keratan majalah Muslimah;
(mei 2011 bil.231.info-kesihatan ms.70)
Berdasarkan buku "World Without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. Antara nutrein yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim amygdalin atau laetrile atau disebut Vitamin B17.
Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.
Selain daripada biji aprikot,B17 juga boleh didapati dalam almond pahit, pie apple, biji anggur, millet (yang sekarang ini digantikan dengan gandum yang kurang B17), broad beans, sengkuang, oren, ubi kayu, kacang hijau, keledek dan betik. Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.
B17 pertama kali diekstrak dan diberi nama 100 tahun dahulu malah telahpun didaftarkan di dalam pharmacological sebagai ubatan tidak bertoksin. Namun terdapat racun yang terperangkap yang dinamakan cyanide seperti garam harian yang mempunyai sodium tetapi tidak merosakkan tisu manusia, ia tidak beracun seperti garam dan gula yang kita makan hari ini.
Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang tertinggi di antara bijian lain. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan. Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah-buahan lain seperti kismis, kurma atau buah-buahan segar yang lain. Anda boleh juga menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Bagi yang tidak menyukai rasa pahitnya, kini sudah ada dipasaran berbentuk kapsul dan minuman pracampur.
B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser,tumor, jerawat ataupun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah yang mana secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.
Jika anda ingin mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 hingga 20 biji dalam sehari. Dapatkan makanan dan air yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot di dalam diet pemakanan anda.
slm
ReplyDelete