Monday 30 September 2013

DURIAN Belanda kaya nilai perubatan

Durian belanda adalah di antara 60 spesis buah nona dari keluarga Annonaceae. Ia bersasal dari Amerika Utara dan Selatan serta Caribbean tetapi kini boleh ditemui di semua negara tropika yng beriklim panas di seluruh dunia.
Dari Amerika Selatan, buah itu diperkenalkan be Bermuda dan Bahamas, dan dari selatan Mexico, ia dibawa ke Peru dan Argentina. Ia juga merupakan salah satu daripada buah-buahan pertama yang
diperkenalkan dari Amerika ke negara-negara Tropika, di mana ia diagihkan secara meluas dari tenggara China ke Asia Tenggara, Australia dan kawasan rendah di timur dan barat Afrika.
Di Malaysia, durian belanda yang juga dikenali sebagai nona duri ataupun nona nangka, merupakan salah satu daripada buah-buahan tempatan yang popular. Ia banyak ditanam di kawasan kampung dan kini dijual di kebanyakkan pasar raya utama di seluruh negara.
Dikenali sebagai Annona muricata dari segi saintifik, pokok durian belanda tumbuh setinggi 7.5 ~ 9 meter, berdahan rendang dengan ranting yang berbulu halus. Daunnya berwarna hijau tua dengan permukaan yang licin dan berkilat dan mengeluarkan bau yang agak busuk bila diramas.
Bunga durian belanda yang bertangkai pendek boleh tumbuh di mana-mana bahagian batang, dahan dan ranting pokok. Setiap satunya mempunyai tiga kelopak tebal berwarna kuning kehijauan di bahagian luar dan tiga lagi kelopak yang lebih kecil berwarna kuning muda di sebelah dalam.
Daripada bunga itulah muncul buah durian belanda yang berbentuk lebih kurang seperti hati tetapi ada juga yang melengkung sebelah akibat diserang serangga ataupun akibat proses pertumbuhan tidak sempurna.
Saiznya berbeza-beza, dengan setiap satunya sepanjang 10-30cm dan selebar 15cm dan beratnya boleh mencecah sehingga 2-4 kilogram sebiji. Kulitnya tebal berwarna hijau tua semasa muda yang bertukar menjadi hijau kekuningan setelah masak. Di bahagian luar, terdapat duri-duri lembut dengan bahagian hujung duri berkenaan mudah patah bila buahnya masak.
Isinya berserat berwarna putih dan bersari seperti isi ikan. Ia mempunyai aroma seperti nanas tetapi mempunyai rasa masam asid yang unik. Bijinya pula hitam berbentuk bujur, keras dan licin.Durian belanda manis atau masam-masam manis rasanya. Oleh itu ia enak dimakan segar. Isinya yang lembut setelah masak boleh juga dibuat minuman, aiskrim, tat, jeli, sirap dan salad buah-buahan ataupun didinginkan untuk disajikan sebagai pencuci mulut bersama-sama sedikit gula dan susu ataupun krim.
Selain itu, durian belanda juga digunakan sebagai bahan masakan. Di Indonesia, buah yang masih muda dimasak sayur ataupun dibuat sup. Di Brazil, ia dibakar ataupun digoreng.
Di Malaysia, jus durin belanda pula merupakan minuman popular yang menyegarkan di restoran-restoran terkemuka di seluruh negara. Kaedah membuatnya cukup mudah. Setelah dibuang biji, isinya dikisar bersama-sama sedikit gula, air ataupun susu dan dicampur dengan sedikit ais kiub.
Akhir-akhir ini, banyak yang diperkatakan tentang khasiat durian belanda dan nilainya kepada manusia. Buah itu kaya dengan vitamin A, B1 (Thiamine) dan B2(Roboflavin), C, niasin, asid folik dan asid lelemak. Ia juga mengandungi sedikit lemak, karbohidrat, protein, serat, serta zat galian seperti zat besi, sodium, kalsium, potassium, fosforus dan juga magnesium.
Kajian-kajian terbaru menunjukan bahawa daun, akar, kulit pokok, buah dan biji durian belanda mengandungi beberapa jenis bahan kimia bioaktif seperti acetogenins, alkaloids, terpenes, flavonoids dan minyak.
Bahan kimia acetogenins, yang hanya ditemui pada spesies nona darpada keluarga Annonaceae, didapati bersifat, antara lain, antibakteria, antiserangga, antiketumbuhan, antimalaria dan antiparasit.
Ciri-ciri itu telah menarik perhatian beberapa buah badan dan institusi kesihatan di seluruh dunia, termasuk Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat, untuk menjalankan kajian secara lebih mendalam tentang keberkesanannya dalam memerangi penyakit barah, khususnya barah usus, barah payu dara, barah prostat, barah paru-paru dan barah pankreas.
Selain dikaji untuk mengubati barah, durian belanda juga digunakan dalam perubatan tadisional untuk mengatasi masalah kesihatan. Buah dan jusnya digunakan untuk melawaskan kencing, membunuh cacing kerawit dan parasit, mengubati demam dan meningkatkan pengaliran susu ibu.
Ia juga bertindak sebagai astringen untuk meredakan cirit-biit dan disentri serta merawat penyakit hati. Kulit pokok, daun dan akar durian belanda pula direbus dan airnya diminum untuk mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi.
Buah durian belanda yang masih muda boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati penyakit disenteri. Daunnya pula ditumbuk halus kemudian ditampal ke bahagian sendi untuk melegakan penyakit sengal tulang atau disapu pada kulit bagi merawat ekzema atau masalah-masalah kulit yang lain.
Selain itu, daun durian belanda diramas untuk dibuat mandi bagi meredakan demam. Kaedah yang sama juga digunakan di bahagian kepala untuk membunuh kutu. Masalah yang sama boleh diatasi dengan cara menumbuk bijinya kemudian disapu ke rambut. Bagaimanapun, berhati-hati jika menggunakan biji durian belanda kerana ia mengandungi sejenis minyak yang boleh memedihkan mata.


