Thursday, 11 December 2014

vitamin C - apa yang perlu kita tahu

Vitamin C merupakan suatu vitamin yang diperlukan oleh setiap peringkat umur. Ia berfungsi sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada serangan radikal bebas. Radikal bebas boleh digambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita dan sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian. Ia juga terdiri daripada bahan toksik yang boleh menyebabkan kerosakkan bukan sahaja pada dinding sel tetapi juga bahan-bahan genetik di dalam sel. Kerosakkan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus meningkatkan risiko kesihatan individu.

Vitamin C diperlukan untuk menguatkan sistem imun. Kanak-kanak yang lazimnya kurang gemar memakan sayur dan buah-buahan akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin C serta lain-lain mineral yang diperlukan untuk tumbesaran. Wanita mengandung pula memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi bagi membantu penyerapan zat besi dan mengaktifkan asid folik. Satu hingga dua hidangan buah sitrus atau sayuran boleh memberikan bekalan yang mencukupi.

Vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah bahan mudah larut yang hampir sama dengan glukos. Ianya merupakan vitamin yang paling kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen. Keberkesanannya boleh terjejas apabila terdedah kepada cahaya, udara dan haba. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak.

Salah satu fungsi utama vitamin C ialah mengekalkan kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit, ligmen dan tulang. Oleh itu, mereka yang aktif bersukan atau para athlet mesti mengambil vitamin ini untuk memulihkan tisu mereka yang terjejas semasa bersukan.

Vitamin C turut berperanan menyembuhkan kulit yang luka dan melecur kerana ia memudahkan pembentukkan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut. Sel-sesl di dalam dinding arteri juga memerlukan kolegan untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung, serta diperlukan juga oleh kapilari darah yang lebih mudah rosak.
Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan vitamin C.

Kandungan asid askorbik di dalam darah boleh berkurangan apabila merokok. Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian besar kekurangan vitamin C. Oleh itu adalah disarankan perokok dan juga penghidap penyakit-penyakit kronik menambah dos vitamin C dalam pemakanan mereka.

Baru-baru ini, kajian mengatakan Vitamin C boleh mengelakkan kanser. Ciri antioksida yang dimilikinya dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakkan mutasi. Vitamin C turut melindungi sistem imun tubuh, pertahanan pertama tubuh dari kanser dan mengelakkan beberapa sebatian penyebab kanser terbina di dalam badan. Kajian mengatakan nutrien membantu memelihara sistem imun untuk membolehkannya melawan kanser. Dos vitamin C yang tinggal juga boleh membantu menggurangkan simptom lelah.

Banyak lagi kelebihan vitamin C selain yang telah dihuraikan. Ternyata kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh mendatangkan kemudaratan yang sangat serius. Namun begitu, pengambilan dos vitamin C berlebihan tidak menjadi masalah kerana nutrien bersifat larut air dan mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.


sumber: i-sihat dec 2014.  

Wednesday, 26 November 2014

PENGILAT KUKU

Bolehkah saya memakai pengilat kuku kerana dikatakan mengandungi formaldehid dan boleh menyebabkan kanser?

Formaldehid dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Kebanyakan pengilat kuku mengandungi formaldehid. Mereka yang bekerja dalam salun kuku mungkin berisiko diserang kanser disebabkan pendedahan yang diterima. Bagaimanapun, adakah individu yang menggunakan pengilat kuku turut berdepan peningkatan  risiko terhadap kanser. Sebagai langkah keselamatan, pilihlah pengilat kuku yang bebas formaldehid.




sumber : i-sihat dec 2014

Wednesday, 12 November 2014

Jalan kepada Detoks Kolon

Pada masa kini, perubahan drastik amat diperlukan untuk mengubah gaya hidup yang mendorong kepada jangkitan dan penyakit. Gaya pemakanan yang kurang sihat, kurang tidur, beban banyak, dan persekitaran sekeliling menjadikannya lebih mudah untuk kita jatuh sakit dan sukar untuk pulih.

Gula adalah salah satu punca dalam pemakanan kita yang akan menyebabkan implikasi yang serius pada tubuh badan kita. Hampir kesemua makanan dan minuman harian kita mengandungi gula, dan mengambilnya secara berlebihan akan membawa kepada obesiti, kekurangan nutrisi, peningkatan glukosa dan respon insulin - membawa kepada diabetes peringkat 2, dan penyakit jantung.

