Friday, 10 October 2014

Adakah minum alkohol boleh menyebabkan kanser?

Ya.Manfaat kesihatan daripada alkohol perlu diseimbangkan dengan ancaman seperti risiko
peningkatan beberapa jenis kanser Banyak kajian menunjukkan dan tidak ragu-ragu lagi, kerap minum alkohol mendedahkan anda kepada kanser mulut, tekak, hati, kolon, rektum dan payu dara, pada wanita. Tidak diketahui namun ada beberapa klu.

Tubuh menguraikan alkohol kepada bahan kimia, asetaldehid-yang merosakkan DNA. Minum alkohol juga menggalakkan penghasilan radikal bebas. Ia juga meninggikan paras estrogen, yang meningkatkan risiko kanser payu dara. Yang pasti, mengambil alkohol akan mendedahkan anda kepada risiko kanser sama ada anda mempunyai sejarah keluarga atau pun tidak.


sumber: i-sihat september 2014

Tuesday, 9 September 2014

Impak manakutkan gula kepada payu dara

Kenyataan ini disiarkan dalam jurnal BMC Public Health. Minum tiga tin minuman berkarbonat seminggu boleh menjadikan payu dara anda semakin padat, yang mana meningkatkan risiko kanser payu dara. Kajian dilakukan ke atas 776 wanita pra menopaus dan 776 pos menopaus oleh penyelidik Universiti Quebec, Kanada. Ini kerana gula merangsang migrasi sel payu dara. Kesannya payu  dara lebih padat yang menyukarkan mengesan kanser melalui pemeriksaan mamogram.


sumber : i-sihat SEP 2014

Monday, 25 August 2014

Brokoli boleh naikkan kehangatan seksual


Masih ramai yang tidak tahu khasiat brokoli. Brokoli yang berwarna hijau ini sememangnya sedap untuk dimakan maka tidak hairanlah cara penyediaanya amat mudah iaitu anda hanya perlu stim ataupun rebusnya sahaja. Selain itu anda juga boleh mencampurkannya dengan sayur-sayuran lain sebelum memakannya.

Kaya dengan khasiat
Brokoli kaya dengan pelbagai khasiat kerana ia padat dengan antioksidan vitamin A,C dan E yang berkhasiat untuk tubuh anda. Dengan memakan brokoi anda dapat melambatkan kerosakkan sel yang boleh menyebabkan anda mudah menghidapi penyakit dan mengalami proses penuaan dengan cepat. Selain itu, brokoli juga mengandungi lebih dua kali ganda vitamin C seperti oren.
Kelebihan ini dapat menguatkan sistem imun mereka yang memakannya.
Dengan menambah brokoli dalam makanan, anda juga akan mengaut kelebihan yang terdapat di dalamnya. Brokoli mengandungi beta karotin yang membolehkan anda mendapat kulit sihat. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan kecerahan kulit anda.
Brokoli juga elok dimakan oleh wanita yang sedang mengandung kerana ia adalah pembekal vitamin B dari asid folik. Khasiat ini adalah penting kepada wanita semasa di permulaan 12 minggu kandungan untuk mengelakkan bayi anda mendapat kecacatan saluran neural seperti spina bifida.
Selain itu, brokoli juga kaya dengan galian kalsium (penting untuk tulang yang kuat,kuku dan gigi) dan zat besi, di mana ia dapat mengekalkan pengeluaran sel darah merah, yang dapat mengelakkan anemia.

MELAWAN BARAH
Kandungan dalam brokoli juga mengandungi bahan yang boleh menolong mencegah barah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Kajian T Makanan di UK, mendapati apabila jus brokoli dicampurkan kepada sel darah pesakit, 95 peratus sel yang dijangkiti itu telah hilang.
Brokoli juga mengandungi sebatian yang dipanggil sulphorafane, salah satu bahan phytochemical asli (kimia tumbuhan) iaitu agen yang dapat menyebabkan sel pra-barah musnah sendiri.
Apabila anda memakan brokoli selalu, anda akan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit barah payudara, di mana barah ini sering dihubungkaitkan dengan terlebihnya hormon estrogen pada wanita.
Menurut satu penyelidikkan yang dilakukan oleh Dr.Jon Michnovicz dan kumpulannya di Institut Untuk Penyelidikkan Hormon di New York, sebatian yang dipanggil indoles, di dalam brokoli dapat meningkatkan kelajuan kadar metabolisme estrogen, tetapi ia mengurangkan hormon yang menjadi makanan barah tersebut.
Wanita yang mempunyai kadar kedudukkan tinggi asid folik mungkin juga akan kurang mendapat peluang untuk menghidapi barah servik atau hati.
Selain daripada itu, brokoli boleh melancarkan sistem penghadaman anda. Satu hidangan brokoli mengandungi 3.6 mg serat, di mana ia baik untuk kesihatan perut. Bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam hubungan seks, brokoli juga boleh menyalakan daya kehangatan seks anda dan pasangan. Dipercayai Selenium dalam brokoli dapat meningkatkan daya libido dan esuburan anda.

