Monday 25 August 2014

Brokoli boleh naikkan kehangatan seksual


Masih ramai yang tidak tahu khasiat brokoli. Brokoli yang berwarna hijau ini sememangnya sedap untuk dimakan maka tidak hairanlah cara penyediaanya amat mudah iaitu anda hanya perlu stim ataupun rebusnya sahaja. Selain itu anda juga boleh mencampurkannya dengan sayur-sayuran lain sebelum memakannya.

Kaya dengan khasiat
Brokoli kaya dengan pelbagai khasiat kerana ia padat dengan antioksidan vitamin A,C dan E yang berkhasiat untuk tubuh anda. Dengan memakan brokoi anda dapat melambatkan kerosakkan sel yang boleh menyebabkan anda mudah menghidapi penyakit dan mengalami proses penuaan dengan cepat. Selain itu, brokoli juga mengandungi lebih dua kali ganda vitamin C seperti oren.
Kelebihan ini dapat menguatkan sistem imun mereka yang memakannya.
Dengan menambah brokoli dalam makanan, anda juga akan mengaut kelebihan yang terdapat di dalamnya. Brokoli mengandungi beta karotin yang membolehkan anda mendapat kulit sihat. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan kecerahan kulit anda.
Brokoli juga elok dimakan oleh wanita yang sedang mengandung kerana ia adalah pembekal vitamin B dari asid folik. Khasiat ini adalah penting kepada wanita semasa di permulaan 12 minggu kandungan untuk mengelakkan bayi anda mendapat kecacatan saluran neural seperti spina bifida.
Selain itu, brokoli juga kaya dengan galian kalsium (penting untuk tulang yang kuat,kuku dan gigi) dan zat besi, di mana ia dapat mengekalkan pengeluaran sel darah merah, yang dapat mengelakkan anemia.

MELAWAN BARAH
Kandungan dalam brokoli juga mengandungi bahan yang boleh menolong mencegah barah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Kajian T Makanan di UK, mendapati apabila jus brokoli dicampurkan kepada sel darah pesakit, 95 peratus sel yang dijangkiti itu telah hilang.
Brokoli juga mengandungi sebatian yang dipanggil sulphorafane, salah satu bahan phytochemical asli (kimia tumbuhan) iaitu agen yang dapat menyebabkan sel pra-barah musnah sendiri.
Apabila anda memakan brokoli selalu, anda akan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit barah payudara, di mana barah ini sering dihubungkaitkan dengan terlebihnya hormon estrogen pada wanita.
Menurut satu penyelidikkan yang dilakukan oleh Dr.Jon Michnovicz dan kumpulannya di Institut Untuk Penyelidikkan Hormon di New York, sebatian yang dipanggil indoles, di dalam brokoli dapat meningkatkan kelajuan kadar metabolisme estrogen, tetapi ia mengurangkan hormon yang menjadi makanan barah tersebut.
Wanita yang mempunyai kadar kedudukkan tinggi asid folik mungkin juga akan kurang mendapat peluang untuk menghidapi barah servik atau hati.
Selain daripada itu, brokoli boleh melancarkan sistem penghadaman anda. Satu hidangan brokoli mengandungi 3.6 mg serat, di mana ia baik untuk kesihatan perut. Bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam hubungan seks, brokoli juga boleh menyalakan daya kehangatan seks anda dan pasangan. Dipercayai Selenium dalam brokoli dapat meningkatkan daya libido dan esuburan anda.

sumber: mingguan wanita mac'01





About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.