Mengurangkan risiko kanser boleh dilakukan dengan hanya berjalan kaki di taman secara berterusan. Data yang dikumpulkan oleh National Runners' and Walkers' Health Studies menunjukkan lebih banyak tenaga digunakan sama ada daripada berjalan kaki atau berlari, lebih rendah risiko kematian akibat kanser otak.
sumber:i-sihat mac 2015
Friday, 6 March 2015
Monday, 16 February 2015
'Kanser Prostat' suka main sorok-sorok
Adakah anda seorang lelaki berusia lewat 50-an ke atas dan sering mengalami beberapa gejala masalah membuang air kecil? Sukar dipercayai jika jawapan anda mengatakan 'tidak' melainkan anda bukan lelaki 'tulen' dan telah membuang organ seks tersebut.Menurut Dr.Loh Chit Sin,Pakar Perunding Urologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam kempen 'Fight For Your Man' baru-baru ini, semua lelaki akan mengalami 'Benign Prostat Enlargement'(BPH) iaitu pembesaran prostat sejajar dengan peningkatan usia.
BPH akan menyebabkan lelaki kerap ke tandas, sukar membuang air kecil dan tak lawas. Bagaimanapun, BPH bukanlah kanser walaupun berkongsi simptom-simptom yang sama dengan kanser prostat.
"Kanser prostat sangat sukar dikesan sekiranya anda tidak membuat pemeriksaan. Ia sangat tersorok, tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasai, bahkan peringkat awal pun langsung tiada tanda-tanda,"katanya.
Disebabkan itu, ia kanser kedua tertinggi di kalangan lelaki seluruh dunia. Amerika Syarikat mencatatkan jumlah tertinggi kes kanser prostat. Berdasarkan kenyataan American Institute of Cancer Research, kira-kira 233,000 lelaki di negara tersebut didiagnosis dengan kanser prostat dan 30,000 kematian dilaporkan setiap tahun.
Biarpun Malaysia tidak berhadapan jumlah kes yang begitu tinggi, namun peningkatan kes masih dapat dilihat. Menurut Dr.Chit Sin, daripada kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, angka pesakit yang didiagnosis kanser prostat meningkat dari 2,500 kepada 3,000 kes dalam setahun.
Disifatkan sebagai penyakit negara maju punca sebenarnya masih belum dikenal pasti secara khususnya. Tetapi, menurut Dr.Chit Sin, boleh dikatakan ia sangat dipengaruhi oleh faktor gaya hidup dan disertai dengan beberapa faktor lain.
"10 peratus pesakit yang didiagnosis mengidap kanser prostat dikesan daripada faktor keturunan. Selebihnya adalah secara spontan dan tiada sebab yang jelas. Namun, kanser prostat berkait rapat dengan kanser payudara. Jumlah pesakit kanser prostat lebih ramai dikesan di kalangan ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser payudara berbanding yang tiada sejarah tersebut.
Tambahnya lagi, pemakanan turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit ini. Ia dilihat berdasarkan kajian yang telah dilakukan berpuluh-puluh tahun dahulu. Hasil menunjukkan insiden yang berlaku di Jepun adalah rendah berbanding Amerika Syarikat. Justeru, beberapa penyelidik di Amerika Syarikat bersepakat melakukan kajian di Los Angeles yang didiami oleh ramai warga Jepun.
"Kajian mendapati jumlah warga Jepun yang mengidap kanser prostat di Los Angeles 10 kali lebih ramai berbanding yang menetap di negara asal mereka. Masing-masing mewakili darah dan gen yang sama, cuma apa yang membezakan adalah dari segi makanan,minuman dan udara.
info: February 2015 iSIHAT.
Saturday, 31 January 2015
minuman yang merendahkan risiko kanser
Wanita yang mengambil lebih flavanoid - antioksidan yang tinggi dalam teh, kurang berisiko diserang kanser ovari (penyebab kelima kematian wanita akibat kanser). Kajian ini diterbitkan dalam Amrican Journal of Nutrition. Ini kerana teh hitam bersifat anti keradangan selain mengurangkan pembiakan dan mendorong apoptosis (kematian) sel kanser. Sekiranya Earl Grey dan Oolong kurang menarik perhatian anda, kunyah saja epal, anggur, blueberry, wain merah, cokla thitam, buah sitrus atau bawang sebagai ganti.
