Thursday 21 March 2013

Hebatnya khasiat brokoli dan bayam.

Dr.Micheal Grusack, yang berkhidmat sebagai psikologi tanaman di Pusat Penyelidikan Khasiat Kanak-kanak, Kolej Perubatan Baylor, Amerika Syarikat menegaskan,"Brokoli dan bayam mempunyai khasiat yang tidak tertanding. Kedua-duanya kaya dengan serat, vitamin dan zat galian serta rendah kandungan kalorinya." Bayam kaya dengan zat besi, folik, vitamin  A, manakala brokoli pula kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan kalsium. Kandungan glukosinolit dalam brokoli dapat memberikan daya tahan daripada penyakit barah. Brokoli juga mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin C, potassium, asid folik dan serat. Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat antiokosidan seperti beta karotin dan asid folik yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Secara tidak langsung enzim yang dihasilkan daripada khasiat brokoli dapat mencegah diabetes, sakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam brokoli lebih banyak berbanding buah oren.

Bayam yang dipercayai berasal dari Persia ditanam dalam pelbagai jenis spesies. Bayam di negara Barat boleh dimakan mentah dalam hidangan salad. Berbeza dengan bayam di negara kita yang biasanya akan dijadikan hidangan bertumis ataupun berair. Apa pun, bayam juga mempunyai khasiat setanding brokoli. Dr.Chiu-Nan Lai dari hospital M.D Anderson dan Institut Tumor di Houtson,Amerika Syarikat, mendapati khasiat dalam bayam boleh mencegah penyakit barah. Kandungan beta karotin dalam sel daun bayam boleh mengurangi risiko penyakit barah paru-paru, Kandungan beta karotin dalam menormalkan sel tubuh dan mencegah proses mutasi dalam badan yang boleh menyebabkan barah. Selain itu, mereka yang selalu makan sayur bayam juga dapat memperlahankan proses ataupun mencegah kekaburan pada mata hitam. Pakar mata daripada pusat kesihatan mata dan telinga di Massachusetts, Johanna M.Sedon telah menjalankan teori terhadap 356 lelaki dan wanita berusia sekitar 55 hingga 80 tahun mendapati mereka yang banyak makan bayam dapat mengurangkan masalah penglihatan yang kabur pada usia tua.Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes digalakkan makan banyak bayam ataupun minum air daripada daun bayam yang dikisar kerana ia dapat meneutralkan kandungan gula berlebihan dalam darah.

sumber:SAJI Dec,2004

Monday 18 March 2013

khasiat manga dari sudut kesihatan

BERMANFAAT MENGHALANG KANSER
Para pakar menyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, iaitu bahan penghalang kanser yang baik.


sumber: midi: oct'2011

Saturday 16 March 2013

Pilih makanan dengan betul

Pengambilan makanan yang mempunyai kesemua zat yang diperlukan setiap kali anda menikmati hidangan adalah penting. Makanan seperti roti, beras, buah-buahan dan sayur-sayuran banyak mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, sedarkah anda tentang makanan mana yang lebih baik untuk anda nikmati?

Roti putih vs roti gandum penuh

Roti putih sememangnya kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, roti mil penuh sebenarnya mengandungi lebih kalsium, zat besi dan selenium (antioksida) yang boleh membantu anda mencegah dari kanser.



sumber: mingguan wanita ogos'06.

Friday 15 March 2013

Awas bahaya pewarna karamel dalam minuman soda

Sudah acap kali kita dikhabarkan tentang keburukkan minuman berkarbonat terhadap kesihatan. Bagi yang mengemari minuman ini, anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser.
Karamel semula jadi diperbuat daripada gula, namun sebagai pewarna makanan, biasanya ia akan ditambahkan dengan bahan kimia amonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington D.C.
Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi amonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang berwarna gelap.
Dari aspek lain, soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti. Reaksi kimia antara gula dan amonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser.



sumber: mingguan wanita Apr'2011. 

Thursday 14 March 2013

Awas Bahaya Polisterine

Penggunaan pinggan mangkuk pakai buang dan pembungkusan makanan polisterine seakan sudah menjadi lumrah kepada para peniaga mahupun kita sebagai pengguna kerana sifatnya yang ringan, murah dan senang diperolehi. Penggunaanya amat popular di kalangan masyarakat kini.

Namun ramai yang tidak tahu dan peka dengan kesan penggunaanya terhadap bumi dan juga kesihatan. Tahukah anda bahawa polisterine mengandungi bahan kimia stirena dan benzena yang sukar terurai dan mungkin mengambil masa sehingga 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.

Bukan itu sahaja , polisterine turut diperbuat daripada monomer stirena aromatik iaitu sejenis cecair hidrokarbon daripada petroleum. Manakala bahan yang di kenali karsinogen kumpulan 2B yang terkandung di dalam polisterine merupakan salah satu punca utama penyakit kanser.

Akibat sikap kita yang sentiasa mengambil remeh perkara sebegini, ramai yang tidak mengetahui makanan yang kita makan saban hari dengan menggunakan bekas makanan pakai buang polisterine ini sebenarnya boleh membunuh.



sumber: SAJI mac 2011.

Wednesday 13 March 2013

ASID REFLUKS?

Asid refluks merupakan keadaan di mana asid dari perut naik ke atas melalui esofagus. Esofagus ialah saluran makanan yang menghubungkan mulut dan perut.

Asid refluks semakin buruk pada waktu malam kerana tiga sebab.
Pertama, kepekatan asid perut lebih tinggi pada waktu malam.
Kedua, dalam keadaan berbaring asid perut lebih mudah untuk refluks atau naik ke atas melalui saluran esofagus. Graviti tidak membantu menurunkan asid yang melekat di esofagus turun ke perut.
Ketiga, ketika tidur kita tidak menelan. Penelanan penting kerana ia membawa asid yang telah naik ke atas melalui esofagus turun ke perut . Apabila menelan, air liur yang mengandungi bikarbornat turut turun sama ke perut dan meneutralkan asid perut.

Jika terdapat makanan dalam perut, asid relfuks juga mengandungi makanan selain asid perut, pepsin dan cecair hempedu. Tisu selaput esofagus tidak boleh menangani asid kuat seperti asid perut. Kecederaan esofagus yang kronik dan berpanjangan dipercayai dapat menyebabkan kanser.



sumber : midi - 1 mac'2012


About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.