung perut dan dapat mengatasi masalah kekurangan darah dalam badan.


sumber: MIDI 15 APRIL 2012

Wednesday 18 April 2012

Ikan keli tinggi omega-3

Saya ingin berkongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca di blog saya ini, iaitu  mengenai suatu artikel.....

Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat.  Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.

Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.

Kajian daripada persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovascular, gastrousus, sistem peredaran dalam badan.  Pengambilan satu hingga dua sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Selain itu, keli mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 tinggi yang datangnya daripada sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton.  Asid lemak yang banyak terkenal dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikkan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.  Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.  Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.

Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendak yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa.  Pengambilan Omega-3 yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihannya.
Selain membekalkan sumber protein khasiat ikan keli juga dapat memulihkan sel-sel badan yang rosak, mencantikkan kulit dan berfungsi menyembuhkan luka setelah pembedahan serupa dengan khasiat ikan haruan.

Namun dikatakan ikan ini tidak elok diambil oleh wanita baru bersalin kerana ikan ini yang mempunyai sengat boleh menambah rasa kesakitan kepada wanita tersebut.


sumber: MIDI  APR 2012

Wednesday 11 April 2012

Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat

Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat.  Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat.  Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.






sumber: RAPI 1 APRIL 2012.

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.