Saya ingin berkongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca di blog saya ini, iaitu mengenai suatu artikel.....
Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat. Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.
Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.
Kajian daripada persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovascular, gastrousus, sistem peredaran dalam badan. Pengambilan satu hingga dua sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.
Selain itu, keli mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 tinggi yang datangnya daripada sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terkenal dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikkan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.
Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.
Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendak yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega-3 yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihannya.
Selain membekalkan sumber protein khasiat ikan keli juga dapat memulihkan sel-sel badan yang rosak, mencantikkan kulit dan berfungsi menyembuhkan luka setelah pembedahan serupa dengan khasiat ikan haruan.
Namun dikatakan ikan ini tidak elok diambil oleh wanita baru bersalin kerana ikan ini yang mempunyai sengat boleh menambah rasa kesakitan kepada wanita tersebut.
sumber: MIDI APR 2012
Wednesday, 18 April 2012
Wednesday, 11 April 2012
Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
Saturday, 31 March 2012
Biji Bijan bantu halang pembentukkan tumor
Bijan atau nama saintifiknya Sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi. Dikenali juga dengan nama Sesame (Inggeris), pokok bijan merupakan herba tanaman yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India.
Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria,Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau unggu muda. Daun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus.
Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kapada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolestrol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.
Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakkan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.
.....walaupun terdapat pelbagai khasiat biji bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari......
Mantapkan payudara
Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu bijan membantu menghalang pembentukkan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.
Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.
Minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.
Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.
Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.
Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.
Minyak bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.
Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Dalam pada itu daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.
sumber: mingguan wanita Jun 2011.
Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria,Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau unggu muda. Daun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus.
Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kapada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolestrol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakkan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.
.....walaupun terdapat pelbagai khasiat biji bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari......
Mantapkan payudara
Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu bijan membantu menghalang pembentukkan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.
Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.Minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.
Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.
Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.
Minyak bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.
Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Dalam pada itu daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.
sumber: mingguan wanita Jun 2011.
Sunday, 11 March 2012
Nilai terapeutik bawang putih mampu mencegah kanser
Sementara perubatan China telah menyedari kuasa bawang putih sejak lebih daripada 3,000 tahun lalu. Walaupun penemuan penisilin oleh Alexander Fleming pada tahun 1928 telah menenggelamkan bawang putih, tetapi apabila Perang Dunia Pertama berlaku, bawang putih menjadi pilihan utama sebagai antibiotik. Dikatakan semasa perang, tentera di medan perang telah diberikan bawang putih untuk mencegah gangren.
Bawang putih adalah tanaman saka yang berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di seluruh dunia. Pokoknya boleh tumbuh sehingga dua kaki tinggi atau lebih. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bebawangnya. Setiap bebawangnya memiliki empat hingga 20 ulas. Setiap spesies Allium mengandungi besi dan vitamin-vitamin dan memiliki antibiotik ringan.
Apa yang membuatkan bawang putih berkhasiat? sebenarnya apabila bawang putih dikunyah, dihancur atau dipotong, ia akan mengeluarkan sebatian berkaitan sulfur yang dikenali sebagai allicin. Allicin adalah bahan kimia yang memberikan bawang putih bau dan rasa yang menyusuk hidung. Malah dalam allicin jugalah yang telah memberikan nilai terapeutik bawang putih.
Terdapat banyak khasiat dan nilai perubata bawang putih. Dikatakan bawang putih telah digunakan dalam pelbagai keadaan berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Keadaan-keadaan ini termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, serangan jantung dan pengerasan pada arteri (atherosclerosis). Beberapa penggunaan ini telah disokong oleh sains.
Penentang stres
Bawang putih dikatakan efekktif dalam memperlahankan pembentukkan atherosclerosis dan dilihat mampu mengurangkan tekanan darah. Ada juga yang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser kolon, kanser rektal, kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pundi.
Bawang putih juga disebut mampu digunakan untuk mencegah darah beku. Ia berupaya meningkatkan penghasilan nitric oxide dalam saluran darah. Ia juga dikatakan mampu mengembangkan saluran darah dan membantu dalam fibrinolysis atau melarutkan pembekuan darah.
