Friday, 27 December 2013

13 makanan untuk kulit mulus

Lobak merah
Biasanya kita dengar bahawa lobak merah baik untuk menyegarkan mata. Tetapi tahu tak bahawa lobak merah yang kaya dengan vitamin A ini juga membantu meransang sel kulit agar lebih menjadi baik dan menghalang sel-sel kanser.

Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

Timun
Bayam
Badam
Coklat hitam
Teh hijau
Ubi manis
Salad
Tomato
Strawberi
Soya
Telur


sumber: 15 mei '12  rapi

Thursday, 26 December 2013

Rahsia cendawan

Cendawan merupakan sejenis kulat yang diiktiraf sebagai herba yang sangat berguna kepada manusia.Ia tumbuh di atas tanah atau sumber nutreinnya. Sesetengahnya tumbuh meliar namun kini manusia giat menanam tumbuhan ini untuk dimakan atau tujuan perubatan. Tidak semua cendawan boleh dimakan kerana ada juga yang beracun. Kajian mendapati cendawan mampu mengurangkan gula, menambahkan insulin dalam darah, membunuh beberapa  virus yang menyebabkan penyakit berjangkit dan sebagai agen mempertahankan badan daripada serangan barah.

Cendawan  Shiitake
Ia biasanya dimakan sebelum bahagian bawahnya berubah warna. Ada yang menyukainya dalam bentuk kering berbanding segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Mempunyai pelbagai khasiat dan nilai perubatan kerana kandungan pelbagai asid amino, vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian mendapati kebaikkannya adalah disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Ia mampu memberikan tenaga kepada sistem imun untuk menentang jangkitan dan penyakit.Cendawan ini juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus,serviks,payudara, merencatkan kanser dan pelbagai lagi.

Cendawan Kukur
Nama saintifiknya ialah Schizophyllun Commune. Ia merupakan sejenis cendawan klasik yang mudah ditemui pada kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Sifatnya yang lasak memudahkan ia tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan di dalam ubat antitumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, antiradang, antibakteria, antiparasit dan melindungi hati.


Cendawan Jarum Emas
Ia dipercayai meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain bertindak sebagai agen antiradang dan aktiviti pelindung gen (menghalang kerosakkan DNA ),cendawan ini juga merupakan agen toksik kepada sel tumor.







Cendawan Ling Zhi
Nama saintifiknya ialah Ganoderma Lucidium. Juga dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun. Ia sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan khasiat perubatan yang sangat tinggi. Ia tumbuh liar di kawasan hutan dan sukar didapati. Selain itu, cendawan ini melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik, untuk selesema, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

Cendawan Bunga Kobis
Nama saintifiknya ialah Hercium Erinaceu. Membantu pertumbuhan dan rawatan penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan alzheimer. Ia juga menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta meningkatkan sistem imuniti.







Cendawan Tiram
Juga dikenali sebagai Abalone. Ia dikatakan berupaya mengawal aliran dan merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti untuk melawan jangkitan virus dan bakteria serta menghalang pertumbuhan tumor serta sebagai agen antioksida.






sumber : rapi 15 mei 12.








Monday, 23 December 2013

Buah Naga pengawal kolestrol

Buah naga atau dragon fruit mendapat nama kerana kulit luarnya berwarna merah dan ia mempunyai sayap seperti seekor naga.Dikenali juga dengan nama saintifiknyaa Epiphytes atau Pitaya, buah naga berasal dari Amerika Selatan.Walaupun rupa buah ini ganjil,namun begitu buah yang tergolong dalam keluarga cactacea yang tergolong dalam spesies kaktus ini sebenarnya kaya dengan khasiat.

Tanaman ini juga mendapat gelaran 'Queen of the Night', 'Moonflower' dan 'Lady of the Night' kerana bunganya yang besar dan hanya akan berkembang pada waktu malam.Pokok bunga naga hanya akan berbunga tiga hingga enam kali setahun.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi.Terdapat pelbagai variati buah naga.Tetapi yang paling popular adalah daripada variati Yellow Dragon Fruit, Vietnam Dragon Fruit, dan Red Dragon Fruit.Terdapat dua jenis isi buah naga iaitu isi yang berwarna putih dan isi yang berwarna merah.Menurut pakar pemakanan, buah naga daripada jenis isi  berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Menurut kesusasteraan Aztec, buah naga mula diperoleh sejak kurun ke-13.Di negara Vietnam, tempat di mana buah naga ditanam secara besar-besaran, ia dikenali sebagai thang loy.Dipercayai, buah ini telah diperkenalkan ke Vietnam oleh orang Perancis.

Di Malaysia sendiri, buah ini dikatakan telah diperkenalkan pada tahun 1999 di Sitiawan,Johor dan Kuala Pilah.Colombia dan Nicaragua adalah antara negara yang buahnya ditanam untuk tujuan komersial.

Kawasan ini sesuai ditanam kerana buah  naga memerlukan cuaca panas.Penanaman buah naga amat berpotensi tinggi kerana ia banyak dihasilkan dalam pembuatan jus, wain dan pewarna.Apa yang paling penting, nilai perubatan yang tinggi dalam buah naga buah naga membuatkan semakin ramai yang menggemarinya.

Anda dikatakan boleh kekal sihat dengan memakan buah naga segar mahupun yang telah dikeringkan.Bagi mereka yang menderita penyakit diabetes, pengambilan buah naga segar atau dikeringkan mampu menjamin pengawalan glukos darah.

Secara asasnya, buah naga kering lebih 10 kali lebih sedap daripada yang segar kerana ia kenyal dan sedap untuk dikunyah.Di Taiwan, buah naga digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pengganti nasi dan untuk menaikkan kandungan serat dalam pemakanan seharian mereka.

Kurangkan lemak

Buah naga amat tinggi dan pekat kandungan vitamin C, mineral-mineral dan merangsang kandungan serat yang tinggi.Kandungan vitamin C yang tinggi dikatakan mampu menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat.

Buah naga juga kaya dengan fitoalbumin.Zat-zat ini adalah amat penting dan terkenal di dunia dengan antioksidan yang mampu membantu mencegah pembentukan radikal-radikal bebas yang menyebabkan kanser.

Selain itu, buah naga juga mengandungi kandungan zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (untuk mengawal kepanasan badan), vitamin B2 (untuk menambah selera), dan vitamin B3 (untuk menurunkan kadar kolesterol).

Selain berkhasiat dan sedap dimakan, terdapat kepentingan lain untuk memakan buah naga.Karotena yang terdapat di dalam buah naga mampu mengekalkan dan memperbaiki kesihatan mata.Serat yang terdapat pada pada buah ini pula membantu pembentukan tulang dan gigi yang sihat.Manakala fosforus yang terdapat dalam buah ini pula membantu pembentukan tisu.

