Thursday 11 December 2014

vitamin C - apa yang perlu kita tahu

Vitamin C merupakan suatu vitamin yang diperlukan oleh setiap peringkat umur. Ia berfungsi sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Radikal bebas boleh digambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita dan sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian. Ia juga terdiri daripada bahan toksik yang boleh menyebabkan kerosakkan bukan sahaja pada dinding sel tetapi juga bahan-bahan genetik di dalam sel. Kerosakkan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus meningkatkan risiko kesihatan individu.

Vitamin C diperlukan untuk menguatkan sistem imun. Kanak-kanak yang lazimnya kurang gemar memakan sayur dan buah-buahan akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin C serta lain-lain mineral yang diperlukan untuk tumbesaran. Wanita mengandung pula memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi bagi membantu penyerapan zat besi dan mengaktifkan asid folik. Satu hingga dua hidangan buah sitrus atau sayuran boleh memberikan bekalan yang mencukupi.

Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah bahan mudah larut yang hampir sama dengan glukos. Ianya merupakan vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen. Keberkesanannya boleh terjejas apabila terdedah kepada cahaya, udara dan haba. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.

Salah satu fungsi utama vitamin C ialah mengekalkan kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit, ligmen dan tulang. Oleh itu, mereka yang aktif bersukan atau para athlet mesti mengambil vitamin ini untuk memulihkan tisu mereka yang terjejas semasa bersukan.

Vitamin C turut berperanan menyembuhkan kulit yang luka dan melecur kerana ia memudahkan pembentukkan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut. Sel-sesl di dalam dinding arteri juga memerlukan kolegan untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung, serta diperlukan juga oleh kapilari darah yang lebih mudah rosak.
Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan vitamin C.

Kandungan asid askorbik di dalam darah boleh berkurangan apabila merokok. Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian besar kekurangan vitamin C. Oleh itu adalah disarankan perokok dan juga penghidap penyakit-penyakit kronik menambah dos vitamin C dalam pemakanan mereka.

Baru-baru ini, kajian mengatakan Vitamin C boleh mengelakkan kanser. Ciri antioksida yang dimilikinya dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakkan mutasi. Vitamin C turut melindungi sistem imun tubuh, pertahanan pertama tubuh dari kanser dan mengelakkan beberapa sebatian penyebab kanser terbina di dalam badan. Kajian mengatakan nutrien membantu memelihara sistem imun untuk membolehkannya melawan kanser. Dos vitamin C yang tinggal juga boleh membantu menggurangkan simptom lelah.

Banyak lagi kelebihan vitamin C selain yang telah dihuraikan. Ternyata kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh mendatangkan kemudaratan yang sangat serius. Namun begitu, pengambilan dos vitamin C berlebihan tidak menjadi masalah kerana nutrien bersifat larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.


sumber: i-sihat dec 2014.  

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.