Khasiat ubatan bawang putih termasuklah digunakan untuk merawat pembesaran prostat (begin prostatic hyperplasia;BPH), diabetes, osteoartritis, demam, alahan (alahan rhinitis), cirit-birit, tekanan darah tinggi dalam peringkat akhir kehamilan (pra-eclampsia), dan demam selesema. Ia juga turut digunakan dalam pembinaan sel imun, pencegahan gigitan sengkenit, dan merawat jangkitan bakteria dan kulat.
Kegunaan lain bawang putih termasuklah merawat demam, baatuk-batuk, sakit kepala, sakit perut kesesakan sinus, gout, reumatik, buasir, asma, bronkitis, nafas pendek, tekanan darah tinggi, gula dalam darah rendah, gula dalam darah tinggi, dan gigitan ular. Ia juga dikatakan turut digunakan untuk menentang stres dan keletihan serta mengekalkan fungsi hati yang sihat.
Bawang putih yang telah diekstrak dan diambil minyaknya boleh disapu pada kulit untuk merawat jangkitan kulat, kutil dan belulang. Terdapat beberapa bukti yang menyokong penggunaan topikal bawang putih untuk jangkitan kulat seperti kurap dan kaki makan air.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan bawang putih namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan dikemudian hari.
sumber; mingguan wanita dec 2011

Monday, 5 March 2012
Bawang Merah bukan sekadar penyedap masakan
TIDAK LENGKAP MASAKAN SEANDAINYA TIDAK MENGGUNAKAN BAWANG MERAH. AROMANYA YANG TERSENDIRI MEMBUATKAN IA ANTARA BAHAN ASAS YANG BANYAK DIGUNAKAN DI DALAM MASAKAN SELURUH DUNIA.
Bawang merah atau dalam bahasa Latinnya dikenali sebagai Allium cepa, berasal daripada suku Liliceae. Tanaman ini mudah tumbuh dan berkembang biak menggunakan umbi yang ditanam dalam tanah.
Berdasarkan sejarah, orang yang menemukan bawang merah ialah Christopher Columbus. Dia membawa tanaman itu hingga ke Amerika Utara pada tahun 1492.
Hingga sekarang, terdapat pelbagai variasi bawang merah yang boleh didapati dimana-mana sahaja. Selain fungsinya menyedapkan makanan, tahukah anda khasiat dan manfaatnya dari sudut kesihatan?
Khasiat bawang merah sebenarnya telah banyak dinikmati oleh manusia sejak berabad-abad lalu.Sebagai contoh, untuk menambah kekuatan bagi pekerja yang membina piramid Mesir, dikatakan mereka rajin memakan bawang merah dan lobak.
Ada berbagai-bagai macam zat bermanfaat yang terkandung dalam bawang merah. Antaranya termasuk vitamin K, vitamin E, Zat besi, Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosfor, Seng, dan Natrium, Bawang merah juga mengandungi banyak serat seluloza yang kaya dengan minyak sulfat yang mudah meruap. Dalam setiap 100gm bawang merah terdapat 48 kalori. Dengan adanya beberapa zat tersebut, bawang merah dapat memenuhi keperluan tubuh kita terhadap vitamin mahupun mineral.
Antara manfaat bawang merah ialah menyembuhkan sakit kepala, melancarkan pembuangan air besar, mengubati batuk, rambut gugur, dan menyembuhkan luka akibat gigitan ular.
Dengan mengunyah bawang merah selama beberapa minit dapat membersihkan mulut daripada kuman termasuk kuman diphtheria. Bawang merah juga memiliki unsur yang hampir sama dengan hormon insulin yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Sekiranya diletakkan di atas luka, akan mengeluarkan nanah dan darah kotor. Caranya dengan memotong bawang merah menjadi beberapa hirisan kecil lalu dipanaskan. Setelah itu, diletakkan di bahagian yang hendak diubati, kemudian diikat dengan kain.
Ekstra!