Walaupun terdapat pelbagai zat dan khasiat buah naga, namun begitu pengambilannya perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.



sunber: oct 2011 mingguan wanita

Tuesday, 17 December 2013

Makan banyak telur BERISIKO hidap KANSER PROSTAT

Hati-hati kepada golongan lelaki yang gemar menikmati hidangan telur setiap hari.Ini kerana, menurut penyelidikan, makan tiga biji telur dalam seminggu secara signifikan akan meningkatkan risiko dan membahayakan mereka terhadap kanser prostat.

   Kesimpulan ini didapati melalui uji kaji yang mendapati bahawa lelaki yang mengambil lebih daripada 2.5 biji telur setiap minggu memiliki risiko 81% menghidap kanser prostat.

   Kumpulam penyelidik di Havard School of Public Health di Boston meneliti kebiasaan makan 27 ribu responden selama 14 tahun.Mereka tidak mendapati sebarang hubungan yang disignifikan di antara jumlah daging yang dimakan dengan tumor, tetapi sebaliknya mereka mendapati jumlah kematian yang lebih tinggi akibat kanser dan di antara mereka diteliti banyak mengambil telur dalam hidangan mereka.

   Penyelidik menyebut mendapati terdapat kerosakan yang mungkin dilakukan oleh sejumlah besar kolesterol atau kolin, iaitu nutrisi yang membantu sel berfungsi dengan baik yang didapati di dalam telur.

   Walaupun begitu, kanser prostat adalah penyakit kanser yang berkembang pada prostat, iaitu kelenjar di dalam sistem reproduksi lelaki.Hal tersebut berlaku ketika sel prostat mengalami mutasi dan mulai berkembang di luar kendali.Kanser prostat dapat menimbulkan rasa sakit , kesulitan membuang air kecil, disfungsi erektil dan gejala lainnya.

Sumber: OKTOBER 2011 MINGGUAN WANITA

Monday, 16 December 2013

PATUTLAH..........

Jangan persoalkan mengapa penyakit jantung dan kanser lebih meluas di kalangan lelaki. Di Amerika Syarikat, sebanyak 40 peratus kanser yang menyerang kaum lelaki adalah disebabkan pola pemakanan mereka. Ayuh, lihat apa yang tidak kena!

Lelaki lebih cenderung mengambil makanan tinggi kolestrol berbanding wanita.
Lelaki lebih gemarkan makanan berlemak dan makan lebih banyak daging merah dalam menu mereka.
Sudahlah begitu, mereka ambil buah-buahan dan sayur dalam kuantiti yang sedikit. Makanan berserat pun bukanlah pilihan mereka.
Kebanyakan lelaki kurang gemar makan pagi.
Mereka minum kopi lebih banyak. Purata pengambilan kopi dalam kalangan lelaki adalah sehingga empat ke lima cawan sehari.


sumber: 01 MEI '11 Rapi




Saturday, 14 December 2013

Fikiran beracun TOKSIK kepada tubuh

Fikiran beracun tidak ada pada semua orang. Fikiran beracun memberi kesan negatif pada diri.  Malah ia boleh menimbulkan emosi yang meluap-luap ekoran perasaan marah, tidak puas hati dan sebagainya. Tahukah anda bahawa emosi yang meluap adalah penyumbang kepada masalah kesihatan seperti pening, migrain, ketegangan, kurap kulit, sakit sendi dan baran? Langkah terbaik mengawal penyakit tersebut ialah dengan mengawal kemarahan. Fikiran negatif ini harus dibuang jauh-jauh.



sumber : 15 sep 2011 - MIDI

Friday, 22 November 2013

'Cipta' Demam elak kanser

CHIRISTOPHER VASSEY DALAM BUKUNYA THE HEALING POWER OF FEVER
MENCADANGKAN KAEDAH MANDI HIPERTERMAL SEBAGAI KAEDAH MEMBUATKAN TUBUH 'DEMAM '! BUAT ANDA YANG TIDAK BIASA DENGAN ISTILAH INI,MANDI HIPERTERMAL ADALAH MANDI YANG PANAS BAGI MEMBUANG TOKSIK YANG BERTIMBUN DI DALAM TUBUH!
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi,faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis penyakit ialah toksin atau racun dalam badan.

Menariknya, teknik ini juga dikatakan mampu mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser! Hal ini turut disokong oleh Dr.Zulkornain. Menurutnya, terdapat dua cara efektif untuk menjana demam buatan. Pertamanya,adalah kaedah mandi hipertermal dan kedua latihan fizikal yang berlanjutan.

Keaadan yang panas akibat demam buatan tadi,akan menguatkan peredaran darah,
oksigen,pertukaran sel-sel badan,menghapus toksin dan meningkatkan pertahanan tubuh.
Namun panas  yang dicipta bersifat subjektif dan setiap individu perlu menemukan suhu ideal buat mereka.Kaedahnya, masuk ke dalam tab mandi dengan suhu kurang 37 Celcius dan tambahkan air panas sehingga ia cukup ideal untuk anda mungkin sehingga 38.8 hingga 42.2 Celcius.Luangkan masa sehingga setengah jam dan pastikan air meliputi seluruh kawasan tubuh kecuali kepala.

"Tujuan daripada mandi hipertermal adalah untuk membawa sejumlah besar panas ke tubuh.Setelah selesai mandi, berbaring selama setengah jam atau lebih di dalam selimut.Ia akan membuatkan tubuh berpeluh dan perlahan-lahan ia akan mencapai keseimbangan."

"Kaedah ini dilihat mampu membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta dapat menyembuhkan masalah otot dan jerawat."

Kajian saintis Jepun pula mendapati, dengan berendam di dalam air panas selam 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung terutamanya di kalangan lelaki.

"Meskipun teknik ini memungkinkan untuk tubuh menghasilkan demam yang kuat, tetapi ia hanya bersifat sementara, selama satu atau dua jam tetapi perlu diulang beberapa kali dalam seminggu untuk mendapat kesan yang baik."

"Ia dilihat sebagai kaedah detoks yang amat berkesan, tetapi memberi kesan sampingan seperti pening kepala dan loya pada peringkat awalnya," tegas beliau.


Sumber: iSIHAT Dec 2013

Tuesday, 19 November 2013

PERIHAL KACANG SOYA

KACANG SOYA ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran 70 cm.Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat atau hijau atau kedua-duanya.

Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan.Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa jepun, shoyu (kicap)
Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino yang penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya.  Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian.Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses).Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara.Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran.Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya,yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah.Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak.Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu).Tambahan lagi, protein telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang.
Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.