Daripada makanan segera kepada bungkusan jus, anda pasti akan temui gula yang tersembunyi. Ia mungkin kelihatan seperti peratusan yang sedikit, tetapi, tidak kira betapa rendahnya peratusan gula tersembunyi ini, ia tetap akan meningkatkan risiko jangkitan obesiti sebanyak 60%. Selain penyakit diabetes, dan serangan sakit jantung, kanser masih memegang tahta sebagai musuh kesihatan yang utama kepada mereka yang mengabaikan kesihatan mereka untuk kesenangan hidup. Kanser kolon, yang juga dikenali sebagai kanser usus atau kolorektal, diakui sebagai bentuk ketiga paling umum kanser yang sering dikaitkan dengan pemilihan pemakanan yang kurang sihat, obesiti, dan penghidap diabetes peringkat II.

Kanser kolon terjadi apabila sel-sel kelenjar di dalam kolon mengganda pada kadar yang membimbangkan di mana ia akan membentuk pertumbuhan tumor kepada golongan berusia dengan pemakanan yang kurang sihat dan menghidap diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnos dengan penyakit ini di mana risiko kanser kolon ini meningkat bersama usia dan pembuangan air besar yang tidak betul.

Simptom utama diabetes tidak dapat dikenalpasti termasuklah:
kekerapan membuang air kecil, terutama pada waktu malam.
rasa dahaga semakin bertambah
rasa letih yang melampau
penglihatan yang kabur
berat badan menurun tanpa sebab
kegatalan pada alat sulit atau jangkitan candida
pemulihan luka pada kadar yang perlahan.


sumber : i-sihat oct 2014

Monday, 27 October 2014

Adakah sos tomato mencegah kanser prostat?

Tidak.Terdapat banyak sebab mengapa kita perlu makan tomato. Namun ia tidak mencegah serangan kanser prostat sebagaimana yang kita percaya sebelum ini. Sekitar tahun 80an, inilah kepercayaan yang dipegang. Bagaimana kajian besar-besaran dijalankan pada tahun 2007 membabitkan 137,001 responden di lapan buah negara Eropah mendapati, antioksida yang terkandung dalam tomato tidak mencegah kanser prostat. Ia sumber vitamin C dan nutrien lain yang baik tetapi tidak berkuasa menghalang serangan kanser prostat.


sumber:i-sihat nov2014

Monday, 20 October 2014

MAKANAN YANG MELINDUNGI PAYU DARA

Bunga kobis
Sayuran daripada keluarga Brassiccaceae ini mengandungi sulforaphane,yang berupaya menhentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian di makmal dengan cara menggangu kupayaan sel untuk membiak
 Ia juga mengandungi bahan dikenali I3C,yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor berkembang.Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada memanggang atau stim.Jangan sesekali merebusnya kerana 75 peratus bahan penentangan kanser akan larut dalam air yang digunakan untuk merebus.

Ubi Keledek
Sebiji ubi keledek sepanjang lima inci mengandungi 11,062mg beta karoten,sejenis bahan karoteinod yang membantu tubuh menggunakan estrogen dengan lebih baik.Penyelidikan oleh Kajian Kesihatan Wanita,Universiti New York mendapati,wanita memiliki paras beta karoten dan karatenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payu dara,berbanding wanita yang tinggi paras beta karoten dan karotenoid dalam darah.

Sos Tomato 
Kajian menunjukkan likopen,antioksida yang berkuasa didapati dalam tomato berupaya menentang kanser payu dara dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel.Kajian membuktikan likopen mampu menghalang pertumbuhan kanser payu dara.
    Bukan itu sahaja,ia membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pendedahan cahaya matahari.Likopen lebih mudah diserap ke dalam tubuh apabila terdedah kepada haba,jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding mentah.Likopen adalah larut lemak,oleh itu campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.


sumber: i-sihat oct 2014

Thursday, 16 October 2014

Salah Tanggapan Mengenai Kanser

Kita sudah pun berada pada abad 21, tetapi masih terdapat mitos dan salah tanggapan mengenai kanser. Tetapi kini dengan pengetahuan yang semakin baik mengenai penyakit ini, pakar perubatan telah pun berjaya mengesahkan yang mana fakta atau sebaliknya.




TEMBAKAU
Menurut Persatuan Kanser Amerika, pengguna tembakau menjadi punca sekurang kurangnya 30 peratus kematian semua jenis kanser dan 87 peratus daripada kanser paru-paru. Buktinya cukup jelas. Ia berada dalam kategori tersendiri, kata Sara Hiom, Pengarah Penyelidikkan Kanser United Kingdom. Jadi kalau ingin kurangkan risiko kanser - jangan merokok.

