Wednesday, 26 February 2014

kisah kurma madinah

Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya.Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim kurma hampir tiba dan ketika itu musim panas terik, sementara bekalan dan senjata yang dimiliki sangat sedikit. Tetapi rasulullah dan para sahabat tetap berangkat ke medan perang. Di waktu para sahabat diuji, orang-orang munafik mulai menyebarkan desas desus dan menghasut para sahabat agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut.

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat tetapi disampaikan juga kepada isteri para sahabat. Para munafiqin itu berkata, "Suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum,siapakah yang akan menguruskannya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu sahaja".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Tidak lama kemudian, Rasulullah dan para sahabat dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malah hasil jualan mereka berlipat ganda. Tambahan pula ketika itu harga kurma Madinah mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat tidak mengalami sedikit pun kerugian kerana meninggalkan kebun untuk menyertai Perang Tabuk. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.


sumber:muslimah ogos 2011

Thursday, 13 February 2014

Sayuran berwarna jingga untukmu JEJAKA

Sayuran yang mempunyai rona utama jingga atau oren merupakan sumber terbaik bagi betakeratin, lutein dan juga vitamin C. Menurut laporan yang diterbitkan di dalam 'American Journal of Clinical Nutrition', kesemua nutrisi berkenaan mampu membantu merendahkan risiko mendapat kanser prostat di kalangan lelaki. Untuk itu, pilihlah menu yang terdiri dari lobak merah, labu, ubi kentang, atau pun lada benggala.

Sumber rapi: 15 Oktober 2013

Thursday, 6 February 2014

mitos dan fakta tentang kesihatan lelaki

BANYAK LELAKI MATI DISEBABKAN KANSER PROSTAT BERBANDING DENGAN KANSER-KANSER LAIN.
Tidak benar, Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita manakala kanser prostat adalah yang kedua.


LELAKI TIDAK AKAN DAPAT KANSER PAYUDARA
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan mendapat kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah satu dalam 1000 orang lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), keadaan genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit hati kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.


sumber: MIDI 15 MEI 2012

s

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.