KEBAIKAN SUSU SOYA. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daging, susu dan telur.  Mengandugi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacng tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.  Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.  Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi mempunyai alahan terhadap susu lembu.  Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.  Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.




sumber: SAJI Feb 2007

Friday, 15 November 2013

Kebaikan tomato

 Pengambilan tomato dalam diet harian sangat penting terutama bagi lelaki yang inginkan kesihatan yang baik dan sentiasa tampak muda. Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato.Pertama,tomato yang bewarna merah adalah yang terbaik kerana ia mengandungi lebih banyak lycopene di dalamnya.Apakah
kepentingan lycopene ini buat lelaki 40-an? Kajian menunjukkan pengambilan diet yang kaya dengan lycopene mampu mengurangkan risiko kanser paru-paru, prostat, kulit & perut.Ia juga dapat mengurangkan penyakit arteri koronari dan menyingkirkan radikal bebas ke atas kulit akibat pancaran ultra ungu.Menurut jurulatih selebriti, Gunnar Petersen,tomato yang dimasak dan juga pes tomato adalah yang terbaik.




sumber: MIDI 15 SEP 2011

Monday, 21 October 2013

IBADAH HAJI sumber motivasi hebat

Sepanjang bulan Zulkaedah ini sehinggalah Zulhijah nanti, umat islam di Mekah akan melalui suatu kembara iman yang unik. Kemuncak ibadat haji adalah pada 9 Zulhijjah, apabila sekalian jemaah haji akan berwukuf atau berhenti sejenak di padang Arafah, antara waktu gelincir matahari (masuk waktu zuhur) sehingga terbit fajar keesokan harinya.

Bagi orang yang tidak menunaikan haji, mereka meraikan hari raya korban pada 10 Zulhijjah, sementara di Tanah Suci, jemaah haji sibuk menumpukan perhatian pada ibadah.  Menghayati ibadah haji dan pengertian di sebaliknya, cukup memberikan motivasi yang boleh membangunkan diri dan minda.

SEJARAH MEKAH SANGAT MENGUJAKAN
Mekah bersasal daripada kata 'Bakkah' (lembah yang dikelilingi bukit batu), mempunyai binaan paling awal yang dipanggil Baitullah atau Kaabah. Hal ini dinyatakan dalam surah Ali Imran:96-97, "Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang dibina di Mekah, yang barakah dan petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (antaranya) Makam Ibrahim. Maka sesiapa yang masuk kedalamnya, aman tenteramlah dia."
Ada riwayat menyatakan, Kaabah dibina oleh malaikat sebagai tempat tawaf mereka untuk menebus dosa kerana keterlanjuran mereka tidak bersetuju dengan rancangan Allah menciptakan Adam sebagai khalifah di muka bumi.

Adam dan Hawa ialah manusia pertama yang bertawaf di Kaabah, selepas mereka bertemu semula di Jabal Rahmah (sebuah bukit di Arafah) selepas dikeluarkan dari syurga. Lama kemudian sehinggalah tiba zaman Nabi Ibrahim, Ibrahim membawa anak isterinya, Hajar dan Ismail dari Palestin dan selepas melalui perjalanan jauh, anak isterinya ditinggalkan di suatu padang pasir atas perintah Allah. Lokasi itu berdekatan Kaabah.
Dalam surah Ibrahim:37, dijelaskan mengenai doa Ibrahim ketika meninggalkan orang yang disayanginya, "Ya Tuahan, aku telah menempatkan keluargaku di sebuah lembah yang tandus, tiada tumbuh-tumbuhan di sana, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. Ya, Tuhan, mereka ditempatkan di sana supaya mendirikan solat, dan memakmurkannya dengan ibadat. Oleh itu jadikanlah sebahagian daripada manusia tertarik hati kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke sana) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur."
Beberapa tahun kemudian, apabila Ibrahim datang semula mencari anak isterinya, didapatinya lokasi itu sudah berkembang pesat. Asal telaga Zamzam ialah mata air yang terpancar dari tanah di bawah tapak kaki Nabi Ismail ketika Ismail menangis kehausan. Ketika itu ibunya Hajar panik lalu berlari-lari antara bukit Safa dan Marwah. Selepas tujuh kali berulang alik, Hajar kembali kesisi anaknya dan melihat ada mata air yang terpancar dari tanah tempat Ismail menghentak-hentakkan kakinya.
Tempat itu kemudian didatangi sekumpulan kabilah Jurhum dan mereka meminta izin Hajar untuk tinggal di situ. Mereka membangunkan tempat berkenaan. Doa Ibrahim supaya tempat itu makmur membangun menjadi kenyataan zaman berzaman sehingga kini.

Beberapa amalan terkandung dalam ibadat haji bersempena perbuatan nabi terdahulu. Umpamanya bertawaf, sebelum ini disyariatkan kepada Adam dan Hawa,kemudian Nabi Ibrahim dan kemudiannya Nabi Muhammad serta umat Muhammad.





sumber: MIDI 15 OCT 2011


    

