Gambar hiasan |
Terima kesilapan yang anda lakukan. Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Terima sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.
Akui hakikat kesilapan sebahagian daripada fitrah hidup. Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. Tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Sedia meminta maaf. Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana 'kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.
sumber:MIDI 1 MAC 2012
No comments:
Post a Comment