Friday, 24 January 2014
khasiat "titisan air mata" si bawang merah
setiap kali mengupas bawang rmerah, pasti mata akan menangis dengan tidak semena-mena. Di sebalik titisan air mata, bawang merah mengandungi sulfur yang dapat mencegah pembekuan pada sel darah merah. Menurunkan jumlah kolesterol jahat dan mencegah serangan jantung. Selain itu, bawang merah dapat memperkuatkan tulang dan sendi, menjaga sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko kanser. Tetapi, bahan masakan ini tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan mengurangkan khasiatnya.
sumber:rapi 15 jan 2014
Thursday, 23 January 2014
kangkung pencegah kanser
Sedapnya kangkung masak belacan, kangkung tumis atau kangkung masak ikan masin. Sayuran ini juga mudah didapati, murah dan memberi manfaat yang besar dalam kesihatan. Mengikut data food nutrition knoji, kangkung mengandungi zat besi, kalsium dan riboflavin, antioksidan dan karotenoid. Penelitian yang dilakukan di India menunjukkan bahawa daun dan batang kangkung mempunyai sifat melawan dan. menghancurkan sel kanser. Penelitian lain yang dilakukan pada tahun 2005 menunjukkan pengambilan kangkung dapat mengurangkan penyerapan glukosa, sehingga baik untuk penghidap diabetes.
sumber: rapi 15 jan 2014
sumber: rapi 15 jan 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.