Monday, 30 September 2013

DURIAN Belanda kaya nilai perubatan

Durian belanda adalah di antara 60 spesis buah nona dari keluarga Annonaceae. Ia bersasal dari Amerika Utara dan Selatan serta Caribbean tetapi kini boleh ditemui di semua negara tropika yng beriklim panas di seluruh dunia.
Dari Amerika Selatan, buah itu diperkenalkan be Bermuda dan Bahamas, dan dari selatan Mexico, ia dibawa ke Peru dan Argentina. Ia juga merupakan salah satu daripada buah-buahan pertama yang
diperkenalkan dari Amerika ke negara-negara Tropika, di mana ia diagihkan secara meluas dari tenggara China ke Asia Tenggara, Australia dan kawasan rendah di timur dan barat Afrika.
Di Malaysia, durian belanda yang juga dikenali sebagai nona duri ataupun nona nangka, merupakan salah satu daripada buah-buahan tempatan yang popular. Ia banyak ditanam di kawasan kampung dan kini dijual di kebanyakkan pasar raya utama di seluruh negara.
Dikenali sebagai Annona muricata dari segi saintifik, pokok durian belanda tumbuh setinggi 7.5 ~ 9 meter, berdahan rendang dengan ranting yang berbulu halus. Daunnya berwarna hijau tua dengan permukaan yang licin dan berkilat dan mengeluarkan bau yang agak busuk bila diramas.
Bunga durian belanda yang bertangkai pendek boleh tumbuh di mana-mana bahagian batang, dahan dan ranting pokok. Setiap satunya mempunyai tiga kelopak tebal berwarna kuning kehijauan di bahagian luar dan tiga lagi kelopak yang lebih kecil berwarna kuning muda di sebelah dalam.
Daripada bunga itulah muncul buah durian belanda yang berbentuk lebih kurang seperti hati tetapi ada juga yang melengkung sebelah akibat diserang serangga ataupun akibat proses pertumbuhan tidak sempurna.
Saiznya berbeza-beza, dengan setiap satunya sepanjang 10-30cm dan selebar 15cm dan beratnya boleh mencecah sehingga 2-4 kilogram sebiji. Kulitnya tebal berwarna hijau tua semasa muda yang bertukar menjadi hijau kekuningan setelah masak. Di bahagian luar, terdapat duri-duri lembut dengan bahagian hujung duri berkenaan mudah patah bila buahnya masak.
Isinya berserat berwarna putih dan bersari seperti isi ikan. Ia mempunyai aroma seperti nanas tetapi mempunyai rasa masam asid yang unik. Bijinya pula hitam berbentuk bujur, keras dan licin.Durian belanda manis atau masam-masam manis rasanya. Oleh itu ia enak dimakan segar. Isinya yang lembut setelah masak boleh juga dibuat minuman, aiskrim, tat, jeli, sirap dan salad buah-buahan ataupun didinginkan untuk disajikan sebagai pencuci mulut bersama-sama sedikit gula dan susu ataupun krim.
Selain itu, durian belanda juga digunakan sebagai bahan masakan. Di Indonesia, buah yang masih muda dimasak sayur ataupun dibuat sup. Di Brazil, ia dibakar ataupun digoreng.
Di Malaysia, jus durin belanda pula merupakan minuman popular yang menyegarkan di restoran-restoran terkemuka di seluruh negara. Kaedah membuatnya cukup mudah. Setelah dibuang biji, isinya dikisar bersama-sama sedikit gula, air ataupun susu dan dicampur dengan sedikit ais kiub.
Akhir-akhir ini, banyak yang diperkatakan tentang khasiat durian belanda dan nilainya kepada manusia. Buah itu kaya dengan vitamin A, B1 (Thiamine) dan B2(Roboflavin), C, niasin, asid folik dan asid lelemak. Ia juga mengandungi sedikit lemak, karbohidrat, protein, serat, serta zat galian seperti zat besi, sodium, kalsium, potassium, fosforus dan juga magnesium.
Kajian-kajian terbaru menunjukan bahawa daun, akar, kulit pokok, buah dan biji durian belanda mengandungi beberapa jenis bahan kimia bioaktif seperti acetogenins, alkaloids, terpenes, flavonoids dan minyak.
Bahan kimia acetogenins, yang hanya ditemui pada spesies nona darpada keluarga Annonaceae, didapati bersifat, antara lain, antibakteria, antiserangga, antiketumbuhan, antimalaria dan antiparasit.
Ciri-ciri itu telah menarik perhatian beberapa buah badan dan institusi kesihatan di seluruh dunia, termasuk Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat, untuk menjalankan kajian secara lebih mendalam tentang keberkesanannya dalam memerangi penyakit barah, khususnya barah usus, barah payu dara, barah prostat, barah paru-paru dan barah pankreas.
Selain dikaji untuk mengubati barah, durian belanda juga digunakan dalam perubatan tadisional untuk mengatasi masalah kesihatan. Buah dan jusnya digunakan untuk melawaskan kencing, membunuh cacing kerawit dan parasit, mengubati demam dan meningkatkan pengaliran susu ibu.
Ia juga bertindak sebagai astringen untuk meredakan cirit-biit dan disentri serta merawat penyakit hati. Kulit pokok, daun dan akar durian belanda pula direbus dan airnya diminum untuk mengawal diabetes dan tekanan darah tinggi.
Buah durian belanda yang masih muda boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati penyakit disenteri. Daunnya pula ditumbuk halus kemudian ditampal ke bahagian sendi untuk melegakan penyakit sengal tulang atau disapu pada kulit bagi merawat ekzema atau masalah-masalah kulit yang lain.
Selain itu, daun durian belanda diramas untuk dibuat mandi bagi meredakan demam. Kaedah yang sama juga digunakan di bahagian kepala untuk membunuh kutu. Masalah yang sama boleh diatasi dengan cara menumbuk bijinya kemudian disapu ke rambut. Bagaimanapun, berhati-hati jika menggunakan biji durian belanda kerana ia mengandungi sejenis minyak yang boleh memedihkan mata.


sumber : SAJI mei 2003

Thursday, 26 September 2013

Buah nangka

Buah nangka atau nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus mempunyai kulit yang kasar dan tebal serta
mempunyai banyak biji di dalam.
Pokok nangka tumbuh dengan baik di pelbagai jenis tanah di kawasan tanah di kawasan tanah rendah tropika tetapi ia tidak tahan kemarau atau banjir. Di Malaysia, kedua-dua buah yang mentah dan masak digunakan dalam masakan manakala kayu nangka juga penting di India dan Sri Lanka sebagai bahan untuk membuat perabot, bahan binaan dan alat muzik.
Nangka mempunyai khasiat perubatan dari daun hingga akarnya. Orang cina menganggap isi dan biji nangka menyejukkan dan menjadi tonik berzat yang dapat mengatasi masalah alkohol dalam sistem badan. Kanji biji nangka digunakan untuk melegakan penyakit hempedu manakala biji yang dipanggang dianggap sebagai afrodisiak. Abu daun nangka yang dibakar dengan jagung dan tempurung kelapa diguna secara berasingan atau sebagai campuran dengan minyak kelapa untuk merawat ulser atau barah.
Selain itu, getah nangka apabila dicampur dengan cuka boleh mengubati penyakit yang bernanah, patukan ular dan bengkak kelenjar. Manakala akarnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit kulit, lelah, demam dan cirit-birit. Kulit nangka boleh dibuat demah manakala daun yang disalai digunakan untuk mengubati luka. Di samping itu, kayu nangka mempunyai ciri sedatif, empulurnya dikatakan boleh menyebabkan keguguran.


sumber: SAJI April 2007

Wednesday, 25 September 2013

Makan sebiji oren boleh kenyang lebih lama!

Kajian pakar pemakanan mendapati, hanya dengan memakan sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda akan berasa kenyang lebih lama.
kenapa?
Sebabnya, oren mengandungi serat yang dapat melambatkan proses pengosongan perut serta pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Ini kerana sebiji oren mengandungi serat makanan kira-kira 30 gram. Jumlah ini mencukupi keperluan harian tubuh anda. Jumlah yang disarankan pakar pemakanan ialah sekitar 25 gram sehari.
Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi sekitar 70 miligram vitamin C. Kita disarankan mengambil vitamin C sebanyak 30 hingga 100 miligram setiap hari.
Oren bukan saja kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi tetapi mengandungi karbohidrat yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, sukrosa serta membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit, buah oren juga mengandungi karbohidrat, postassium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori.
Oren selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan folat yang tinggi seperti dalam oren segar akan menurunkan kadar homocystein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
Apabila kadar homocystein menurun, risiko diserang penyakit kardiovaskular seperti jantung juga dapat diatasi selain memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser.
Oren merupakan salah satu buah yang memiliki agen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.


sumber: mastika oktober 2013

Thursday, 19 September 2013

KONGSI RAHSIA WARNA DAN KHASIAT

WARNA HIJAU
Yang biasanya terdapat pada buah epal hijau serta sayur-sayuran daun seperti bayam, kangkung, brokoli, lobak, aneka sayuran kacang dan sebagainya mengandungi pelbagai fitokimia seperti lutein dan indoles yang berfungsi sebagai antioksidan dan meningkatkan kekebalan tubuh.

WARNA MERAH
Pada buah-buahan seperti epal merah , tembikai, delima, strawberi, kranberi, resberi dan ceri pula mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata selain khasiat lain seperti lycopene dan anthocyanins.

