Tuesday 4 August 2015

Yang Benar Mengenai Kopi

Kopi boleh menurunkan berat badan-separa mitos
Tidak semestinya kesan pengambilan kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan selera untuk jangka masa tertentu.Namun belum ada cukup bukti ia membantu menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang.

Kopi membantutkan pertumbuhan-mitos
Stigma ini mungkin telah lama beredar dalam masyarakat.Bagaimanapun kepercayaan kopi boleh membantutkan pertumbuhan hanyalah mitos yang tidak diketahui dari mana datangnya.Malah tidak ada bukti saintifik kukuh yang menyokong dakwaan ini.

Kopi sangat menagihkan-separa mitos
Mungkin ada sedikit kebenarannya kafein merangsang sistem saraf utama.Bagaimanapun kesannya hanya bertahan sehari atau dua hari sahaja dan jauh sekali jika mahu disamakan dengan ketagihan terhadap heroin.
Kopi menyebabkan penyakit jantung,kanser,osteoporosis dan penyakit anjing gila.
Mengambil jumlah (sehingga 300ml atau tiga cawan kopi caffeine secara sederhana tidak memudaratkan anda.Jika mempunyai tekanan darah tinggi anda hanya akan mengalami peningkatan kadar denyutan jantung, tetapi tidak ada kaitan antara kafein dengan kadar kolestrol tinggi, penyakit kardiovaskular atau penyakit anjing gila.Sebaliknya banyak kajian membuktikan kopi sebenarnya bagus untuk anda.

Wanita mengandung tidak boleh minum kopi-mitos
Kafein tidak merbahaya kepada fetus. Bagaimanapun wanita mengandung dinasihatkan mengambil 200ml atau kira-kira 1 awan kopi sahaja .

Semua kopi mempunyai kandungan kafein yang sama-mitos
Tidak semua kopi di bru dengan cara atau kaedah yang sama dan sesetengah kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi berbanding yang lain.


sumber: i-sihat ogos 2015

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.