Monday 19 October 2015

Fakta mengenai daging merah yang anda tidak ketahui

Daging mereput dalam kolon
Ada yang mendakwa daging sukar untuk dihadamkan sepenuhnya dan kerana itu ia mereput di dalam kolon.Ini sangat mengarut! Apa yang terjadi apabila kita makan daging ialah daging akan diproses oleh asid perut dan enzim yang terdapat dalam sistem penghadaman.
Menerusi usus kecil protein tersebut akan diproses menjadi asid amino manakala lemaknya pula akan diprosess menjadi asid lemak. Kalau anda nak tahu apa sebenarnya yang mereput di dalam kolon ialah serat yang terdapat dalam sayur sayuran,buah buahan, bijirin dan kekacang yang mana ia menjadi 'makanan' kepada bakteria baik dalam usus.

Daging mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol
Salah satu perbalahan utama tentang daging ialah ia dikatakan tinggi lemak tepu dan kolesterol.
Memang benar daging cenderung mengandungi tinggi lemak tepu dan kolestrol , namun ia tidak perlu dibimbangkan kerana ia tidak mempunyai kesan buruk kepada tahap kolesterol atau meningkatkan risiko serangan jantung.

Daging menyebabkan penyakit jantung dan diabetes mellitus
Pelik kerana daging sering dipersalahkan sebagai penyebab dua penyakit ini. Dalam kajian besar besaran yang diterbitkan pada 2010, saintis telah mengambil data dari 20 kajian terhadap hampir 13 juta individu mendapati tidak ada kaitan antara daging merah tidak diproses dengan penyakit jantung atau diabetes.
Kajian di Eropah terhadap 448,568 individu juga mendapati tidak ada kaitan antara daging merah tidak diproses dengan penyakit tersebut. Bagaimanapun mereka menemui kaitan antara daging terproses dengan kedua dua penyakit tersebut.

Daging merah penyebab kanser
Salah satu kepercayaan biasa yang ramai percaya adalah daging merah penyebab kanser.Memang benar daging terproses ada kaitan dengan peningkatan risiko kanser terutamanya kolon kanser. Bagaimanapun kaitan antara daging tidak terproses dengan kanser adalah sangat lemah bagi lelaki dan hampir tiada bagi wanita.Ini mungkin bergantung kepada bagaimana cara ia dimasak kerana jika dimasak dalam suhu yang terlampau panas boleh menyebabkan carcinogen penyebab kanser.



sumber:i-sihat oct 2015.

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.