WARNA KUNING-JINGGA
Yang terdapat dalam oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, jagung, betik,markisa dan nanas pula mengandungi pelbagai jumlah antioksidan seperti vitamin C serta karotenoid dan bioflavonoid.

WARNA BIRU-UNGU
Di dalam anggur, beri biru, kubis ungu/merah, anggur hitam, terung, keledek ungu dan plum pula mengandungi pelbagai jumlah fitokimia yang baik untuk awet muda.

WARNA PUTIH DAN COKLAT
Mengandungi jumlah fitokimia yang berfungsi untuk kesegaran tubuh di samping sebagai egen menyeimbangkan berat badan. Ia biasanya terdapat di dalam kacang soya, bunga kubis, lobak putih, cendawan, pisang dan kentang.


sumber: majalah keluarga november 2011

Sunday, 8 September 2013

WARNA AIR KENCING


Pernah tidak anda terfikir menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika
tidak, mungkin sudah tiba masanya anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda,

Air kencing sepatutnya berwarna keperang-perangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat, Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum,
Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaanya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat.

Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau supplemen yang diambil mesti dipandang berat.



sumber: MIDI 15 Jun 2013

Saturday, 31 August 2013

Rahsia di sebalik SERAT

Perkara utama yang tidak boleh dipandang enteng dan berkait rapat dengan kesihatan adalah faktor pemakanan. Mari kita soroti salah satu contoh pemakanan Nabi yang telah disokong oleh bukti sains tidak kira dari dalam ataupun luar negara. Pernahkah pembaca mendengar kisah Nabi junjungan kita yang menggemari roti kasar?
Roti kasar yang diamalkan Baginda adalah satu contoh makanan terbaik iaitu daripada gandum mil penuh (whole grain wheat) atau istilah lainnya, gandum asli dan gandum sempurna. Gandum sempurna berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi,Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap pnyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung di dalamnya menyebabkan hati mengeluarkan kadar kolestrol yang rendah. Jadi, marilah kita mengkaji kehebatan serat yang terdapat di dalam gandum asli supaya kita dapat menuruti sunnah Nabi SAW dengan bijaksana.

Pilih makanan bijirin penuh seperti roti mil penuh, biskut tinggi serat, bijirin sarapan pagi dan capati. Rasulullah sangat menggemari makanan bijirin seperti barli dan oat.
Makan lebih sayur-sayuran, salad dan ulam-ulaman.
Masukkan ubi kentang, ui kayu dan keladi dalam masakan. Sayuran berkanji juga mengandungi serat dan salah satu yang digemari Nabi SAW adalah labu.
Gantikan sebahagian daripada daging dengan legum dan kekacang.
Makan buah-buahan bersama kulit (bergantung kepda jenis buah,contohnya anggur, epal ,pir).

Serat tidak bergabung dengan mana-mana vitamin dan mineral, jadi pengambilannya tidak akan mengganggu penyerapan vitamin dan mineral lain.


sumber: anis mac'2012. 

Tuesday, 9 July 2013

PUASA: membawa KEJAYAAN

Puasa secara umum dikenal sebagai satu disiplin untuk menghasilkan kebaikan dan keuntungan, samada
kepada manusia dan juga makhluk-makhluk lain.

Malaikat adalah satu-satunya makhluk Allah SWT yang berakal,yang terus menerus berpuasa sambil berzikir dan bertasbih serta kepatuhan terhadap tanggungjawab masing-masing, sejak mereka dijadikan hingga hari kiamat. Kerana itu, maka wajarlah malaikat dikenal sebagai 'makhluk yang suci dari dosa'.

SEJARAH PUASA
Ibadah puasa ialah ibadah yang sangat tua, telah diwajibkan atas umat-umat dahulukala dalam bentuk yang berbeza. Nabi Allah Adam AS berpuasa selama 30 hari 30 malam, sebagai kaffarah kerana memakan buah larangan di syurga. Nabi Dawud AS berpuasa selama enam bulan dengan berselang-seli sehari puasa sehari tidak. Adapun Nabi Muhammad SAW. dan umatnya difardukan berpuasa dalam bentuk sederhana tidak lebih daripada sebulan dalam setahun. Dan ibadah puasa mengikut syari'ah islam dilakukan hanya waktu siang.

Tumbuh-tumbuhan dan haiwan berpuasa

Mengikut penyelidikan, bahawa tumbuh-tumbuhan terutama yang bebiji belah (dicoty) ada puasanya. Daun, dimana tidak sahaja berfungsi untuk menahan penguapan, menampung cahaya, menyerap udara, tetapi juga berfungsi melakukan pencernaan serta mengatur makanan. Sesudah musim luruh terjadi, tumbuh-tumbuhan
yang musim luruh daunnya menjadi tidak teratur, akan mengakibatkan kedatangan musim buah yang tidak sempurna juga.
Kemudian bagi kumpulan haiwan yang paling mudah dikenali ialah jenis burung. Misalnya ayam, ia berpuasa selama mengerami telurnya. Biasanya ayam yang sedang mengeram, makannya sangat sedikit dan teratur sekali, iaitu pada awal pagi atau waktu petang. Bagi induk ayam
yang berani makan semasa mengeram, pasti akan mendinginkan perutnya dan akibatnya akan gagal menetaskan telur.

PENGAJARAN
Tumbuh-tumuhan dan haiwan tahu berpuasa. Jadi seandainya manusia tidak mahu berpuasa, bukankah ini menunjukkan martabat kita akan jatuh lebih hina dari haiwan?



sumber: sinar al-taqwa 26 syaaban 1434 Hijri bersamaan 5 jul 2013 Miladi

Tuesday, 2 July 2013

EMPAT KUNCI Kebahagian

Kehidupan selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh islam dimana kehidupan sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

1- Wanita yang solehah iaitu isteri yang baik dapat menguruskan keluarga dan rumah tangga dengan sempurna.
2- Rumah yang luas boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak selain dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
3- Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah keluarga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
4- Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.


sumber:MIDI Jun 2011

Monday, 17 June 2013

1001 Khasiat Aloe Vera

Lidah buaya atau aloe vera bukanlah sejenis tanaman yang asing. Orang Red Indian menggelar daun ini
'kuasa dari syurga', Marco Polo pula dikatakan pernah melihat ia digunakan oleh orang-orang Cina sebagai ubat dan bahan kecantikkan. Bahkan ia juga dikatakan pernah digunakan oleh Cleopatra, permaisuri Mesir yang termasyhur.