sumber:i-sihat feb2015
Friday, 9 January 2015
BERJALAN DARI KANSER
FAKTA: kebanyakkan kes serangan kanser payudara berlaku selepas menopaus dengan 75 peratus terjadi di kalangan wanita berusia lebih 50 tahun.
sumber : isihat jan-2015
Thursday, 11 December 2014
vitamin C - apa yang perlu kita tahu
Vitamin C diperlukan untuk menguatkan sistem imun. Kanak-kanak yang lazimnya kurang gemar memakan sayur dan buah-buahan akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin C serta lain-lain mineral yang diperlukan untuk tumbesaran. Wanita mengandung pula memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi bagi membantu penyerapan zat besi dan mengaktifkan asid folik. Satu hingga dua hidangan buah sitrus atau sayuran boleh memberikan bekalan yang mencukupi.
Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah bahan mudah larut yang hampir sama dengan glukos. Ianya merupakan vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen. Keberkesanannya boleh terjejas apabila terdedah kepada cahaya, udara dan haba. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.
Salah satu fungsi utama vitamin C ialah mengekalkan kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit, ligmen dan tulang. Oleh itu, mereka yang aktif bersukan atau para athlet mesti mengambil vitamin ini untuk memulihkan tisu mereka yang terjejas semasa bersukan.
Vitamin C turut berperanan menyembuhkan kulit yang luka dan melecur kerana ia memudahkan pembentukkan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut. Sel-sesl di dalam dinding arteri juga memerlukan kolegan untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung, serta diperlukan juga oleh kapilari darah yang lebih mudah rosak.
Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan vitamin C.
Kandungan asid askorbik di dalam darah boleh berkurangan apabila merokok. Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian besar kekurangan vitamin C. Oleh itu adalah disarankan perokok dan juga penghidap penyakit-penyakit kronik menambah dos vitamin C dalam pemakanan mereka.
Baru-baru ini, kajian mengatakan Vitamin C boleh mengelakkan kanser. Ciri antioksida yang dimilikinya dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakkan mutasi. Vitamin C turut melindungi sistem imun tubuh, pertahanan pertama tubuh dari kanser dan mengelakkan beberapa sebatian penyebab kanser terbina di dalam badan. Kajian mengatakan nutrien membantu memelihara sistem imun untuk membolehkannya melawan kanser. Dos vitamin C yang tinggal juga boleh membantu menggurangkan simptom lelah.
Banyak lagi kelebihan vitamin C selain yang telah dihuraikan. Ternyata kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh mendatangkan kemudaratan yang sangat serius. Namun begitu, pengambilan dos vitamin C berlebihan tidak menjadi masalah kerana nutrien bersifat larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.
sumber: i-sihat dec 2014.
Wednesday, 26 November 2014
PENGILAT KUKU
Bolehkah saya memakai pengilat kuku kerana dikatakan mengandungi formaldehid dan boleh menyebabkan kanser?
Formaldehid dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Kebanyakan pengilat kuku mengandungi formaldehid. Mereka yang bekerja dalam salun kuku mungkin berisiko diserang kanser disebabkan pendedahan yang diterima. Bagaimanapun, adakah individu yang menggunakan pengilat kuku turut berdepan peningkatan risiko terhadap kanser. Sebagai langkah keselamatan, pilihlah pengilat kuku yang bebas formaldehid.
sumber : i-sihat dec 2014
Formaldehid dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Kebanyakan pengilat kuku mengandungi formaldehid. Mereka yang bekerja dalam salun kuku mungkin berisiko diserang kanser disebabkan pendedahan yang diterima. Bagaimanapun, adakah individu yang menggunakan pengilat kuku turut berdepan peningkatan risiko terhadap kanser. Sebagai langkah keselamatan, pilihlah pengilat kuku yang bebas formaldehid.
sumber : i-sihat dec 2014
Wednesday, 12 November 2014
Jalan kepada Detoks Kolon
Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin - membawa kepada diabetes peringkat 2, dan penyakit jantung.
Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi. Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit, tetapi, tidak kira betapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%. Selain penyakit diabetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang tahta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup. Kanser kolon, yang juga dikenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti, dan penghidap diabetes peringkat II.
Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar di dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor kepada golongan berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnos dengan penyakit ini di mana risiko kanser kolon ini meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.
kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam.
rasa dahaga semakin bertambah
rasa letih yang melampau
penglihatan yang kabur
berat badan menurun tanpa sebab
kegatalan pada alat sulit atau jangkitan candida
pemulihan luka pada kadar yang perlahan.
sumber : i-sihat oct 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.