sumber: mingguan wanita mac'01





Monday, 9 June 2014

selamatkan payu dara dengan tomato

Peningkatan usia seiring dengan berat badan mendedahkan wanita kepada risiko kanser payu dara.
Namun memilih tomato mampu mencegahnya. Kajian terbaru mendapati tomato meningkatkan adiponectin, hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan. Selain tomato, penyelidik mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagaimana digariskan (secara anggaran kasar, separuh pinggan nasi adalah sayur dan buah) bagi mengelakkan kanser payu dara.



sumber: i-sihat jun 2014

Friday, 9 May 2014

Risiko Jangkitan Kuman selepas pembedahan

KEBISAANNYA, risiko jangkitan berlaku pada luka pembedahan atau pada tubuh pesakit adalah kurang daripada lima peratus. Terlalu banyak faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan jangkitan boleh berlaku seperti tahap steril dewan pembedahan, perkakasan pembedahan dan paling sukar dikawal adalah faktor-faktor manusia termasuklah doktor bedah itu sendiri.

Faktor dalaman yang penting adalah integriti imuniti seseorang. Antara pesakit yang berisiko tinggi untuk lambat sembuh lukanya dan mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan ialah warga emas (berumur lebih 60 tahun), pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kurang nutrisi terutamanya protein atau element zink, pesakit yang kurang vitamin C, pesakit kronik seperti diabetes, pesakit kanser yang dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi, pesakit auto-imun seperti SLE yang dirawat dengan steroid dan penghisap rokok.





sumber: i-sihat mei 2014

Friday, 2 May 2014

Daging berempah elak kanser

DAGING sering dikaitkan dengan kanser terutamanya apabila kerap diambil. Kajian dari Kansas State University (KSU) mendapati beberapa rempah yang digunakan dalam daging sebelum anda memasak dapat mengurangkan risiko kanser dan membuatkan hidangan tersebut bertambah lazat. Antara rempah yang digunakan ialah Rosemary dan kunyit. Rempah ini akan mengaktifkan antioksidan untuk mencegah pembentukan amina heterosiklik (HCA), HCA adalah senyawa yang menjadi penyebab kanser, terhasil ketika daging dipanggang, bakar, kukus atau goreng.


sumber: i-sihat mei 2014

Friday, 28 March 2014

TIP 'KEBAL' SERANGAN KANSER'

Kalau ditanya, tiada siapa yang tidak takut. Ibarat berdepan dengan maut, membuatkan kanser, tumor atau barah mempunyai stigma atau beban psikologi yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika anda disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak diketahui punca, tiada penawar dan keupayaan untuk kembali menyerang, menyebabkan ada yang menyerah kalah sebelum berjuang.
Masalahnya,penyakit ini tidak pernah menunjukkan penurunan. Di negara ini 45,000 menghidapnya setiap tahun. Lebih membimbangkan makin lama, makin ramai yang terlantar dan menderita kerananya.
Jadi, pendekatan terima dan berserah sudah tidak relevan.Memang sukar, namun hendak atau tidak, itulah perlu dilakukan! Jika tidak, anda pasti menjadi sebahagian daripada statistik.

Kepada yang ingin mencuba dan enggan menyerah kalah, buku ini boleh dijadikan panduan.Pengalaman Haji Sairi Ajir yang menghidap empat penyakit kronik dan diberi masa hanya enam bulan,boleh dijadikan ikhtibar.
Katanya:''Jangan takut ke hospital.Apabila ada kelainan pada tubuh cepat-cepat 'serah diri' pada doktor untuk mereka periksa.Selain itu prinsip saya jangan dilayan penyakit atau bila sakit kita mulai manja dan mengada-ngada.Semuanya berada dalam minda kita.Paling penting bagaimana kita mahu melawannya."
Selain itu pendekatan mencegah adalah lebih baik merawat sepatutnya dipraktikkan.Menjaga pemakanan dan bersenam adalah cara terbaik.Hamzah Ismail, Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia [ UPM ] menganggap senaman adalah penawar ajaib untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
''Ada kajian menyebut, tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko serangan sesetengah jenis kanser.Tetapi kalau anda aktif, sel kanser dapat 'ditidurkan' sekali gus menghalangnya daripada aktif dan merebak di dalam tubuh.
"Sekalipun dikesan mempunyai kanser, jangan bersedih kerana anda masih mempunyai berita baik di mana 65 - 85 peratus kanser boleh dicegah dengan gaya hidup sihat," kata Hamzah lagi.

Di sinilah peranan ilmu dan pengetahuan.Bagaiman pun, itulah masalah dan kekangannya.Menurut Dr. Ahmad Kamal. Presiden Persatuan Onkonologi Malaysia: "Walaupun terdapat peralatan canggih dan ubat-ubatan terbaru, ramai pesakit di Malaysia tidak mendapat rawatan yang optimum."
Diharapkan anda bukanlah salah seorang daripadanya!


sumber:iSIHAT April2014

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.