Lidah buaya atau aloe vera bukanlah sejenis tanaman yang asing. Orang Red Indian menggelar daun ini
'kuasa dari syurga', Marco Polo pula dikatakan pernah melihat ia digunakan oleh orang-orang Cina sebagai ubat dan bahan kecantikkan. Bahkan ia juga dikatakan pernah digunakan oleh Cleopatra, permaisuri Mesir yang termasyhur.
Bagus untuk kulit
Aloe vera dikatakan mempunyai khasiat yang tidak ternilai lebih-lebih lagi dari segi penjagaan kulit. Daun aloe vera menghasilkan sejenis gel yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembabkan kulit, anti-bakteria dan anti-fungus.
Aloe vera atau nama saintifiknya 'Aloe Vera Linn' , juga dikenali juga dengan nama 'lily of the desert', 'plant of immortality, dan tumbuhan berubat.
Antara mineral yang terdapat dalam gel aloe vera adalah seperti protein, sodium, potassium, manganese, kalsium, zat besi dan sebagainya. Secara tidak langsung ia memberikan tumbuhan ini ciri-ciri penyembuhan yang berbeza daripada tumbuhan lain. Di samping untuk penggunaan luaran, ekstrak aloe vera juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk mengubati ulser perut.
Selain itu, dari sudut kecantikkan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka. Selain itu, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat 'sunburn' dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat, menghitamkan dan menyuburkan rambut. Apabila diramas, daun aloe vera ini akan mengeluarkan jeli yang dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan.
MANFAAT KESIHATAN
Aloe vera juga memiliki kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Lidah buaya dapat dimakan secara langsung sebagai makanan namun kebiasaannya aloe vera diminum dalam bentuk jus.
BEBERAPA KEBAIKAN MINUM JUS ALOE VERA.
1. Membuang racun (detox). Aloe vera kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sehingga dapat membantu membuang racun dalam tubuh kita.
2. Membantu pencernaan. Aloe vera mempunyai kemampuan semulajadi membuang racun menyebabkan usus dapat bekerja dengan lancar dan meningkatkan penyerapan protein.
3. Meningkatkan kekebalan tubuh. Aloe vera kaya akan antioksidan yang membantu kekebalan tubuh melawan radikal bebas di dalam tubuh yang merupakan sumber pelbagai penyakit.
4. Mencegah dan mengurangi keradangan.
5. Memperbaiki kolegan dan elastin pada kulit. Ia membantu meremajakan sel-sel kulit sehingga menunda kesan penuaan.
6. Membantu mengekalkan berat badan. Ia membantu membersihkan sistem pencernaan daripada bahan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
7. Membantu menyediakan bekalan harian vitamin. Aloe vera mengandungi vitamin A, B1,B2,B6,B12,C,E, Asid Folat dan Niasin. Tubuh manusia tidak dapat menyimpan vitamin sehinggalah mendapat bekalan vitamin secara teratur melalui makanan.
8. Memberikan bekalan mineral. Aloe vera mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh seperti kalsium,sodium,besi,potassium,mangan, magnesium, chrom, copper dan zink.
9. Menyihatkan gigi. Aloe vera sangat membantu menyihatkan mulut dan gusi. Ia mengandungi bahan aktif anti bakteria dan antimikrob semulajadi.
sumber:MIDI JUN 2013