sumber:i-sihat nov2014
Monday, 27 October 2014
Adakah sos tomato mencegah kanser prostat?
sumber:i-sihat nov2014
Monday, 20 October 2014
MAKANAN YANG MELINDUNGI PAYU DARA
Bunga kobis
Sayuran daripada keluarga Brassiccaceae ini mengandungi sulforaphane,yang berupaya menhentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian di makmal dengan cara menggangu kupayaan sel untuk membiak
Ia juga mengandungi bahan dikenali I3C,yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor berkembang.Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada memanggang atau stim.Jangan sesekali merebusnya kerana 75 peratus bahan penentangan kanser akan larut dalam air yang digunakan untuk merebus.
Ubi Keledek
Sebiji ubi keledek sepanjang lima inci mengandungi 11,062mg beta karoten,sejenis bahan karoteinod yang membantu tubuh menggunakan estrogen dengan lebih baik.Penyelidikan oleh Kajian Kesihatan Wanita,Universiti New York mendapati,wanita memiliki paras beta karoten dan karatenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payu dara,berbanding wanita yang tinggi paras beta karoten dan karotenoid dalam darah.
Sos Tomato
Kajian menunjukkan likopen,antioksida yang berkuasa didapati dalam tomato berupaya menentang kanser payu dara dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.Kajian membuktikan likopen mampu menghalang pertumbuhan kanser payu dara.
Bukan itu sahaja,ia membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pendedahan cahaya matahari.Likopen lebih mudah diserap ke dalam tubuh apabila terdedah kepada haba,jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding mentah.Likopen adalah larut lemak,oleh itu campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.
sumber: i-sihat oct 2014
Sayuran daripada keluarga Brassiccaceae ini mengandungi sulforaphane,yang berupaya menhentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian di makmal dengan cara menggangu kupayaan sel untuk membiak
Ubi Keledek
Sebiji ubi keledek sepanjang lima inci mengandungi 11,062mg beta karoten,sejenis bahan karoteinod yang membantu tubuh menggunakan estrogen dengan lebih baik.Penyelidikan oleh Kajian Kesihatan Wanita,Universiti New York mendapati,wanita memiliki paras beta karoten dan karatenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payu dara,berbanding wanita yang tinggi paras beta karoten dan karotenoid dalam darah.
Kajian menunjukkan likopen,antioksida yang berkuasa didapati dalam tomato berupaya menentang kanser payu dara dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.Kajian membuktikan likopen mampu menghalang pertumbuhan kanser payu dara.
Bukan itu sahaja,ia membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pendedahan cahaya matahari.Likopen lebih mudah diserap ke dalam tubuh apabila terdedah kepada haba,jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding mentah.Likopen adalah larut lemak,oleh itu campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.
sumber: i-sihat oct 2014
Thursday, 16 October 2014
Salah Tanggapan Mengenai Kanser
TEMBAKAU
Menurut Persatuan Kanser Amerika, pengguna tembakau menjadi punca sekurang kurangnya 30 peratus kematian semua jenis kanser dan 87 peratus daripada kanser paru-paru. Buktinya cukup jelas. Ia berada dalam kategori tersendiri, kata Sara Hiom, Pengarah Penyelidikkan Kanser United Kingdom. Jadi kalau ingin kurangkan risiko kanser - jangan merokok.
MAKANAN BERASID
Alasan logik mengenai mitos popular ini ialah sel kanser hidup dalam sekitaran berasid. Jadi dengan berlapar akan mengurangkan keasidan dan sel tidak membiak. Malangnya tiada bukti mununjukkan amalan pemakanan sihat akan mengubah keseimbangan asid tubuh dan kalau anda berjaya sekalipun kesannya sangat kecil, menurut institut Kajian Kanser Amerika.
sumber : i-sihat oktober 2014
Friday, 10 October 2014
Adakah minum alkohol boleh menyebabkan kanser?
Ya.Manfaat kesihatan daripada alkohol perlu diseimbangkan dengan ancaman seperti risiko
peningkatan beberapa jenis kanser Banyak kajian menunjukkan dan tidak ragu-ragu lagi, kerap minum alkohol mendedahkan anda kepada kanser mulut, tekak, hati, kolon, rektum dan payu dara, pada wanita. Tidak diketahui namun ada beberapa klu.