MAKANAN BERASID
Alasan logik mengenai mitos popular ini ialah sel kanser hidup dalam sekitaran berasid. Jadi dengan berlapar akan mengurangkan keasidan dan sel tidak membiak. Malangnya tiada bukti mununjukkan amalan pemakanan sihat akan mengubah keseimbangan asid tubuh dan kalau anda berjaya sekalipun kesannya sangat kecil, menurut institut Kajian Kanser Amerika.



sumber : i-sihat oktober 2014

Friday, 10 October 2014

Adakah minum alkohol boleh menyebabkan kanser?

Ya.Manfaat kesihatan daripada alkohol perlu diseimbangkan dengan ancaman seperti risiko
peningkatan beberapa jenis kanser Banyak kajian menunjukkan dan tidak ragu-ragu lagi, kerap minum alkohol mendedahkan anda kepada kanser mulut, tekak, hati, kolon, rektum dan payu dara, pada wanita. Tidak diketahui namun ada beberapa klu.

Tubuh menguraikan alkohol kepada bahan kimia, asetaldehid-yang merosakkan DNA. Minum alkohol juga menggalakkan penghasilan radikal bebas. Ia juga meninggikan paras estrogen, yang meningkatkan risiko kanser payu dara. Yang pasti, mengambil alkohol akan mendedahkan anda kepada risiko kanser sama ada anda mempunyai sejarah keluarga atau pun tidak.


sumber: i-sihat september 2014

Tuesday, 9 September 2014

Impak manakutkan gula kepada payu dara

Kenyataan ini disiarkan dalam jurnal BMC Public Health. Minum tiga tin minuman berkarbonat seminggu boleh menjadikan payu dara anda semakin padat, yang mana meningkatkan risiko kanser payu dara. Kajian dilakukan ke atas 776 wanita pra menopaus dan 776 pos menopaus oleh penyelidik Universiti Quebec, Kanada. Ini kerana gula merangsang migrasi sel payu dara. Kesannya payu  dara lebih padat yang menyukarkan mengesan kanser melalui pemeriksaan mamogram.


sumber : i-sihat SEP 2014

Monday, 25 August 2014

Brokoli boleh naikkan kehangatan seksual


Masih ramai yang tidak tahu khasiat brokoli. Brokoli yang berwarna hijau ini sememangnya sedap untuk dimakan maka tidak hairanlah cara penyediaanya amat mudah iaitu anda hanya perlu stim ataupun rebusnya sahaja. Selain itu anda juga boleh mencampurkannya dengan sayur-sayuran lain sebelum memakannya.

Kaya dengan khasiat
Brokoli kaya dengan pelbagai khasiat kerana ia padat dengan antioksidan vitamin A,C dan E yang berkhasiat untuk tubuh anda. Dengan memakan brokoi anda dapat melambatkan kerosakkan sel yang boleh menyebabkan anda mudah menghidapi penyakit dan mengalami proses penuaan dengan cepat. Selain itu, brokoli juga mengandungi lebih dua kali ganda vitamin C seperti oren.
Kelebihan ini dapat menguatkan sistem imun mereka yang memakannya.
Dengan menambah brokoli dalam makanan, anda juga akan mengaut kelebihan yang terdapat di dalamnya. Brokoli mengandungi beta karotin yang membolehkan anda mendapat kulit sihat. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan kecerahan kulit anda.
Brokoli juga elok dimakan oleh wanita yang sedang mengandung kerana ia adalah pembekal vitamin B dari asid folik. Khasiat ini adalah penting kepada wanita semasa di permulaan 12 minggu kandungan untuk mengelakkan bayi anda mendapat kecacatan saluran neural seperti spina bifida.
Selain itu, brokoli juga kaya dengan galian kalsium (penting untuk tulang yang kuat,kuku dan gigi) dan zat besi, di mana ia dapat mengekalkan pengeluaran sel darah merah, yang dapat mengelakkan anemia.

MELAWAN BARAH
Kandungan dalam brokoli juga mengandungi bahan yang boleh menolong mencegah barah. Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Kajian T Makanan di UK, mendapati apabila jus brokoli dicampurkan kepada sel darah pesakit, 95 peratus sel yang dijangkiti itu telah hilang.
Brokoli juga mengandungi sebatian yang dipanggil sulphorafane, salah satu bahan phytochemical asli (kimia tumbuhan) iaitu agen yang dapat menyebabkan sel pra-barah musnah sendiri.
Apabila anda memakan brokoli selalu, anda akan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit barah payudara, di mana barah ini sering dihubungkaitkan dengan terlebihnya hormon estrogen pada wanita.
Menurut satu penyelidikkan yang dilakukan oleh Dr.Jon Michnovicz dan kumpulannya di Institut Untuk Penyelidikkan Hormon di New York, sebatian yang dipanggil indoles, di dalam brokoli dapat meningkatkan kelajuan kadar metabolisme estrogen, tetapi ia mengurangkan hormon yang menjadi makanan barah tersebut.
Wanita yang mempunyai kadar kedudukkan tinggi asid folik mungkin juga akan kurang mendapat peluang untuk menghidapi barah servik atau hati.
Selain daripada itu, brokoli boleh melancarkan sistem penghadaman anda. Satu hidangan brokoli mengandungi 3.6 mg serat, di mana ia baik untuk kesihatan perut. Bagi pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam hubungan seks, brokoli juga boleh menyalakan daya kehangatan seks anda dan pasangan. Dipercayai Selenium dalam brokoli dapat meningkatkan daya libido dan esuburan anda.