sumber : SAJI mei 2003

Thursday 26 September 2013

Buah nangka

Buah nangka atau nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus mempunyai kulit yang kasar dan tebal serta
mempunyai banyak biji di dalam.
Pokok nangka tumbuh dengan baik di pelbagai jenis tanah di kawasan tanah di kawasan tanah rendah tropika tetapi ia tidak tahan kemarau atau banjir. Di Malaysia, kedua-dua buah yang mentah dan masak digunakan dalam masakan manakala kayu nangka juga penting di India dan Sri Lanka sebagai bahan untuk membuat perabot, bahan binaan dan alat muzik.
Nangka mempunyai khasiat perubatan dari daun hingga akarnya. Orang cina menganggap isi dan biji nangka menyejukkan dan menjadi tonik berzat yang dapat mengatasi masalah alkohol dalam sistem badan. Kanji biji nangka digunakan untuk melegakan penyakit hempedu manakala biji yang dipanggang dianggap sebagai afrodisiak. Abu daun nangka yang dibakar dengan jagung dan tempurung kelapa diguna secara berasingan atau sebagai campuran dengan minyak kelapa untuk merawat ulser atau barah.
Selain itu, getah nangka apabila dicampur dengan cuka boleh mengubati penyakit yang bernanah, patukan ular dan bengkak kelenjar. Manakala akarnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit kulit, lelah, demam dan cirit-birit. Kulit nangka boleh dibuat demah manakala daun yang disalai digunakan untuk mengubati luka. Di samping itu, kayu nangka mempunyai ciri sedatif, empulurnya dikatakan boleh menyebabkan keguguran.


sumber: SAJI April 2007

Wednesday 25 September 2013

Makan sebiji oren boleh kenyang lebih lama!

Kajian pakar pemakanan mendapati, hanya dengan memakan sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda akan berasa kenyang lebih lama.
kenapa?
Sebabnya, oren mengandungi serat yang dapat melambatkan proses pengosongan perut serta pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Ini kerana sebiji oren mengandungi serat makanan kira-kira 30 gram. Jumlah ini mencukupi keperluan harian tubuh anda. Jumlah yang disarankan pakar pemakanan ialah sekitar 25 gram sehari.
Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi sekitar 70 miligram vitamin C. Kita disarankan mengambil vitamin C sebanyak 30 hingga 100 miligram setiap hari.
Oren bukan saja kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi tetapi mengandungi karbohidrat yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, sukrosa serta membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.
Oren selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan folat yang tinggi seperti dalam oren segar akan menurunkan kadar homocystein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
Apabila kadar homocystein menurun, risiko diserang penyakit kardiovaskular seperti jantung juga dapat diatasi selain memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser.
Oren merupakan salah satu buah yang memiliki agen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.


sumber: mastika oktober 2013

Thursday 19 September 2013

KONGSI RAHSIA WARNA DAN KHASIAT

WARNA HIJAU
Yang biasanya terdapat pada buah epal hijau serta sayur-sayuran daun seperti bayam, kangkung, brokoli, lobak, aneka sayuran kacang dan sebagainya mengandungi pelbagai fitokimia seperti lutein dan indoles yang berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan kekebalan tubuh.

WARNA MERAH
Pada buah-buahan seperti epal merah , tembikai, delima, strawberi, kranberi, resberi dan ceri pula mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata selain khasiat lain seperti lycopene dan anthocyanins.

WARNA KUNING-JINGGA
Yang terdapat dalam oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, jagung, betik,markisa dan nanas pula mengandungi pelbagai jumlah antioksidan seperti vitamin C serta karotenoid dan bioflavonoid.

WARNA BIRU-UNGU
Di dalam anggur, beri biru, kubis ungu/merah, anggur hitam, terung, keledek ungu dan plum pula mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang baik untuk awet muda.

WARNA PUTIH DAN COKLAT
Mengandungi jumlah fitokimia yang berfungsi untuk kesegaran tubuh di samping sebagai egen menyeimbangkan berat badan. Ia biasanya terdapat di dalam kacang soya, bunga kubis, lobak putih, cendawan, pisang dan kentang.


sumber: majalah keluarga november 2011

Sunday 8 September 2013

WARNA AIR KENCING


Pernah tidak anda terfikir menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika
tidak, mungkin sudah tiba masanya anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda,

Air kencing sepatutnya berwarna keperang-perangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat, Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum,
Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaanya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat.

Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau supplemen yang diambil mesti dipandang berat.



sumber: MIDI 15 Jun 2013

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.