Bagus untuk kulit
Aloe vera dikatakan mempunyai khasiat yang tidak ternilai lebih-lebih lagi dari segi penjagaan kulit. Daun aloe vera menghasilkan sejenis gel yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri seperti merawat luka, melembabkan kulit, anti-bakteria dan anti-fungus.
Aloe vera atau nama saintifiknya 'Aloe Vera Linn' , juga dikenali juga dengan nama 'lily of the desert', 'plant of immortality, dan tumbuhan berubat.
Antara mineral yang terdapat dalam gel aloe vera adalah seperti protein, sodium, potassium, manganese, kalsium, zat besi dan sebagainya. Secara tidak langsung ia memberikan tumbuhan ini ciri-ciri penyembuhan yang berbeza daripada tumbuhan lain. Di samping untuk penggunaan luaran, ekstrak aloe vera juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk mengubati ulser perut.
Selain itu, dari sudut kecantikkan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka. Selain itu, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat 'sunburn' dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat, menghitamkan dan menyuburkan rambut. Apabila diramas, daun aloe vera ini akan mengeluarkan jeli yang dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan.

MANFAAT KESIHATAN
Aloe vera juga memiliki kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Lidah buaya dapat dimakan secara langsung sebagai makanan namun kebiasaannya aloe vera diminum dalam bentuk jus.

BEBERAPA KEBAIKAN MINUM JUS ALOE VERA.
1. Membuang racun (detox). Aloe vera kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sehingga dapat membantu membuang racun dalam tubuh kita.
2. Membantu pencernaan. Aloe vera mempunyai kemampuan semulajadi membuang racun menyebabkan usus dapat bekerja dengan lancar dan meningkatkan penyerapan protein.
3. Meningkatkan kekebalan tubuh. Aloe vera kaya akan antioksidan yang membantu kekebalan tubuh melawan radikal bebas di dalam tubuh yang merupakan sumber pelbagai penyakit.
4. Mencegah dan mengurangi keradangan.
5. Memperbaiki kolegan dan elastin pada kulit. Ia membantu meremajakan sel-sel kulit sehingga menunda kesan penuaan.
6. Membantu mengekalkan berat badan. Ia membantu membersihkan sistem pencernaan daripada bahan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
7. Membantu menyediakan bekalan harian vitamin. Aloe vera mengandungi vitamin A, B1,B2,B6,B12,C,E, Asid Folat dan Niasin. Tubuh manusia tidak dapat menyimpan vitamin sehinggalah mendapat bekalan vitamin secara teratur melalui makanan.
8. Memberikan bekalan mineral. Aloe vera mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh seperti kalsium,sodium,besi,potassium,mangan, magnesium, chrom, copper dan zink.
9. Menyihatkan gigi. Aloe vera sangat membantu menyihatkan mulut dan gusi. Ia mengandungi bahan aktif anti bakteria dan antimikrob semulajadi.


sumber:MIDI JUN 2013

Tuesday, 21 May 2013

Mitos pemakanan sihat

Kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.




1.Bersenam dengan perut kosong
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu, Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal,pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2.Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3.Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4.Diet rendah karbohidrat
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5.Makan apa saja yang anda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6.Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1-2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7.Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif.Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.


sumber; muslimah november 2011.

Tuesday, 7 May 2013

KAJIAN VITAMIN B17

"Laetrile is more effective in the control of cancer than any substance I have ever tested". Dr.Kanematsu Sugira Sloan-Kettering Cancer Institute

"Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser". Dr.Micheal Tait,Fountain of Life Clinic, Gold Coast,Australia.

"Di bawah mikroskop kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali". Dr.Dean Burk Pakar Kanser Jerman.


"Administered to cancer patients, Laetrile has proven to be quite free from any harmful side-effects, and I would say that no anti-cancer drug could make a cancerous patient improve faster than Laetrile. It goest without saying that Laetrile controls cancer and is quite effective wherever it is located." Dr.Shigeaki Sakai of Japan.

" The use of Laetrile...in 10 cases of inoperable cancer, all with metastases, provided dramatic relief of pain, discontinuance of narcotics, control of fetor [stench from a tumor], improved appetite, and reduction of adenopathy [swollen lymph nodes]. The results suggest regression of the malignant lesion.....No other side effects [other than transient episodes of low blood pressure] were noted except slight itching and a sensation of heat in the affected areas, which was transitory in all cases." Dr.John Morrone (1962)

"It is my carefully considered clinical judgement, as a practising oncologist and researcher in this field, that I have obtained most significant and encouraging results with the use of laetrile-amygdalin in the treatment of terminal cancer patients..." (Cancer News Journal)
Dr.Manuel Navarro, former Professor of Medicine and Surgery at the University of Santo Tomas, Manila.(1971)

"Amygdalin appears to neutralize the oxidative cancer-promoting compounds surch as free radicals....It's just one more key component for keeping cancer from growing or spreading. Contrary to what people have said about Laetrile....it should be considered an effective, entirely safe treatment for all types of cancer."
Robert Atkins, M.D

"For the prevention of cancer and the maintenance of remission, there is nothing as effective as Laetrile....its nontoxicity permits its use indefinitely while surgery, radiation and chemotherapy can only be administered for a limited time....the majority of cancers that occur more frequently, such as cancers of the lug, breast, colon, ovaries, stomach, esophagus, prostate, and the lymphomas, are much helped by Laetrile."
Dr.Emesto Contreras

"As part of a comprehensive health-enhancing program, amygdalin ia a useful natural; substance for fighting cancer." Dr.Micheal Schachter

"After years of observing patients using amygdalin, we can say with complete assurance that it is neither toxic nor worthless....Nor do we find it to be a cure or panacea for cancer. The experience of our clinic...is that amygdalin has the ability to improve the patient's sense of well-being, relieve tha pain of cancer, and reduce the requirement for pain medicine." Dr.Douglas Brodie

"After more than 20 years of such specialized work, I have found the non-toxic Nitrilosides-that is,Laetrile-far superior to any other known cancer treatment or preventive. In my opinion it is the only existing possibility for the ultimate control of cancer." Dr.Hans Nieper


sumber:seminar bersama Afdhal 18 Nov 2012.






Sunday, 28 April 2013

ENZIM

Apakah itu enzim?
Metabolisma adalah satu pros diserap sebelum ditukar kepada tenaga agar metabolisma badan berfungsi dengan normal. Apabila metabolisma berhenti, kehidupan manusia akan berhenti. Enzim adalah pemangkin hidup.
Bromelain : RM98

Mengapakah kita tidak boleh hidup tanpa enzim?
Sesuatu organisma boleh hidup bergantung pada enzim. Apabila enzim gagal berfungsi, kesihatan akan menurun dan kematian boleh berlaku. Kekurangan enzim akan menyebabkan manusia mengalami penuaan awal dan sakit. Dalam erti lain, tiada enzim, maka tiada nyawa. Dalam "Alkitab pemakanan optimum" oleh Patrick Holford's yang menunjukkan bahawa makanan yang dimakan menentukan tahap kesihatan. Akan tetapi, ia tidak tepat sepenuhnya. Sebenarnya, keupayaan untuk mencerna dan menyerap nutrien menentukan kesihatan seseorang. Makanan mesti menjadi nutrien dulu agar badan boleh menyerapnya. Enzim sebagai kunci nutrien.

