Friday, 28 March 2014

TIP 'KEBAL' SERANGAN KANSER'

Kalau ditanya, tiada siapa yang tidak takut. Ibarat berdepan dengan maut, membuatkan kanser, tumor atau barah mempunyai stigma atau beban psikologi yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika anda disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak diketahui punca, tiada penawar dan keupayaan untuk kembali menyerang, menyebabkan ada yang menyerah kalah sebelum berjuang.
Masalahnya,penyakit ini tidak pernah menunjukkan penurunan. Di negara ini 45,000 menghidapnya setiap tahun. Lebih membimbangkan makin lama, makin ramai yang terlantar dan menderita kerananya.
Jadi, pendekatan terima dan berserah sudah tidak relevan.Memang sukar, namun hendak atau tidak, itulah perlu dilakukan! Jika tidak, anda pasti menjadi sebahagian daripada statistik.

Kepada yang ingin mencuba dan enggan menyerah kalah, buku ini boleh dijadikan panduan.Pengalaman Haji Sairi Ajir yang menghidap empat penyakit kronik dan diberi masa hanya enam bulan,boleh dijadikan ikhtibar.
Katanya:''Jangan takut ke hospital.Apabila ada kelainan pada tubuh cepat-cepat 'serah diri' pada doktor untuk mereka periksa.Selain itu prinsip saya jangan dilayan penyakit atau bila sakit kita mulai manja dan mengada-ngada.Semuanya berada dalam minda kita.Paling penting bagaimana kita mahu melawannya."
Selain itu pendekatan mencegah adalah lebih baik merawat sepatutnya dipraktikkan.Menjaga pemakanan dan bersenam adalah cara terbaik.Hamzah Ismail, Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia [ UPM ] menganggap senaman adalah penawar ajaib untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
''Ada kajian menyebut, tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko serangan sesetengah jenis kanser.Tetapi kalau anda aktif, sel kanser dapat 'ditidurkan' sekali gus menghalangnya daripada aktif dan merebak di dalam tubuh.
"Sekalipun dikesan mempunyai kanser, jangan bersedih kerana anda masih mempunyai berita baik di mana 65 - 85 peratus kanser boleh dicegah dengan gaya hidup sihat," kata Hamzah lagi.

Di sinilah peranan ilmu dan pengetahuan.Bagaiman pun, itulah masalah dan kekangannya.Menurut Dr. Ahmad Kamal. Presiden Persatuan Onkonologi Malaysia: "Walaupun terdapat peralatan canggih dan ubat-ubatan terbaru, ramai pesakit di Malaysia tidak mendapat rawatan yang optimum."
Diharapkan anda bukanlah salah seorang daripadanya!


sumber:iSIHAT April2014

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.