Sekiranya anda ingin memperoleh khasiat bawang merah secara optimum, anda bolehlah memakan hirisan bawang merah mentah setiap hari secara rutin. Hirisan bawang merah mentah tersebut boleh anda ambil bersama cili kecil, hirisan tomato dan hirisan timun, lalu diletak sedikit garam dan air perahan limau nipis. Boleh dimakan bersama ayam goreng, ikan panggang dan sebagainya lagi.
sumber: 1 mac 2012 MIDI

Monday, 5 December 2011
BUAH APRIKOT KAYA AGEN ANTIOKSIDAN
Aprikot dipercayai berasal dari china dan telah ditanam di India dan Tibet.aprikot ialah sejenis buah berwarna kuning yang sama rupa seperti buah plum dan pic.Buah aprikot kaya dengan pelbagai agen-agen antioksidan,fiber boleh larut,beta kerotin,magnesium,zat besi,fosforus,kalium,vitamin C dan berkalori rendah.tiga biji buah aprikot membekalkan beta kerotinlebih 50 peratus daripada keperluan harian dan hanya mengandungi 50 kalori.zat yang terkandung dalam buah aprikot terkenal untuk mengelakkan strok,kanser,ketidakseimbangan tekanan darah,kemunduran macular,katarak,prostat dan penyakit jantung.Dikatakan,kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya dikenali sebagai kaum yang berumur panjang.mereka amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.Aprikot juga dikenali sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek.Orang Rom pula mendedikasi buah ini kepada Venus,dewi cinta mereka.Aprikot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.Aprikot termasuk dalam kelas subasid.Asid ini boleh didapati ketika buah ini belum masak sepenuhnya.Keasianya akan semakin berkurang manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam peroses masak.Aprikot sejenis buah berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat.Buah,biji ,minyak dan bunga daripada buah aprikot telah digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum di dalam buah adalah sedikit,mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.
HiNdArI BaRaH
kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta kerotin seperti aprikot menghindarkan penyakit barah,terutamanya pada bahagian tenggorok,paru-paru dan pankreas.Bahkan kini sudah terdapat banyak suplemen berasaskan biji buah aprikot di pasaran yang dikatakan dapat membantu menggelakkan dan merawat kanser.Selain itu,buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk memberhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan nikotin,sekali gus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan.Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.
WaNiTa MeNoPaUs
Aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah ini mengandungi boron,yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen.Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga jantung.Zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan.Begitu juga silika,sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit,rambut dan kuku.
sumber: MIDI 15NOV2011

Saturday, 20 August 2011
Advertorial - (majalah MIDI Bil.119 15 Ogos 2011)
SIHAT DAN CANTIK
bersama BIJI APRIKOT
BIJI APRIKOT KINI SEMAKIN MENJADI PERHATIAN RAMAI KERANA KHASIAT VITAMIN B17 YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA. kEBERKESANAN BIJI APRIKOT DALAM MEMBANTU PELBAGAI MASALAH KESIHATAN TIDAK DAPAT DISANGKAL LAGI.
Biji aprikot kini semakin menjadi perhatian ramai kerana khasiat vitamin B17 yang terkandung di dalamnya. Keberkesanan biji aprikot dalam membantu pelbagai masalah kesihatan tidak dapat disangkal lagi.
Kaum Hunza yang tinggal dipergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah aprikot, termasukklah bijinya kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Begitu juga di Greek. Buah aprikot dan bijinya juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek.
Berikut adalah diantara pengamal-pengamal biji aprikot di Malaysia yang telah mendapat manfaat darinya.
"Ayah saya seorang pesakit kencing manis. October 2009 ayah saya kena stroke. Semasa kena stroke ayah saya langsung tidak boleh bergerak, hanya terlantar saja di atas katil. Selepas makan Biji Aprikot selama 3 bulan (setiap hari, 3 kali sehari, 7 biji untuk sekali makan) ayah saya dah boleh bangun untuk duduk dengan sendirinya. Sekarang beliau boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa dan masih terus makan Biji Aprikot sehingga sekarang " En.Mohamad Ismail.