Mengapa kita memerlukan enzim?
Bayi mendapat enzim daripada ibu. Enzim diperolehi melalui dua cara iaitu daripada pemakanan dan enzim yang dihasilkan oleh badan sendiri. Apabila umur semakin meningkat, penghasilan enzim dalam badan semakin berkurangan. Tambahan gaya hidup yang pantas, penggunaan bahan kimia dan racun serangga dalam tanaman turut mengurangkan enzim dalam badan. Terdapat lebih daripada 40 jenis penyakit berlaku disebabkan kekurangan enzim.
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai enzim, tetapi enzim tersebut telah dimusnahkan dalam proses penyimpanan atau memasak.Batang, kulit dan jus buah-buahan yang belum masak mengandungi banyak enzim,tetapi ia sering dikupas dan dibuang.


sumber: flyers goodmorning

Wednesday, 17 April 2013

AMIGDALIN ATAU LAETRILE

Amigdalin mengandungi empat bahan iaitu dua untuk glukos, satu untuk benzaldyhide dan satu untuk cyanide. Cyanide dan benzaldyhide adalah racun bila dibebaskan sebagai molekul tulen dan tidak terikat dengan mana-mana formasi molekular. Banyak makanan yang mengandungi cyanide selamat digunakan kerana ia terikat dan terkunci dengan molekul lain.

Amigdalin atau Laetrile pula bergabung dengan enzim-enzim pelindung dalam sel-sel sihat selain membebaskan enzim dalam sel-sel kanser dan seterusnya menghapuskan sel-sel kanser dengan tidak menjejaskan sel-sel sihat. Berbanding dengan kemoterapi yang tidak diketahui dengan tepat bilangan sel-sel kanser dihapuskan, banyak membunuh sel-sel sihat dan mengurangkan daya ketahanan seseorang.

Ada satu enzim, Rhodanese yang berada dalam sel-sel normal yang memerangkap mana-mana cyanide bebas dan menggabungkan dengan sulfur untuk menjadikan ia selamat. Rhodanese memangkinkan reaksi di antara cyanide bebas dan sulfur dan menggabungkan keduanya. Gabungan ini menghasilkan bahan neutral - Cyanate yang dikeluarkan dari badan melalui urin (air kencing) dan tidak merbahayakan kepada sel-sel normal. Sel-sel kanser pula sel-sel tidak normal. Mereka mengandungi enzim yang sel lain tidak boleh berkongsi iaitu beta glukosidase. Enzim ini ekslusif untuk sel-sel kanser membebaskan molekul Amigdalin. Ia membebaskan Benzaldyhide dan cyanide dan menjanakan toksid yang berlebihan. Tindakan enzim Beta glukosidase ini dengan sendirinya menghapuskan sel-sel kanser.
Oleh kerana penghapusan tidak menyeluruh, sel-sel kanser ini didapati akan kembali tetapi pada lokasi lain. Ini disebabkan oleh daya ketahanan yang lemah dan toksin-toksin kemo akibat dari rawatan kemoterapi. Mengikut piawaian industri kanser seseorang dikira bebas dari penyakit kanser setelah 5 tahun melalui rawatan kanser. Dianggarkan hanya 3% dari pesakit kanser yang dapat bertahan sehingga 5 tahun ke atas selepas menjalani rawatan rapi kanser - pembedahan, radiasi dan kemoterapi selain mengalami kesan sampingan seperti lemah daya ketahanan dan kos rawatan yang tinggi.

Bagi pengidap kanser, mereka perlu mengambil B17 dalam jumlah yang agak banyak setiap hari. Ini membolehkan Amigdalin sampai kepada sel-sel kanser melalui Beta-glucosidase. Ini perlu dilakukan kerana ada molekul Amigdalin yang akan dineutralkan oleh sel-sel normal yang mengandungi Rhodanese.

Pengamal-pengamal perubatan yang menggunakan Laetrile telah dapat merawat pesakit kanser yang tidak menggunakan rawatan kanser biasa pada kadar 85% kejayaan. Jika dibandingkan dengan pengidap kanser yang telah melalui rawatan kanser biasa kemudian menggunakan rawatan laetrile sebagai ikhtiar terakhir mereka hanya mempunyai kadar 15% untuk sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun ada sebuah klinik di Mexico yang mendakwa telah berjaya memulihkan pesakit kansernya pada kadar kejayaan 100%!

sumber: minda tulus ent.

Tuesday, 16 April 2013

BIJI APRIKOT DAN BARAH (KANSER)

Pada tahun 1952 di San Francisco, USA,Dr.Ernest T Krebb, Jr. dalam kajiannya berjaya membuat dua penemuan yang penting. Pertama barah disebabkan oleh reaksi proses metabolism pada diet yang kurang zat-zat makanan yang wajib. Yang kedua penemuan sebatian (kompoun) Amigdalin yang boleh didapati pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan.
Amigdalin boleh didapati dengan kepekatan yang tinggi dan enzim yang diperlukan pada biji aprikot. Kaum primitif Hunzas menggunakan banyak biji aprikot dalam pemakanan harian mereka dan kajian menunjukkan tidak ada satu pun dari kalangan mereka menghidapi barah (kanser) selain mempunyai umur yang panjang. Dari ekstrak Amigdalin yang telah ditulenkan dan dipekatkan juga boleh di dapati sebatian Laetrile atau lebih dikenali sebagai Vitamin B17. Amigdalin adalah sejenis nitrioloside. Nitrioloside susah dikategorikan kerana ia terkandung dalam makanan tetapi ia bukan makanan. Sebagai Nitrioloside,Amigdalin menyerupai struktur Vitamin B Komplek, oleh sebab itu Dr.Krebb menggelarkannya sebagai B17 dan pada masa itu enam belas (16) jenis Vitamin B telah dikenal pasti.
Dr.Krebb kemudiannya menyuntik dirinya dengan Laetrile untuk mempastikan tiada kesan sampingan dari penggunaannya. Dia kemudian meneruskan kajiannya ke atas binatang-binatang dan eksperimen kultur dan membuat rumusan bahawa Laetrile adalah efektif dalam rawatan barah (kanser).

Dalam kemajuan mendiagnosis dan rawatan tumor (ketumbuhan) yang membawa maut, barah terus menjadi punca utama kematian dalam negara-negara maju iaitu satu daripada tiga penduduk maut dari kanser. Walaupun pembedahan dan radioterapi dapat menyembuh pesakit pesakit dan kemoterapi berjaya menyembuh sepuluh jenis barah yang merbahaya, namun kadar kamatian dari kanser masih tidak berkurangan dalam 25 tahun kebelakangan ini. Lebih 60% pesakit kanser setelah didiagnos menyedari penyakit ini tersebar luas sehingga ubat-ubatan yang berkaitan kemoterapi yang diberi tidak mencukupi untuk menghapuskannya secara menyeluruh selain kesan sampingan yang membahayakan. Sehingga kini tidak ada rawatan yang efektif atau berkesan untuk beberapa jenis ketumbuhan/tumor.

