Buah-buahan kering

KEAJAIBAN KURMA (Pheonix dactylifera)
MELALUI AL-QURAN DAN BIOTEKNOLOGI

Kurma atau Tamar, berasal dari bahasa Arab, Tamr dan terkenal sebagai tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan Afrika utara Barat ke Maghribi dan telah menjadi santapan harian di Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai yang kurang mengetahui bahawa kurma mempunyai beberapa nama khas mengikut fisiologi buahnya. Ketika muda kurma dikenali sebagai balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah.

Terdapat 21 ayat di dalam Al-Quran dan juga 263 ayat di dalam hadis yang menyebut tentang keistimewaan
khasiat buah kurma dan seiring dengan itu para penyelidik terutama dari negara Timur Tengah dan tempatan melanjutkannya kepada pembuktian di dalam kajian bioteknologi. Hasilnya, kurma telah dibuktikan terunggul sebagai buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kepelbagaian di dalam prnggunaannya, seperti mampu mengelakkan dan menyembuhkan penyakit, memudahkan proses kelahiran bayi, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

Kurma yang dikelaskan ke dalam genus Pheonix, dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi. Ia juga turut dikenali oleh para saintis di seluruh dunia sebagai Pheonix dactylifera L., yang berasal dari famili palma (Arecaceae) yang dikomersialkan di seluruh dunia. Data Organisasi Makanan dan Pertanian Dunia (FAO) pada tahun 2005 melaporkan, pokok kurma yang telah matang dapat mengeluarkan 80 sehingga 120 kilogram buag kurma pada setiap musim tuai seiring rujukan Surah al-Mukminah ayat 19, seperti difirmankan Allah SWT;
"Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan". buah kurma dimuliakan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w khususnya kurma Ajwah atau kurma nabi sebagai "buah dari syurga" kerana mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yang sangat baik termasuk jumlah kandungan kalori yang tinggi dan karbohidrat teringkas iaitu jenis monosakarida yang mudah dicernakan seterusnya digunakan terus oleh tubuh. Sehingga hari ini segala keajaiban tersebut diserlahkan menerusi beberapa kajian bioteknologi sama ada dari institusi pengajian tinggi tempatan atau dari Timur Tengah.

Sabda Rasulullah s.a.w "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun'. (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah).  Seterusnya peristiwa besar tentang keajaiban kurma sangat jelas di dalam Al-Quran melalui surah Maryam ayat 25.  Bermaksud : "Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yag nasak". (Surah Maryam : 25)

Surah Maryam
Ayat ini menjelaskan situasi Maryam a.s dalam keadaan yang sangat lemah ketika melahirkan Nabi Isa a.s dan dalam keadaan lemah itu, bagi mengurangkan kesakitannya Allah SWT mewahyukannya untuk mengoyangkan pokok kurma dan memakan kurma yang jatuh.

Berdasarkan situasi Maryam a.s itu, bukti terdekat menjelaskan kurma mengandungi monomer karbohidrat iaitu monosakarida yang telah ringkas tanpa perlu dipecahkan lagi oleh tindakan enzim menerusi proses Hydrolisis.  Monosakarida atau Glukosa tersebut sebagai bekalan tenagadisalurkan terus untuk digunakan ke bahagian anggota dan otak untuk menambahkan jumah sel darah merah.  Ini menjelaskan Maryam a.s dengan izin Allah SWT telah mendapat tenaga baru dan 'segera' setelah memakan kurma tersebut.

Rahsia kurma itu sebenarnya diterokai melalui kajian phytochemical atau kajian kimia dan fisiologi oleh Dr.Ahmad Abdul Ra'of dan Dr Ali Ahmad Syahhat termasuk juga para saintis yang lain membuktikan bahawa kandungan buah kurma mempunyai kadar karbohidrat yang sangat tinggi 44% ke 88%, protein 2.3 ke 5.6%, serat 6.4 ke 11.5%, lemak dan minyak antara 0.2 ke 0.5% serta kaya dengan kandungan 15 jenis garam mineral, antaranya ialah kalium dan magnesium serta mengandungi boron,kalsium,kobalt, besi, mengenes, fosforus, natrium dan fluorin dan juga pelbagai vitamin seperti C, B1, B2, A serta asid nikotinik. Selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolestrol, asid amino triptofan.

Rentetan ayat dari surah Maryam inilah telah mencetuskan ilham Bawadi dan rakan dari Fakulti Sains and Teknologi dari Universiti Irbid, Jordan untuk melakukan kajian dan hasil tersebut dijurnalkan ke dalam The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery dan kajian oleh Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy yang dikongsi dalam terbitan sebuah buku bertajuk "Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan,Fiqhiyah dan Perundangan".

Melalui kajian bioteknologi, kebenaran tentang keajaiban kurma telah diterokai lagi melalui kurma di dalam bentuk jus. Jus kurma dibuktikan dapat membantu mencengkam rahim semasa proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan terakhir kehamilan bagi mempermudahkan proses kelahiran bayi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tumpahan darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi adalah manfaat, lain untuk wanita selepas bersalin dan Maryam a.s adalah wanita terpilih untuk menikmati khasiat kurma tersebut.






















About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.