Buah naga atau dragon fruit mendapat nama kerana kulit luarnya berwarna merah dan ia mempunyai sayap seperti seekor naga.Dikenali juga dengan nama saintifiknyaa Epiphytes atau Pitaya, buah naga berasal dari Amerika Selatan.Walaupun rupa buah ini ganjil,namun begitu buah yang tergolong dalam keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus ini sebenarnya kaya dengan khasiat.
Tanaman ini juga mendapat gelaran 'Queen of the Night', 'Moonflower' dan 'Lady of the Night' kerana bunganya yang besar dan hanya akan berkembang pada waktu malam.Pokok bunga naga hanya akan berbunga tiga hingga enam kali setahun.
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.Terdapat pelbagai variati buah naga.Tetapi yang paling popular adalah daripada variati Yellow Dragon Fruit, Vietnam Dragon Fruit, dan Red Dragon Fruit.Terdapat dua jenis isi buah naga iaitu isi yang berwarna putih dan isi yang berwarna merah.Menurut pakar pemakanan, buah naga daripada jenis isi berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Menurut kesusasteraan Aztec, buah naga mula diperoleh sejak kurun ke-13.Di negara Vietnam, tempat di mana buah naga ditanam secara besar-besaran, ia dikenali sebagai thang loy.Dipercayai, buah ini telah diperkenalkan ke Vietnam oleh orang Perancis.
Di Malaysia sendiri, buah ini dikatakan telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Sitiawan,Johor dan Kuala Pilah.Colombia dan Nicaragua adalah antara negara yang buahnya ditanam untuk tujuan komersial.
Kawasan ini sesuai ditanam kerana buah naga memerlukan cuaca panas.Penanaman buah naga amat berpotensi tinggi kerana ia banyak dihasilkan dalam pembuatan jus, wain dan pewarna.Apa yang paling penting, nilai perubatan yang tinggi dalam buah naga buah naga membuatkan semakin ramai yang menggemarinya.
Anda dikatakan boleh kekal sihat dengan memakan buah naga segar mahupun yang telah dikeringkan.Bagi mereka yang menderita penyakit diabetes, pengambilan buah naga segar atau dikeringkan mampu menjamin pengawalan glukos darah.
Secara asasnya, buah naga kering lebih 10 kali lebih sedap daripada yang segar kerana ia kenyal dan sedap untuk dikunyah.Di Taiwan, buah naga digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pengganti nasi dan untuk menaikkan kandungan serat dalam pemakanan seharian mereka.
Kurangkan lemak
Buah naga amat tinggi dan pekat kandungan vitamin C, mineral-mineral dan merangsang kandungan serat yang tinggi.Kandungan vitamin C yang tinggi dikatakan mampu menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.
Buah naga juga kaya dengan fitoalbumin.Zat-zat ini adalah amat penting dan terkenal di dunia dengan antioksidan yang mampu membantu mencegah pembentukan radikal-radikal bebas yang menyebabkan kanser.
Selain itu, buah naga juga mengandungi kandungan zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (untuk mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (untuk menambah selera), dan vitamin B3 (untuk menurunkan kadar kolesterol).
Selain berkhasiat dan sedap dimakan, terdapat kepentingan lain untuk memakan buah naga.Karotena yang terdapat di dalam buah naga mampu mengekalkan dan memperbaiki kesihatan mata.Serat yang terdapat pada pada buah ini pula membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.Manakala fosforus yang terdapat dalam buah ini pula membantu pembentukan tisu.
Walaupun terdapat pelbagai zat dan khasiat buah naga, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
sunber: oct 2011 mingguan wanita
Monday, 23 December 2013
Tuesday, 17 December 2013
Makan banyak telur BERISIKO hidap KANSER PROSTAT
Hati-hati kepada golongan lelaki yang gemar menikmati hidangan telur setiap hari.Ini kerana, menurut penyelidikan, makan tiga biji telur dalam seminggu secara signifikan akan meningkatkan risiko dan membahayakan mereka terhadap kanser prostat.
Kesimpulan ini didapati melalui uji kaji yang mendapati bahawa lelaki yang mengambil lebih daripada 2.5 biji telur setiap minggu memiliki risiko 81% menghidap kanser prostat.
Kumpulam penyelidik di Havard School of Public Health di Boston meneliti kebiasaan makan 27 ribu responden selama 14 tahun.Mereka tidak mendapati sebarang hubungan yang disignifikan di antara jumlah daging yang dimakan dengan tumor, tetapi sebaliknya mereka mendapati jumlah kematian yang lebih tinggi akibat kanser dan di antara mereka diteliti banyak mengambil telur dalam hidangan mereka.
Penyelidik menyebut mendapati terdapat kerosakan yang mungkin dilakukan oleh sejumlah besar kolesterol atau kolin, iaitu nutrisi yang membantu sel berfungsi dengan baik yang didapati di dalam telur.
Walaupun begitu, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang pada prostat, iaitu kelenjar di dalam sistem reproduksi lelaki.Hal tersebut berlaku ketika sel prostat mengalami mutasi dan mulai berkembang di luar kendali.Kanser prostat dapat menimbulkan rasa sakit , kesulitan membuang air kecil, disfungsi erektil dan gejala lainnya.
Sumber: OKTOBER 2011 MINGGUAN WANITA