Tubuh menguraikan alkohol kepada bahan kimia, asetaldehid-yang merosakkan DNA. Minum alkohol juga menggalakkan penghasilan radikal bebas. Ia juga meninggikan paras estrogen, yang meningkatkan risiko kanser payu dara. Yang pasti, mengambil alkohol akan mendedahkan anda kepada risiko kanser sama ada anda mempunyai sejarah keluarga atau pun tidak.
sumber: i-sihat september 2014

Tuesday, 9 September 2014
Impak manakutkan gula kepada payu dara
Kenyataan ini disiarkan dalam jurnal BMC Public Health. Minum tiga tin minuman berkarbonat seminggu boleh menjadikan payu dara anda semakin padat, yang mana meningkatkan risiko kanser payu dara. Kajian dilakukan ke atas 776 wanita pra menopaus dan 776 pos menopaus oleh penyelidik Universiti Quebec, Kanada. Ini kerana gula merangsang migrasi sel payu dara. Kesannya payu dara lebih padat yang menyukarkan mengesan kanser melalui pemeriksaan mamogram.
sumber : i-sihat SEP 2014
sumber : i-sihat SEP 2014
Monday, 25 August 2014
Brokoli boleh naikkan kehangatan seksual
Kaya dengan khasiat
Brokoli kaya dengan pelbagai khasiat kerana ia padat dengan antioksidan vitamin A,C dan E yang berkhasiat untuk tubuh anda. Dengan memakan brokoi anda dapat melambatkan kerosakkan sel yang boleh menyebabkan anda mudah menghidapi penyakit dan mengalami proses penuaan dengan cepat. Selain itu, brokoli juga mengandungi lebih dua kali ganda vitamin C seperti oren.
Kelebihan ini dapat menguatkan sistem imun mereka yang memakannya.
Dengan menambah brokoli dalam makanan, anda juga akan mengaut kelebihan yang terdapat di dalamnya. Brokoli mengandungi beta karotin yang membolehkan anda mendapat kulit sihat. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan kecerahan kulit anda.Selain itu, brokoli juga kaya dengan galian kalsium (penting untuk tulang yang kuat,kuku dan gigi) dan zat besi, di mana ia dapat mengekalkan pengeluaran sel darah merah, yang dapat mengelakkan anemia.
MELAWAN BARAH
Kandungan dalam brokoli juga mengandungi bahan yang boleh menolong mencegah barah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Kajian T Makanan di UK, mendapati apabila jus brokoli dicampurkan kepada sel darah pesakit, 95 peratus sel yang dijangkiti itu telah hilang.
Brokoli juga mengandungi sebatian yang dipanggil sulphorafane, salah satu bahan phytochemical asli (kimia tumbuhan) iaitu agen yang dapat menyebabkan sel pra-barah musnah sendiri.
Apabila anda memakan brokoli selalu, anda akan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit barah payudara, di mana barah ini sering dihubungkaitkan dengan terlebihnya hormon estrogen pada wanita.
Menurut satu penyelidikkan yang dilakukan oleh Dr.Jon Michnovicz dan kumpulannya di Institut Untuk Penyelidikkan Hormon di New York, sebatian yang dipanggil indoles, di dalam brokoli dapat meningkatkan kelajuan kadar metabolisme estrogen, tetapi ia mengurangkan hormon yang menjadi makanan barah tersebut.
Wanita yang mempunyai kadar kedudukkan tinggi asid folik mungkin juga akan kurang mendapat peluang untuk menghidapi barah servik atau hati.
Selain daripada itu, brokoli boleh melancarkan sistem penghadaman anda. Satu hidangan brokoli mengandungi 3.6 mg serat, di mana ia baik untuk kesihatan perut. Bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam hubungan seks, brokoli juga boleh menyalakan daya kehangatan seks anda dan pasangan. Dipercayai Selenium dalam brokoli dapat meningkatkan daya libido dan esuburan anda.
sumber: mingguan wanita mac'01
Monday, 9 June 2014
selamatkan payu dara dengan tomato
Peningkatan usia seiring dengan berat badan mendedahkan wanita kepada risiko kanser payu dara.Namun memilih tomato mampu mencegahnya. Kajian terbaru mendapati tomato meningkatkan adiponectin, hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan. Selain tomato, penyelidik mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagaimana digariskan (secara anggaran kasar, separuh pinggan nasi adalah sayur dan buah) bagi mengelakkan kanser payu dara.
sumber: i-sihat jun 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.