Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, masih banyak kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagaimanakah contoh rumah tangga idaman? Mari kita intip kehidupan rumah tangga Rasullah s.a.w kehidupan rumah tangga yang patut menjadi uswatun hasanah bagi kita semua.
Rasullah s.a.w pulang dari perjalanan jihad fisabilillah, diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah baginda nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh setia. Rasa rindu kepada Rasulullah amat terasa. Akhirnya Rasulullah s.a.w tiba di tengah kota Madinah. Aisyah dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.
Setibanya Rasulullah di rumah dan beristirehat. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah. Baginda meninumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tiba-tiba Aisyah,berkata " Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah diam dan hendak menyambung kembali meminum sehingga habis air di gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Akhirnya Rasulullah memberikan air yang tersisa di gelas itu.Aisyah meminum air itu dan ia begitu terkejut...lalu memuntahkan air itu. Ternyata air itu masin bukan manis seperti sebelumnya.
sumber: al-muslimah sep 2011.
Saturday, 26 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Kesilapan.........
| Gambar hiasan |
Terima kesilapan yang anda lakukan. Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Terima sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.
Akui hakikat kesilapan sebahagian daripada fitrah hidup. Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. Tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Sedia meminta maaf. Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana 'kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.
sumber:MIDI 1 MAC 2012
Friday, 11 May 2012
Berbasikal di luar kawasan rumah
Berbasikal di luar kawasan rumah mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berbasikal statik kerana ia tidak membosankan dan anda dapat melihat pemandangan luar.
Selain itu, keadaan jalan yang tidak rata dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan anda tidak sedar yang kalori anda terbakar sebanyak 300 kalori, malah lakukan kayuhan itu secara konsisten selama 30 minit atau jarak 10km.
sumber : rapi 01 mei '11

Tuesday, 8 May 2012
Keajaiban kurma (Phoenix dactylifera)
Kurma atau Tamar berasal dari bahasa Arab, Tamr dan terkenal sebagai tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan Afrika utara Barat ke Magribi dan telah menjadi santapan harian di Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai yang kurang mengetahui bahaa kurma mempunyai beberapa nama khas mengikut fisiologi buahnya. Ketika muda kurma dikenali sebagai balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering keras pula dipanggil labanah.
Selain itu di dalam kajian "Antimicrobial Activity of Phoenix dactylifera Infusum on Mutans Streptococci in vitro" dari universiti Indonesia, Jakarta, berjaya membuktikan kurma sebagai anti karies gigi setelah data yang diperolehi membuktikan kurma merencatkan pertumbuhan S. Mutans iaitu bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kajian lain seperti "In vitro Evaluation of the Antiviral Activity of an Extract of Date Palm (Phoenix dactylifera L.) Pits on a Pseudomonas Phage" berjaya melaporkan kehebatan kurma iaitu berpotensi sebagai anti viral terhadap virus HIV-1 yang dapat merencatkan dan menghalang HIV-1 dari memasuki dan memusnahkan sel CD4. Semoga penemuan ini dikaji lebih terperinci kerana ubat bagi rawatan AIDS masih belum ditemui sepenuhnya.
Kesimpulannya, bagi individu sama ada wanita mahupun lelaki dari semua golongan umur yang mementingkan kesihatan yang baik sepanjang masa, amat disarankan kurma dijadikan sebagai salah satu santapan harian khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
kredit kepada: Majalah i okt 2011

Monday, 30 April 2012
Daun bawang kaya pelbagai vitamin
Didalam daun bawang terkandung zat aktif yang memiliki daya bunuh terhadap bakteria (antibiotik) serta dapat merangsang pertumbuhan sel tubuh. Oleh yang demikian, daun bawang sangat bagus dimakan.
Daun bawang juga bermanfaat untuk menghilangkan lendir dalam kerongkong, memudahkan pencernaan makanan dan akarnya dapat digunakan untuk mengubati penyakit cacing.
Tahukah anda bahawa daun bawang mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A, dan C, kalsium, protein, lemak, karbohidrat, saponin, tannin, minyak asiri, serat dan kalori.
Dengan kandungan tersebut, daun bawang berkhasiat untuk meredakan batuk, selesema, sesak nafas kerana selesema, diuretik, diaforetik, nyeri sendi dan anti radang dan menghilangkan bengkak kerana bisul.
Selain itu mamfaat lain seperti memudahkan seseorang itu mengeluarkan bau angin dalam badan (kentut), meredakan kembung perut dan dapat mengatasi masalah kekurangan darah dalam badan.
sumber: MIDI 15 APRIL 2012

Wednesday, 18 April 2012
Ikan keli tinggi omega-3
Saya ingin berkongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca di blog saya ini, iaitu mengenai suatu artikel.....
Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat. Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.
Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.
Kajian daripada persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovascular, gastrousus, sistem peredaran dalam badan. Pengambilan satu hingga dua sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.
Selain itu, keli mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 tinggi yang datangnya daripada sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terkenal dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikkan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.
Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.
Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendak yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega-3 yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihannya.
Selain membekalkan sumber protein khasiat ikan keli juga dapat memulihkan sel-sel badan yang rosak, mencantikkan kulit dan berfungsi menyembuhkan luka setelah pembedahan serupa dengan khasiat ikan haruan.
Namun dikatakan ikan ini tidak elok diambil oleh wanita baru bersalin kerana ikan ini yang mempunyai sengat boleh menambah rasa kesakitan kepada wanita tersebut.
sumber: MIDI APR 2012

Wednesday, 11 April 2012
Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.