Saturday 28 November 2015

APA ITU LIMFOMA?

Limfoma ialah kanser pada sistem limfa yang merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan tubuh. Ia membabitkan organ, duktus dan nodus limfa yang membawa cecair jernih dipanggil limfa yang mengandungi molekul protein,garam,glukos,urea dan bahan lain ke seluruh badan.

Sistem limfa terdapat di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang belakang). Bahagian utama sistem limfa ialah sumsum tulang, limpa, kelenjar timus dan tonsil. Ia juga ada pada semua organ, termasuk jantung, paru-paru, hati, usus dan kulit.
Sistem limfa boleh diumpamakan sebagai jaringan perparitan yang membantu mengekalkan keseimbangan paras cecair badan dan melindungi badan daripada jangkitan.

JENIS LIMFOMA
Limfoma Hodgkin (HL)
Limfoma jenis ini didefinisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terbabit.

Limfoma bukan Hodgkin (NHL)
Nama ini digunakan untuk semua bentuk limfoma lain. Insiden NHL meningkat daripada umur kanak-kanak hingga remaja.Dalam NHL terdapat pertumbuhan sel limfosit yang spesifik (iaitu sejenis sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Pertumbuhan sel limfosit dahsyat ini juga dilihat dalam barah darah leukemia (ALL), yang kadang-kadang menyebabkan kesukaran membezakan antara limfoma dan leukemia di dalam kalangan kanak-kanak.

Secara umumnya bagi pesakit yang mengidap limfoma, tiada penglibatan sumsum tulang atau penglibatan minima, sementara bagi pesakit leukemia, penglibatan sumsum tulang adalah secara meluas. Walaupun terdapat lebih 30 jenis limfoma NHL,secara umumnya ia dibahagi kepada tiga kumpulan utama mengikut kadar pertumbuhan tumor sama ada perlahan, sederhana ke cepat dan sangat cepat.

INFO
SIMBOL reben hijau melambangkan hari kesedaran kanser limfoma. Hari kesedaran limfoma sedunia disambut pada 15 september pada setiap tahun untuk meningkatkan tahap kesedaran penyakit limfoma hodgkin dan limfoma bukan hodgkin. Kita dapat mengenali (tanda-tanda/simpton) awal penyakit limfoma dan mencegah serta merawat dengan lebih awal.

Berat badan menurun (sekurang-kurangnya 10 peratus) dan hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam, gatal seluruh badan tanpa sebab.demam serta mengigil antara simpton yang perlu dititikberatkan kerana ia mungkin petanda awal anda mengidap penyakit limfoma hodgkin (HL).

Dianggarkan lebih 60,000 kes HL dikesan  setiap tahun di mana 60 peratus daripadanya adalah lelaki manakala 40 peratus pula adalah wanita yang mewakili satu dalam lima atau 20 peratus rakyat Malaysia menghidap limfoma sama ada mereka sedar atau tidak.

Tiada rawatan untuk menyembuhkan HL,namun ia kanser yang boleh dirawat.


sumber: i-sihat disember 2015.





No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.