Monday, 16 December 2013
PATUTLAH..........
Jangan persoalkan mengapa penyakit jantung dan kanser lebih meluas di kalangan lelaki. Di Amerika Syarikat, sebanyak 40 peratus kanser yang menyerang kaum lelaki adalah disebabkan pola pemakanan mereka. Ayuh, lihat apa yang tidak kena!
Lelaki lebih cenderung mengambil makanan tinggi kolestrol berbanding wanita.
Lelaki lebih gemarkan makanan berlemak dan makan lebih banyak daging merah dalam menu mereka.
Sudahlah begitu, mereka ambil buah-buahan dan sayur dalam kuantiti yang sedikit. Makanan berserat pun bukanlah pilihan mereka.
Kebanyakan lelaki kurang gemar makan pagi.
Mereka minum kopi lebih banyak. Purata pengambilan kopi dalam kalangan lelaki adalah sehingga empat ke lima cawan sehari.
sumber: 01 MEI '11 Rapi

Saturday, 14 December 2013
Fikiran beracun TOKSIK kepada tubuh
Fikiran beracun tidak ada pada semua orang. Fikiran beracun memberi kesan negatif pada diri. Malah ia boleh menimbulkan emosi yang meluap-luap ekoran perasaan marah, tidak puas hati dan sebagainya. Tahukah anda bahawa emosi yang meluap adalah penyumbang kepada masalah kesihatan seperti pening, migrain, ketegangan, kurap kulit, sakit sendi dan baran? Langkah terbaik mengawal penyakit tersebut ialah dengan mengawal kemarahan. Fikiran negatif ini harus dibuang jauh-jauh.
sumber : 15 sep 2011 - MIDI
sumber : 15 sep 2011 - MIDI
Friday, 22 November 2013
'Cipta' Demam elak kanser
MENCADANGKAN KAEDAH MANDI HIPERTERMAL SEBAGAI KAEDAH MEMBUATKAN TUBUH 'DEMAM '! BUAT ANDA YANG TIDAK BIASA DENGAN ISTILAH INI,MANDI HIPERTERMAL ADALAH MANDI YANG PANAS BAGI MEMBUANG TOKSIK YANG BERTIMBUN DI DALAM TUBUH!
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi,faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan.
Menariknya, teknik ini juga dikatakan mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser! Hal ini turut disokong oleh Dr.Zulkornain. Menurutnya, terdapat dua cara efektif untuk menjana demam buatan. Pertamanya,adalah kaedah mandi hipertermal dan kedua latihan fizikal yang berlanjutan.
Keaadan yang panas akibat demam buatan tadi,akan menguatkan peredaran darah,
oksigen,pertukaran sel-sel badan,menghapus toksin dan meningkatkan pertahanan tubuh.
Namun panas yang dicipta bersifat subjektif dan setiap individu perlu menemukan suhu ideal buat mereka.Kaedahnya, masuk ke dalam tab mandi dengan suhu kurang 37 Celcius dan tambahkan air panas sehingga ia cukup ideal untuk anda mungkin sehingga 38.8 hingga 42.2 Celcius.Luangkan masa sehingga setengah jam dan pastikan air meliputi seluruh kawasan tubuh kecuali kepala.
"Tujuan daripada mandi hipertermal adalah untuk membawa sejumlah besar panas ke tubuh.Setelah selesai mandi, berbaring selama setengah jam atau lebih di dalam selimut.Ia akan membuatkan tubuh berpeluh dan perlahan-lahan ia akan mencapai keseimbangan."
"Kaedah ini dilihat mampu membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta dapat menyembuhkan masalah otot dan jerawat."
Kajian saintis Jepun pula mendapati, dengan berendam di dalam air panas selam 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutamanya di kalangan lelaki.
"Meskipun teknik ini memungkinkan untuk tubuh menghasilkan demam yang kuat, tetapi ia hanya bersifat sementara, selama satu atau dua jam tetapi perlu diulang beberapa kali dalam seminggu untuk mendapat kesan yang baik."
"Ia dilihat sebagai kaedah detoks yang amat berkesan, tetapi memberi kesan sampingan seperti pening kepala dan loya pada peringkat awalnya," tegas beliau.
Sumber: iSIHAT Dec 2013
Tuesday, 19 November 2013
PERIHAL KACANG SOYA
KACANG SOYA ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran 70 cm.Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat atau hijau atau kedua-duanya.
Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan.Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa jepun, shoyu (kicap)
Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino yang penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian.Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses).Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.
Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara.Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran.Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya,yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah.Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak.Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.
Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu).Tambahan lagi, protein telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang.
Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.
KEBAIKAN SUSU SOYA. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daging, susu dan telur. Mengandugi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacng tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
sumber: SAJI Feb 2007

Friday, 15 November 2013
Kebaikan tomato
Pengambilan tomato dalam diet harian sangat penting terutama bagi lelaki yang inginkan kesihatan yang baik dan sentiasa tampak muda. Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato.Pertama,tomato yang bewarna merah adalah yang terbaik kerana ia mengandungi lebih banyak lycopene di dalamnya.Apakah
kepentingan lycopene ini buat lelaki 40-an? Kajian menunjukkan pengambilan diet yang kaya dengan lycopene mampu mengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat, kulit & perut.Ia juga dapat mengurangkan penyakit arteri koronari dan menyingkirkan radikal bebas ke atas kulit akibat pancaran ultra ungu.Menurut jurulatih selebriti, Gunnar Petersen,tomato yang dimasak dan juga pes tomato adalah yang terbaik.
sumber: MIDI 15 SEP 2011

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.