sumber: mingguan wanita mac'01





Monday, 9 June 2014

selamatkan payu dara dengan tomato

Peningkatan usia seiring dengan berat badan mendedahkan wanita kepada risiko kanser payu dara.
Namun memilih tomato mampu mencegahnya. Kajian terbaru mendapati tomato meningkatkan adiponectin, hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan. Selain tomato, penyelidik mencadangkan pengambilan sayur dan buah sebagaimana digariskan (secara anggaran kasar, separuh pinggan nasi adalah sayur dan buah) bagi mengelakkan kanser payu dara.



sumber: i-sihat jun 2014

Friday, 9 May 2014

Risiko Jangkitan Kuman selepas pembedahan

KEBISAANNYA, risiko jangkitan berlaku pada luka pembedahan atau pada tubuh pesakit adalah kurang daripada lima peratus. Terlalu banyak faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan jangkitan boleh berlaku seperti tahap steril dewan pembedahan, perkakasan pembedahan dan paling sukar dikawal adalah faktor-faktor manusia termasuklah doktor bedah itu sendiri.

Faktor dalaman yang penting adalah integriti imuniti seseorang. Antara pesakit yang berisiko tinggi untuk lambat sembuh lukanya dan mengalami jangkitan kuman pada luka pembedahan ialah warga emas (berumur lebih 60 tahun), pesakit yang sebelum ini mengalami kekurangan berat badan akibat kurang nutrisi terutamanya protein atau element zink, pesakit yang kurang vitamin C, pesakit kronik seperti diabetes, pesakit kanser yang dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi, pesakit auto-imun seperti SLE yang dirawat dengan steroid dan penghisap rokok.





sumber: i-sihat mei 2014

Friday, 2 May 2014

Daging berempah elak kanser

DAGING sering dikaitkan dengan kanser terutamanya apabila kerap diambil. Kajian dari Kansas State University (KSU) mendapati beberapa rempah yang digunakan dalam daging sebelum anda memasak dapat mengurangkan risiko kanser dan membuatkan hidangan tersebut bertambah lazat. Antara rempah yang digunakan ialah Rosemary dan kunyit. Rempah ini akan mengaktifkan antioksidan untuk mencegah pembentukan amina heterosiklik (HCA), HCA adalah senyawa yang menjadi penyebab kanser, terhasil ketika daging dipanggang, bakar, kukus atau goreng.


sumber: i-sihat mei 2014

Friday, 28 March 2014

TIP 'KEBAL' SERANGAN KANSER'

Kalau ditanya, tiada siapa yang tidak takut. Ibarat berdepan dengan maut, membuatkan kanser, tumor atau barah mempunyai stigma atau beban psikologi yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika anda disahkan menghidap kanser payudara.
Tidak diketahui punca, tiada penawar dan keupayaan untuk kembali menyerang, menyebabkan ada yang menyerah kalah sebelum berjuang.
Masalahnya,penyakit ini tidak pernah menunjukkan penurunan. Di negara ini 45,000 menghidapnya setiap tahun. Lebih membimbangkan makin lama, makin ramai yang terlantar dan menderita kerananya.
Jadi, pendekatan terima dan berserah sudah tidak relevan.Memang sukar, namun hendak atau tidak, itulah perlu dilakukan! Jika tidak, anda pasti menjadi sebahagian daripada statistik.