Seorang lagi pengamal Biji Aprikot, Puan Salmah Abdul Rahman,"Awal tahun 2010, ibu saya disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Ibu saya telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali rawatan kimo, doktor mengatakan keadaan kanser payudara ibu saya telah merebak ke bahagian lain, dan pembedahan tidak boleh dilakukan kerana ketumbuhan yang agak besar. Doktor mengatakan kanser tidak ada ubat, melainkan menyerah kepada Allah sahaja. Untuk memberi semangat kepada ibu saya, saya cuba mencari ubat alternatif untuk penyakit kanser ini.
Akhirnya saya menemui Biji Aprikot mengetahui tentang kandungan B17 di dalamnya. Setelah 3 bulan berturut turut menggunakan biji aprikot ini, ibu saya merasai sedikit perubahan pada payudaranya yang semakin mengecut dan tangan serta payudara yang sebelum ini terasa amat sait, sekarang sakit semakin berkurangan. Alhamdulillah badan pun terasa lebih sihat dan kuat. Pada bulan ramadhan ini, ibu saya dapat menunaikan solat terawih tanpa rasa letih, malah rasa lebih bertenaga. Sebagai pembakar semangat untuk ibu saya menjalankan kehidupan yang lebih sihat, setiap bulan saya membeli biji aprikot untuk ibu saya. Ibu saya yakin, dengan adanya biji aprikot dan dengan terus berdoa kepada Allah swt penyakit kanser payudaranya akan sembuh secara perlahan-lahan dengan terus memakan biji aprikot.
En.Kamarulzaman bin Abd Hamid seorang pesakit gout sudah hampir 10 tahun, Beliau telah mencuba pelbagai ubat dan terapi namun tidak menampakkan hasil. Disebabkan penyakitnya itu, apabila kakinya bengkak pergerakkannya agak terbatas (kerana berbadan besar). Apabila diperkenalkan kepada biji aprikot oleh isteri, pada mulanya beliau agak keberatan untuk memakannya kerana telah mencuba pelbagai jenis ubat dan herba namun akhirnya beliau memakannya juga secara istiqamah. Syukur kepada Allah, setelah memakannya secara berterusan selama sebulan, En.Kamarulzaman tidak lagi mengalami bengkak-bengkak kaki. "Sekarang suami saya aktif ke sana ke mari dan boleh pula memakan makanan laut kegemarannya! saya amat yakin dengan keberkesanan biji aprikot dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Sekarang kami sekeluarga mengamalkannya, Alhamdulillah!' Puan Azlina Mustafa,isteri kepada En.Kamarulzaman.
Saya seorang pesakit kanser serviks stage 2A. Saya telah mengamalkan memakan biji aprikot, Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik. Dulu saya menggunakan kerusi roda tetapi sekarang tidak lagi menggunakannya. Keajaiban biji aprikot ini tidak boleh kita tandingi. Apa apa pun kita tetap perlu berdoa kepadaNya." Pn Bibi Hassna Binti Mohd Ayub Khan.
sumber : MIDI 15 OGOS 2011
...
.
"Ayah saya seorang pesakit kencing manis. October 2009 ayah saya kena stroke. Semasa kena stroke ayah saya langsung tidak boleh bergerak, hanya terlantar saja di atas katil. Selepas makan Biji Aprikot selama 3 bulan (setiap hari, 3 kali sehari, 7 biji untuk sekali makan) ayah saya dah boleh bangun untuk duduk dengan sendirinya. Sekarang beliau boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa dan masih terus makan Biji Aprikot sehingga sekarang " En.Mohamad Ismail.
