Perkara utama yang tidak boleh dipandang enteng dan berkait rapat dengan kesihatan adalah faktor pemakanan. Mari kita soroti salah satu contoh pemakanan Nabi yang telah disokong oleh bukti sains tidak kira dari dalam ataupun luar negara. Pernahkah pembaca mendengar kisah Nabi junjungan kita yang menggemari roti kasar?
Roti kasar yang diamalkan Baginda adalah satu contoh makanan terbaik iaitu daripada gandum mil penuh (whole grain wheat) atau istilah lainnya, gandum asli dan gandum sempurna. Gandum sempurna berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi,Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap pnyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung di dalamnya menyebabkan hati mengeluarkan kadar kolestrol yang rendah. Jadi, marilah kita mengkaji kehebatan serat yang terdapat di dalam gandum asli supaya kita dapat menuruti sunnah Nabi SAW dengan bijaksana.
Pilih makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh, biskut tinggi serat, bijirin sarapan pagi dan capati. Rasulullah sangat menggemari makanan bijirin seperti barli dan oat.
Makan lebih sayur-sayuran, salad dan ulam-ulaman.
Masukkan ubi kentang, ui kayu dan keladi dalam masakan. Sayuran berkanji juga mengandungi serat dan salah satu yang digemari Nabi SAW adalah labu.
Gantikan sebahagian daripada daging dengan legum dan kekacang.
Makan buah-buahan bersama kulit (bergantung kepda jenis buah,contohnya anggur, epal ,pir).
Serat tidak bergabung dengan mana-mana vitamin dan mineral, jadi pengambilannya tidak akan mengganggu penyerapan vitamin dan mineral lain.
sumber: anis mac'2012.