Friday 27 December 2013

13 makanan untuk kulit mulus

Lobak merah
Biasanya kita dengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar lebih menjadi baik dan menghalang sel-sel kanser.

Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

Timun
Bayam
Badam
Coklat hitam
Teh hijau
Ubi manis
Salad
Tomato
Strawberi
Soya
Telur


sumber: 15 mei '12  rapi

Thursday 26 December 2013

Rahsia cendawan

Cendawan merupakan sejenis kulat yang diiktiraf sebagai herba yang sangat berguna kepada manusia.Ia tumbuh di atas tanah atau sumber nutreinnya. Sesetengahnya tumbuh meliar namun kini manusia giat menanam tumbuhan ini untuk dimakan atau tujuan perubatan. Tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada juga yang beracun. Kajian mendapati cendawan mampu mengurangkan gula, menambahkan insulin dalam darah, membunuh beberapa  virus yang menyebabkan penyakit berjangkit dan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan barah.

Cendawan  Shiitake
Ia biasanya dimakan sebelum bahagian bawahnya berubah warna. Ada yang menyukainya dalam bentuk kering berbanding segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Mempunyai pelbagai khasiat dan nilai perubatan kerana kandungan pelbagai asid amino, vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian mendapati kebaikkannya adalah disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Ia mampu memberikan tenaga kepada sistem imun untuk menentang jangkitan dan penyakit.Cendawan ini juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus,serviks,payudara, merencatkan kanser dan pelbagai lagi.

Cendawan Kukur
Nama saintifiknya ialah Schizophyllun Commune. Ia merupakan sejenis cendawan klasik yang mudah ditemui pada kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Sifatnya yang lasak memudahkan ia tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan di dalam ubat antitumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, antiradang, antibakteria, antiparasit dan melindungi hati.


Cendawan Jarum Emas
Ia dipercayai meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain bertindak sebagai agen antiradang dan aktiviti pelindung gen (menghalang kerosakkan DNA ),cendawan ini juga merupakan agen toksik kepada sel tumor.







Cendawan Ling Zhi
Nama saintifiknya ialah Ganoderma Lucidium. Juga dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun. Ia sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan khasiat perubatan yang sangat tinggi. Ia tumbuh liar di kawasan hutan dan sukar didapati. Selain itu, cendawan ini melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik, untuk selesema, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Bunga Kobis
Nama saintifiknya ialah Hercium Erinaceu. Membantu pertumbuhan dan rawatan penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan alzheimer. Ia juga menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta meningkatkan sistem imuniti.







Cendawan Tiram
Juga dikenali sebagai Abalone. Ia dikatakan berupaya mengawal aliran dan merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti untuk melawan jangkitan virus dan bakteria serta menghalang pertumbuhan tumor serta sebagai agen antioksida.






sumber : rapi 15 mei 12.








Monday 23 December 2013

Buah Naga pengawal kolestrol

Buah naga atau dragon fruit mendapat nama kerana kulit luarnya berwarna merah dan ia mempunyai sayap seperti seekor naga.Dikenali juga dengan nama saintifiknyaa Epiphytes atau Pitaya, buah naga berasal dari Amerika Selatan.Walaupun rupa buah ini ganjil,namun begitu buah yang tergolong dalam keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus ini sebenarnya kaya dengan khasiat.

Tanaman ini juga mendapat gelaran 'Queen of the Night', 'Moonflower' dan 'Lady of the Night' kerana bunganya yang besar dan hanya akan berkembang pada waktu malam.Pokok bunga naga hanya akan berbunga tiga hingga enam kali setahun.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.Terdapat pelbagai variati buah naga.Tetapi yang paling popular adalah daripada variati Yellow Dragon Fruit, Vietnam Dragon Fruit, dan Red Dragon Fruit.Terdapat dua jenis isi buah naga iaitu isi yang berwarna putih dan isi yang berwarna merah.Menurut pakar pemakanan, buah naga daripada jenis isi  berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Menurut kesusasteraan Aztec, buah naga mula diperoleh sejak kurun ke-13.Di negara Vietnam, tempat di mana buah naga ditanam secara besar-besaran, ia dikenali sebagai thang loy.Dipercayai, buah ini telah diperkenalkan ke Vietnam oleh orang Perancis.

Di Malaysia sendiri, buah ini dikatakan telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Sitiawan,Johor dan Kuala Pilah.Colombia dan Nicaragua adalah antara negara yang buahnya ditanam untuk tujuan komersial.

Kawasan ini sesuai ditanam kerana buah  naga memerlukan cuaca panas.Penanaman buah naga amat berpotensi tinggi kerana ia banyak dihasilkan dalam pembuatan jus, wain dan pewarna.Apa yang paling penting, nilai perubatan yang tinggi dalam buah naga buah naga membuatkan semakin ramai yang menggemarinya.

