Tuesday 3 November 2015

AIR YANG PALING BAHAYA

Satu hal lagi tidak ada gunanya kita membeli air yang mahal namun hanya diletakkan dalam botol plastik. Jangan hanya kerana ia dibotolkan cantik dan diletakkan di rak kita fikir ia jauh lebih sihat dan selamat berbanding air paip yang terdapat di rumah. Itu silap besar!

Tegas Prof.Ahmad Zaharin lagi, jika anda masih memerlukannya cukuplah hanya sekali dan segera dibuang walaupun ia nampak cantik di mata kita. Bukan sahaja bahaya jika ia terkena pancaran matahari malahan dalam keadaan suhu bilik yang mempunyai penyaman udara sekali pun sedikit sebanyak akan memberi kesan.

Tetapi sebaiknya elakkan terus dan bawalah air dari rumah menggunakan botol air yang BPA Free dan diperbuat daripada bahan plastik berkualiti tinggi.

"Bekas plastik yang digunakan berulang-ulang berpotensi menyebabkan penyakit. Mulai dari penurunan daya tahan tubuh hinggalah menjadikan lelaki muda berisiko tinggi diserang kanser prostat dan pelbagai penyakit lain seperti obesiti, penurunan daya ingatan dan kanser payudara.

"Perlu diketahui bahawa setiap botol kemasan memiliki tanda segi tiga di bawah botol dan ada nombor di tengah segi tiga. Ini merupakan kod spesifikasi apakah bahan asas yang digunakan untuk membuat botol tersebut. Biasanya pada botol air minum menggunakan kod PET (Polyethylene Terephthalate) yang merupakan botol plastik yang jernih.

"Botol jenis ini dicadangkan hanya sekali pakai,misalnya pada botol air mneral, botol jus dan lain-lain. Botol plastik dengan kod PET terbuat dari berbagai unsur sintesis atau kimia ini dapat mengeluarkan kompaun kimia bisphenol A (BPA). Kompaun ini merupakan bahan kimia industri yang telah digunakan untuk membuat plastik sejak tahun 1960-an.

"Pelepasan BPA dan aditif seperti di-ethylhexyl phthalate dapat bercampur dengan kandungan di dalam botol dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti pencetus kanser dan ketidakstabilan hormon yang memberi kesan kepada kelahiran pramatang sebagai contohnya. Lebih teruk lagi andainya ia digunakan untuk menyimpan air panas maka bahayanya akan semakin meningkat.

"Selain itu, phthalates juga digunakan secara meluas untuk menjadikan plastik jadi mudah lentur. Ini berbahaya kerana ia mampu memicu pelbagai jenis kanser, menurunkan jumlah sperma dan masalah reproduksi lain.Kesan ini adalah diakibatkan daripada bahan kimia yang tergolong di dalam kumpulan endocrine distrupting compounds (EDCs) atau kompaun yang mengganggu sistem endokrin. Botol plastik lebih lama diurai oleh alam, dan ia menjadi sebahagian daripada masalah pencemaran tanpa kesudahan."jelasnya.





sumber: i-sihat nov 2015

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.