Friday, 15 March 2013

Awas bahaya pewarna karamel dalam minuman soda

Sudah acap kali kita dikhabarkan tentang keburukkan minuman berkarbonat terhadap kesihatan. Bagi yang mengemari minuman ini, anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser.
Karamel semula jadi diperbuat daripada gula, namun sebagai pewarna makanan, biasanya ia akan ditambahkan dengan bahan kimia amonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington D.C.
Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi amonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang berwarna gelap.
Dari aspek lain, soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti. Reaksi kimia antara gula dan amonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser.



sumber: mingguan wanita Apr'2011. 

Thursday, 14 March 2013

Awas Bahaya Polisterine

Penggunaan pinggan mangkuk pakai buang dan pembungkusan makanan polisterine seakan sudah menjadi lumrah kepada para peniaga mahupun kita sebagai pengguna kerana sifatnya yang ringan, murah dan senang diperolehi. Penggunaanya amat popular di kalangan masyarakat kini.

Namun ramai yang tidak tahu dan peka dengan kesan penggunaanya terhadap bumi dan juga kesihatan. Tahukah anda bahawa polisterine mengandungi bahan kimia stirena dan benzena yang sukar terurai dan mungkin mengambil masa sehingga 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.

Bukan itu sahaja , polisterine turut diperbuat daripada monomer stirena aromatik iaitu sejenis cecair hidrokarbon daripada petroleum. Manakala bahan yang di kenali karsinogen kumpulan 2B yang terkandung di dalam polisterine merupakan salah satu punca utama penyakit kanser.

Akibat sikap kita yang sentiasa mengambil remeh perkara sebegini, ramai yang tidak mengetahui makanan yang kita makan saban hari dengan menggunakan bekas makanan pakai buang polisterine ini sebenarnya boleh membunuh.



sumber: SAJI mac 2011.

Wednesday, 13 March 2013

ASID REFLUKS?

Asid refluks merupakan keadaan di mana asid dari perut naik ke atas melalui esofagus. Esofagus ialah saluran makanan yang menghubungkan mulut dan perut.

Asid refluks semakin buruk pada waktu malam kerana tiga sebab.
Pertama, kepekatan asid perut lebih tinggi pada waktu malam.
Kedua, dalam keadaan berbaring asid perut lebih mudah untuk refluks atau naik ke atas melalui saluran esofagus. Graviti tidak membantu menurunkan asid yang melekat di esofagus turun ke perut.
Ketiga, ketika tidur kita tidak menelan. Penelanan penting kerana ia membawa asid yang telah naik ke atas melalui esofagus turun ke perut . Apabila menelan, air liur yang mengandungi bikarbornat turut turun sama ke perut dan meneutralkan asid perut.

Jika terdapat makanan dalam perut, asid relfuks juga mengandungi makanan selain asid perut, pepsin dan cecair hempedu. Tisu selaput esofagus tidak boleh menangani asid kuat seperti asid perut. Kecederaan esofagus yang kronik dan berpanjangan dipercayai dapat menyebabkan kanser.



sumber : midi - 1 mac'2012


Monday, 24 December 2012

Pelbagai khasiat buah delima

Buah delima ialah sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterranean.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.

selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukkan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Delima juga digelar superfruit kerana mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukkan delima dapat memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukkan plak daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolestrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolestrol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga lima peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.


sumber : MIDI Disember 2011

Sunday, 23 December 2012

Rendahkan risiko kanser ovari

Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang teh yang daripada  pokok Carmelia sinensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun daripada pokok ini mengandungi kimia yang di kenali sebagai polyphenols yang turut memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.

Polyphenols yang terdapat di dalam teh dikatakan amat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Ia didakwa membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.

Ia juga mampu mencegah pembekuan darah, merendahkan tahap kolestrol, meneutralkan enzim yang membantu dalam pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser, dan meransang sistem imun.

Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa polyphenols dalam teh mampu mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagos, jika ia diminum sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa hanya dengan meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus. Malah ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau merendahkan kematian akibat penyakit jantung.


sumber:mingguan wanita mei 2011.

Sunday, 4 November 2012

Bersenam kurangkan risiko barah prostat

Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman.  Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, mengelilingi uretera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan.  Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang.  Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam.  Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap dan berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.



sumber:RAPI 1 JAN '12

Thursday, 1 November 2012

Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat

Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari 8 jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet. sumber : RAPI 01 APR 2012

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.