Anda dikatakan boleh kekal sihat dengan memakan buah naga segar mahupun yang telah dikeringkan.Bagi mereka yang menderita penyakit diabetes, pengambilan buah naga segar atau dikeringkan mampu menjamin pengawalan glukos darah.

Secara asasnya, buah naga kering lebih 10 kali lebih sedap daripada yang segar kerana ia kenyal dan sedap untuk dikunyah.Di Taiwan, buah naga digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pengganti nasi dan untuk menaikkan kandungan serat dalam pemakanan seharian mereka.

Kurangkan lemak

Buah naga amat tinggi dan pekat kandungan vitamin C, mineral-mineral dan merangsang kandungan serat yang tinggi.Kandungan vitamin C yang tinggi dikatakan mampu menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

Buah naga juga kaya dengan fitoalbumin.Zat-zat ini adalah amat penting dan terkenal di dunia dengan antioksidan yang mampu membantu mencegah pembentukan radikal-radikal bebas yang menyebabkan kanser.

Selain itu, buah naga juga mengandungi kandungan zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (untuk mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (untuk menambah selera), dan vitamin B3 (untuk menurunkan kadar kolesterol).

Selain berkhasiat dan sedap dimakan, terdapat kepentingan lain untuk memakan buah naga.Karotena yang terdapat di dalam buah naga mampu mengekalkan dan memperbaiki kesihatan mata.Serat yang terdapat pada pada buah ini pula membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.Manakala fosforus yang terdapat dalam buah ini pula membantu pembentukan tisu.

Walaupun terdapat pelbagai zat dan khasiat buah naga, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.



sunber: oct 2011 mingguan wanita

Tuesday 17 December 2013

Makan banyak telur BERISIKO hidap KANSER PROSTAT

Hati-hati kepada golongan lelaki yang gemar menikmati hidangan telur setiap hari.Ini kerana, menurut penyelidikan, makan tiga biji telur dalam seminggu secara signifikan akan meningkatkan risiko dan membahayakan mereka terhadap kanser prostat.

   Kesimpulan ini didapati melalui uji kaji yang mendapati bahawa lelaki yang mengambil lebih daripada 2.5 biji telur setiap minggu memiliki risiko 81% menghidap kanser prostat.

   Kumpulam penyelidik di Havard School of Public Health di Boston meneliti kebiasaan makan 27 ribu responden selama 14 tahun.Mereka tidak mendapati sebarang hubungan yang disignifikan di antara jumlah daging yang dimakan dengan tumor, tetapi sebaliknya mereka mendapati jumlah kematian yang lebih tinggi akibat kanser dan di antara mereka diteliti banyak mengambil telur dalam hidangan mereka.

   Penyelidik menyebut mendapati terdapat kerosakan yang mungkin dilakukan oleh sejumlah besar kolesterol atau kolin, iaitu nutrisi yang membantu sel berfungsi dengan baik yang didapati di dalam telur.

   Walaupun begitu, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang pada prostat, iaitu kelenjar di dalam sistem reproduksi lelaki.Hal tersebut berlaku ketika sel prostat mengalami mutasi dan mulai berkembang di luar kendali.Kanser prostat dapat menimbulkan rasa sakit , kesulitan membuang air kecil, disfungsi erektil dan gejala lainnya.

Sumber: OKTOBER 2011 MINGGUAN WANITA

Monday 16 December 2013

PATUTLAH..........

Jangan persoalkan mengapa penyakit jantung dan kanser lebih meluas di kalangan lelaki. Di Amerika Syarikat, sebanyak 40 peratus kanser yang menyerang kaum lelaki adalah disebabkan pola pemakanan mereka. Ayuh, lihat apa yang tidak kena!

Lelaki lebih cenderung mengambil makanan tinggi kolestrol berbanding wanita.
Lelaki lebih gemarkan makanan berlemak dan makan lebih banyak daging merah dalam menu mereka.
Sudahlah begitu, mereka ambil buah-buahan dan sayur dalam kuantiti yang sedikit. Makanan berserat pun bukanlah pilihan mereka.
Kebanyakan lelaki kurang gemar makan pagi.
Mereka minum kopi lebih banyak. Purata pengambilan kopi dalam kalangan lelaki adalah sehingga empat ke lima cawan sehari.


sumber: 01 MEI '11 Rapi




Saturday 14 December 2013

Fikiran beracun TOKSIK kepada tubuh

Fikiran beracun tidak ada pada semua orang. Fikiran beracun memberi kesan negatif pada diri.  Malah ia boleh menimbulkan emosi yang meluap-luap ekoran perasaan marah, tidak puas hati dan sebagainya. Tahukah anda bahawa emosi yang meluap adalah penyumbang kepada masalah kesihatan seperti pening, migrain, ketegangan, kurap kulit, sakit sendi dan baran? Langkah terbaik mengawal penyakit tersebut ialah dengan mengawal kemarahan. Fikiran negatif ini harus dibuang jauh-jauh.



sumber : 15 sep 2011 - MIDI

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.