"Baru-baru ini bapa saya mengalami kesukaran membuang air kecil dan kesakitan di bahagian bawah perut (pangkal ari-ari). Hasil pemeriksaan di hospital kerajaan, beliau didapati mengalami kencing berdarah dan simpton ini biasanya disebabkan masalah buah pinggang. Setelah itu beliau disahkan menghidap penyakit batu karang. Setelah mencari maklumat tentang penawar penyakit bapa saya ini di internet, akhirnya saya menemui biji aprikot. Saya beli dan minta bapa saya supaya memakan biji aprikot tersebut. Di peringkat permulaan, bapa saya terasa sakit seluruh badan. Bintik bintik merah halus timbul di tangannya dan juga mengalami demam. Dia juga mengalami kesakitan di bahagian bawah perut (pangkal ari-ari). Beliau berpendapat, ini adalah tindakbalas positif biji aprikot yang dimakannya. Dia teruskan makan biji aprikot itu kerana beliau ada temujanji doktor dalam masa 2minggu lagi. Dia bertekad untuk melihat kemujaraban biji aprikot ini sebelum rawatan lain.
Selepas dua minggu, doktor mendapati batu karang bapa saya telah tiada, kencingnya juga normal dan buah pinggangnya juga tiada masalah. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, bapa saya telah sembuh. Sehingga kini dia masih lagi makan biji aprikot untuk menjaga kesihatannya"En.Kamarul Zahari bin Yusof".Seorang lagi pengamal Biji Aprikot, Puan Salmah Abdul Rahman,"Awal tahun 2010, ibu saya disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Ibu saya telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali rawatan kimo, doktor mengatakan keadaan kanser payudara ibu saya telah merebak ke bahagian lain, dan pembedahan tidak boleh dilakukan kerana ketumbuhan yang agak besar. Doktor mengatakan kanser tidak ada ubat, melainkan menyerah kepada Allah sahaja. Untuk memberi semangat kepada ibu saya, saya cuba mencari ubat alternatif untuk penyakit kanser ini.
Akhirnya saya menemui Biji Aprikot mengetahui tentang kandungan B17 di dalamnya. Setelah 3 bulan berturut turut menggunakan biji aprikot ini, ibu saya merasai sedikit perubahan pada payudaranya yang semakin mengecut dan tangan serta payudara yang sebelum ini terasa amat sait, sekarang sakit semakin berkurangan. Alhamdulillah badan pun terasa lebih sihat dan kuat. Pada bulan ramadhan ini, ibu saya dapat menunaikan solat terawih tanpa rasa letih, malah rasa lebih bertenaga. Sebagai pembakar semangat untuk ibu saya menjalankan kehidupan yang lebih sihat, setiap bulan saya membeli biji aprikot untuk ibu saya. Ibu saya yakin, dengan adanya biji aprikot dan dengan terus berdoa kepada Allah swt penyakit kanser payudaranya akan sembuh secara perlahan-lahan dengan terus memakan biji aprikot.
En.Kamarulzaman bin Abd Hamid seorang pesakit gout sudah hampir 10 tahun, Beliau telah mencuba pelbagai ubat dan terapi namun tidak menampakkan hasil. Disebabkan penyakitnya itu, apabila kakinya bengkak pergerakkannya agak terbatas (kerana berbadan besar). Apabila diperkenalkan kepada biji aprikot oleh isteri, pada mulanya beliau agak keberatan untuk memakannya kerana telah mencuba pelbagai jenis ubat dan herba namun akhirnya beliau memakannya juga secara istiqamah. Syukur kepada Allah, setelah memakannya secara berterusan selama sebulan, En.Kamarulzaman tidak lagi mengalami bengkak-bengkak kaki. "Sekarang suami saya aktif ke sana ke mari dan boleh pula memakan makanan laut kegemarannya! saya amat yakin dengan keberkesanan biji aprikot dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Sekarang kami sekeluarga mengamalkannya, Alhamdulillah!' Puan Azlina Mustafa,isteri kepada En.Kamarulzaman.
Saya seorang pesakit kanser serviks stage 2A. Saya telah mengamalkan memakan biji aprikot, Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik. Dulu saya menggunakan kerusi roda tetapi sekarang tidak lagi menggunakannya. Keajaiban biji aprikot ini tidak boleh kita tandingi. Apa apa pun kita tetap perlu berdoa kepadaNya." Pn Bibi Hassna Binti Mohd Ayub Khan.
sumber : MIDI 15 OGOS 2011
...
.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.