Wednesday, 26 February 2014

kisah kurma madinah

Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya.Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim kurma hampir tiba dan ketika itu musim panas terik, sementara bekalan dan senjata yang dimiliki sangat sedikit. Tetapi rasulullah dan para sahabat tetap berangkat ke medan perang. Di waktu para sahabat diuji, orang-orang munafik mulai menyebarkan desas desus dan menghasut para sahabat agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut.

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat tetapi disampaikan juga kepada isteri para sahabat. Para munafiqin itu berkata, "Suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum,siapakah yang akan menguruskannya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu sahaja".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Tidak lama kemudian, Rasulullah dan para sahabat dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malah hasil jualan mereka berlipat ganda. Tambahan pula ketika itu harga kurma Madinah mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat tidak mengalami sedikit pun kerugian kerana meninggalkan kebun untuk menyertai Perang Tabuk. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.


sumber:muslimah ogos 2011

Thursday, 13 February 2014

Sayuran berwarna jingga untukmu JEJAKA

Sayuran yang mempunyai rona utama jingga atau oren merupakan sumber terbaik bagi betakeratin, lutein dan juga vitamin C. Menurut laporan yang diterbitkan di dalam 'American Journal of Clinical Nutrition', kesemua nutrisi berkenaan mampu membantu merendahkan risiko mendapat kanser prostat di kalangan lelaki. Untuk itu, pilihlah menu yang terdiri dari lobak merah, labu, ubi kentang, atau pun lada benggala.

Sumber rapi: 15 Oktober 2013

Thursday, 6 February 2014

mitos dan fakta tentang kesihatan lelaki

BANYAK LELAKI MATI DISEBABKAN KANSER PROSTAT BERBANDING DENGAN KANSER-KANSER LAIN.
Tidak benar, Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita manakala kanser prostat adalah yang kedua.


LELAKI TIDAK AKAN DAPAT KANSER PAYUDARA
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan mendapat kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah satu dalam 1000 orang lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), keadaan genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit hati kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.


sumber: MIDI 15 MEI 2012

s

Friday, 24 January 2014

khasiat "titisan air mata" si bawang merah

setiap kali mengupas bawang rmerah, pasti mata akan menangis dengan tidak semena-mena. Di sebalik titisan air mata, bawang merah mengandungi sulfur yang dapat mencegah pembekuan pada sel darah merah. Menurunkan jumlah kolesterol jahat dan mencegah serangan jantung. Selain itu, bawang merah dapat memperkuatkan tulang dan sendi, menjaga sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko kanser. Tetapi, bahan masakan ini tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan mengurangkan khasiatnya. sumber:rapi 15 jan 2014

Thursday, 23 January 2014

kangkung pencegah kanser

Sedapnya kangkung masak belacan, kangkung tumis atau kangkung masak ikan masin. Sayuran ini juga mudah didapati, murah dan memberi manfaat yang besar dalam kesihatan. Mengikut data food nutrition knoji, kangkung mengandungi zat besi, kalsium dan riboflavin, antioksidan dan karotenoid. Penelitian yang dilakukan di India menunjukkan bahawa daun dan batang kangkung mempunyai sifat melawan dan. menghancurkan sel kanser. Penelitian lain yang dilakukan pada tahun 2005 menunjukkan pengambilan kangkung dapat mengurangkan penyerapan glukosa, sehingga baik untuk penghidap diabetes.




sumber: rapi 15 jan 2014

Friday, 27 December 2013

13 makanan untuk kulit mulus

Lobak merah
Biasanya kita dengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar lebih menjadi baik dan menghalang sel-sel kanser.

Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

Timun
Bayam
Badam
Coklat hitam
Teh hijau
Ubi manis
Salad
Tomato
Strawberi
Soya
Telur


sumber: 15 mei '12  rapi

Thursday, 26 December 2013

Rahsia cendawan

Cendawan merupakan sejenis kulat yang diiktiraf sebagai herba yang sangat berguna kepada manusia.Ia tumbuh di atas tanah atau sumber nutreinnya. Sesetengahnya tumbuh meliar namun kini manusia giat menanam tumbuhan ini untuk dimakan atau tujuan perubatan. Tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada juga yang beracun. Kajian mendapati cendawan mampu mengurangkan gula, menambahkan insulin dalam darah, membunuh beberapa  virus yang menyebabkan penyakit berjangkit dan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan barah.

Cendawan  Shiitake
Ia biasanya dimakan sebelum bahagian bawahnya berubah warna. Ada yang menyukainya dalam bentuk kering berbanding segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Mempunyai pelbagai khasiat dan nilai perubatan kerana kandungan pelbagai asid amino, vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian mendapati kebaikkannya adalah disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Ia mampu memberikan tenaga kepada sistem imun untuk menentang jangkitan dan penyakit.Cendawan ini juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus,serviks,payudara, merencatkan kanser dan pelbagai lagi.

Cendawan Kukur
Nama saintifiknya ialah Schizophyllun Commune. Ia merupakan sejenis cendawan klasik yang mudah ditemui pada kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Sifatnya yang lasak memudahkan ia tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan di dalam ubat antitumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, antiradang, antibakteria, antiparasit dan melindungi hati.


Cendawan Jarum Emas
Ia dipercayai meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain bertindak sebagai agen antiradang dan aktiviti pelindung gen (menghalang kerosakkan DNA ),cendawan ini juga merupakan agen toksik kepada sel tumor.







Cendawan Ling Zhi
Nama saintifiknya ialah Ganoderma Lucidium. Juga dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun. Ia sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan khasiat perubatan yang sangat tinggi. Ia tumbuh liar di kawasan hutan dan sukar didapati. Selain itu, cendawan ini melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik, untuk selesema, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Bunga Kobis
Nama saintifiknya ialah Hercium Erinaceu. Membantu pertumbuhan dan rawatan penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan alzheimer. Ia juga menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta meningkatkan sistem imuniti.







Cendawan Tiram
Juga dikenali sebagai Abalone. Ia dikatakan berupaya mengawal aliran dan merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti untuk melawan jangkitan virus dan bakteria serta menghalang pertumbuhan tumor serta sebagai agen antioksida.






sumber : rapi 15 mei 12.








About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.