Antara rawatan alternatif yang berkesan dan terkenal adalah terapi Laetrile. Ia sangat mudah digunakan dan sangat berkesan bila digunakan dengan kadar yang tinggi, ditambah pula dengan kualiti yang terbaik dan sistem pemakanan (diet) kanser yang efektif.
Laetrile berfungsi dengan mensasar dan menghapuskan sel-sel kanser dan kemudian menguatkan sistem immuniti. Dua cara penghapusan sel-sel kanser ialah dengan mengikuti sistem pemakanan atau diet kanser sepenuhnya dan mengambil beberapa makanan tambahan.


sumber: minda tulus ent.

Thursday, 21 March 2013

Hebatnya khasiat brokoli dan bayam.

Dr.Micheal Grusack, yang berkhidmat sebagai psikologi tanaman di Pusat Penyelidikan Khasiat Kanak-kanak, Kolej Perubatan Baylor, Amerika Syarikat menegaskan,"Brokoli dan bayam mempunyai khasiat yang tidak tertanding. Kedua-duanya kaya dengan serat, vitamin dan zat galian serta rendah kandungan kalorinya." Bayam kaya dengan zat besi, folik, vitamin  A, manakala brokoli pula kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan kalsium. Kandungan glukosinolit dalam brokoli dapat memberikan daya tahan daripada penyakit barah. Brokoli juga mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin C, potassium, asid folik dan serat. Ia bukan sahaja kaya dengan khasiat antiokosidan seperti beta karotin dan asid folik yang dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Secara tidak langsung enzim yang dihasilkan daripada khasiat brokoli dapat mencegah diabetes, sakit jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam brokoli lebih banyak berbanding buah oren.

Bayam yang dipercayai berasal dari Persia ditanam dalam pelbagai jenis spesies. Bayam di negara Barat boleh dimakan mentah dalam hidangan salad. Berbeza dengan bayam di negara kita yang biasanya akan dijadikan hidangan bertumis ataupun berair. Apa pun, bayam juga mempunyai khasiat setanding brokoli. Dr.Chiu-Nan Lai dari hospital M.D Anderson dan Institut Tumor di Houtson,Amerika Syarikat, mendapati khasiat dalam bayam boleh mencegah penyakit barah. Kandungan beta karotin dalam sel daun bayam boleh mengurangi risiko penyakit barah paru-paru, Kandungan beta karotin dalam menormalkan sel tubuh dan mencegah proses mutasi dalam badan yang boleh menyebabkan barah. Selain itu, mereka yang selalu makan sayur bayam juga dapat memperlahankan proses ataupun mencegah kekaburan pada mata hitam. Pakar mata daripada pusat kesihatan mata dan telinga di Massachusetts, Johanna M.Sedon telah menjalankan teori terhadap 356 lelaki dan wanita berusia sekitar 55 hingga 80 tahun mendapati mereka yang banyak makan bayam dapat mengurangkan masalah penglihatan yang kabur pada usia tua.Bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes digalakkan makan banyak bayam ataupun minum air daripada daun bayam yang dikisar kerana ia dapat meneutralkan kandungan gula berlebihan dalam darah.

sumber:SAJI Dec,2004

Monday, 18 March 2013

khasiat manga dari sudut kesihatan

BERMANFAAT MENGHALANG KANSER
Para pakar menyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, iaitu bahan penghalang kanser yang baik.


sumber: midi: oct'2011

Saturday, 16 March 2013

Pilih makanan dengan betul

Pengambilan makanan yang mempunyai kesemua zat yang diperlukan setiap kali anda menikmati hidangan adalah penting. Makanan seperti roti, beras, buah-buahan dan sayur-sayuran banyak mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, sedarkah anda tentang makanan mana yang lebih baik untuk anda nikmati?

Roti putih vs roti gandum penuh

Roti putih sememangnya kaya dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Namun, roti mil penuh sebenarnya mengandungi lebih kalsium, zat besi dan selenium (antioksida) yang boleh membantu anda mencegah dari kanser.



sumber: mingguan wanita ogos'06.

Friday, 15 March 2013

Awas bahaya pewarna karamel dalam minuman soda

Sudah acap kali kita dikhabarkan tentang keburukkan minuman berkarbonat terhadap kesihatan. Bagi yang mengemari minuman ini, anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser.
Karamel semula jadi diperbuat daripada gula, namun sebagai pewarna makanan, biasanya ia akan ditambahkan dengan bahan kimia amonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser. Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI), Kanada dan Washington D.C.
Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi amonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang berwarna gelap.
Dari aspek lain, soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti. Reaksi kimia antara gula dan amonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser.



sumber: mingguan wanita Apr'2011. 

Thursday, 14 March 2013

Awas Bahaya Polisterine

Penggunaan pinggan mangkuk pakai buang dan pembungkusan makanan polisterine seakan sudah menjadi lumrah kepada para peniaga mahupun kita sebagai pengguna kerana sifatnya yang ringan, murah dan senang diperolehi. Penggunaanya amat popular di kalangan masyarakat kini.

Namun ramai yang tidak tahu dan peka dengan kesan penggunaanya terhadap bumi dan juga kesihatan. Tahukah anda bahawa polisterine mengandungi bahan kimia stirena dan benzena yang sukar terurai dan mungkin mengambil masa sehingga 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.

Bukan itu sahaja , polisterine turut diperbuat daripada monomer stirena aromatik iaitu sejenis cecair hidrokarbon daripada petroleum. Manakala bahan yang di kenali karsinogen kumpulan 2B yang terkandung di dalam polisterine merupakan salah satu punca utama penyakit kanser.

Akibat sikap kita yang sentiasa mengambil remeh perkara sebegini, ramai yang tidak mengetahui makanan yang kita makan saban hari dengan menggunakan bekas makanan pakai buang polisterine ini sebenarnya boleh membunuh.



sumber: SAJI mac 2011.

Wednesday, 13 March 2013

ASID REFLUKS?

Asid refluks merupakan keadaan di mana asid dari perut naik ke atas melalui esofagus. Esofagus ialah saluran makanan yang menghubungkan mulut dan perut.

Asid refluks semakin buruk pada waktu malam kerana tiga sebab.
Pertama, kepekatan asid perut lebih tinggi pada waktu malam.
Kedua, dalam keadaan berbaring asid perut lebih mudah untuk refluks atau naik ke atas melalui saluran esofagus. Graviti tidak membantu menurunkan asid yang melekat di esofagus turun ke perut.
Ketiga, ketika tidur kita tidak menelan. Penelanan penting kerana ia membawa asid yang telah naik ke atas melalui esofagus turun ke perut . Apabila menelan, air liur yang mengandungi bikarbornat turut turun sama ke perut dan meneutralkan asid perut.

Jika terdapat makanan dalam perut, asid relfuks juga mengandungi makanan selain asid perut, pepsin dan cecair hempedu. Tisu selaput esofagus tidak boleh menangani asid kuat seperti asid perut. Kecederaan esofagus yang kronik dan berpanjangan dipercayai dapat menyebabkan kanser.



sumber : midi - 1 mac'2012


About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.