Kepada yang ingin mencuba dan enggan menyerah kalah, buku ini boleh dijadikan panduan.Pengalaman Haji Sairi Ajir yang menghidap empat penyakit kronik dan diberi masa hanya enam bulan,boleh dijadikan ikhtibar.
Katanya:''Jangan takut ke hospital.Apabila ada kelainan pada tubuh cepat-cepat 'serah diri' pada doktor untuk mereka periksa.Selain itu prinsip saya jangan dilayan penyakit atau bila sakit kita mulai manja dan mengada-ngada.Semuanya berada dalam minda kita.Paling penting bagaimana kita mahu melawannya."
Selain itu pendekatan mencegah adalah lebih baik merawat sepatutnya dipraktikkan.Menjaga pemakanan dan bersenam adalah cara terbaik.Hamzah Ismail, Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia [ UPM ] menganggap senaman adalah penawar ajaib untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
''Ada kajian menyebut, tahap kecergasan yang rendah akan meningkatkan risiko serangan sesetengah jenis kanser.Tetapi kalau anda aktif, sel kanser dapat 'ditidurkan' sekali gus menghalangnya daripada aktif dan merebak di dalam tubuh.
"Sekalipun dikesan mempunyai kanser, jangan bersedih kerana anda masih mempunyai berita baik di mana 65 - 85 peratus kanser boleh dicegah dengan gaya hidup sihat," kata Hamzah lagi.

Di sinilah peranan ilmu dan pengetahuan.Bagaiman pun, itulah masalah dan kekangannya.Menurut Dr. Ahmad Kamal. Presiden Persatuan Onkonologi Malaysia: "Walaupun terdapat peralatan canggih dan ubat-ubatan terbaru, ramai pesakit di Malaysia tidak mendapat rawatan yang optimum."
Diharapkan anda bukanlah salah seorang daripadanya!


sumber:iSIHAT April2014

Wednesday, 5 March 2014

Nabi Muhammad teladan terbaik dalam kesihatan

Ancaman Penyakit
Mengapa penyakit menjadi begitu dekat dengan manusia dan memberi ancaman setiap saat?

Ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya hal tersebut. Mulai dari sikap sambil lewa pengusaha makanan, pola hidup serba segera di tengah masyarakat, sampai pada tahap ramai orang yang sudah mulai kurang peduli dengan syariat agama dalam hal makanan.

Di negara kita hampir saban hari Persatuan Pengguna Islam (PPIM) memberikan pendedahan berkaitan olahan makanan yang beredar di pasaran tidak memenuhi syarat sebagai makanan yang halal.

Dari segi lain, cara pemakanan masyarakat juga sudah banyak yang menerapkan cara makan yang tidak sihat.Seperti makan tanpa dimulakan dan diakhiri dengan doa, bahkan perkara biasa kini makan sambil berjalan, selain itu juga masih ramai yang tidak membiasakan diri membasuh tangan sebelum makan.

Dunia perubatan moden mengatakan bahawa cara makan yang baik ialah dengan cara duduk dan tenang. Hal itu memungkinkan tubuh memerlukan tenaga ketika makanan dalam proses penghadaman. Enzim penghadaman juga akan bekerja dalam keadaan mudah.

Untuk lebih sempurnanya proses penghadaman, hendaklah disisihkan masa paling kurang sepuluh minit untuk makan dalam suasana tenang. Sambil kita terus menerus memperbanyakkan zikir, betapa nikmat Allah begitu besar pada diri kita. Ditinjau dari sisi adab, makan dengan cara duduk dan tidak terburu-buru menunjukkan satu akhlak yang baik.

Padahal Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh 14 abad yang lalu, sebelum dunia perubatan mengeluarkan panduan bahawa makan harus duduk, tenangdan tidak terburu-buru. Islam bahkan mengajarkan untuk memulakan dengan doa. Demikian pula dalam hal kebersihan.

Makan Cara Nabi
Untuk menjaga kesihatan atau terhindar daripada penyakit, makanan adalah faktor utama yang harus diperhatikan. Hal yang sangat menentukan selain jenis makanan itu sendiri, cara makan pun sangat perlu untuk diperhatikan.

Oleh itu nabi pun mempunyai panduan bagaimana kegiatan makan yang merupakan keperluan asas manusia itu betul-betul membantu menyihatkan dan tidak mendatangkan kesan negatif.

Pertama, pastikan makanan yang didapati adalah halal dan baik serta tidak mengandungi unsur-unsur yang haram.
Firman Allah SWT,"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya." (Surah Al Maidah;88).
Jangan lupa untuk selalu meniatkan makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah, dan hal-hal lain yang berguna agar dapat menjadi insan yang muttaqin.

Kedua, makan sesudah lapar dan berhenti sebelum kenyang. "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)".(Muttafaq Alaih).
Dunia moden dikejutkan dengan satu 'penyakit' baru, yakni obesiti. Mempunyai berat badan berlebihan jika dibiarkan akan mengundang lebih banyak penyakit. Dan, obesiti ini tentu mulanya walaupun tidak semua, sering bermula dari kebiasaan makan secara berlebihan. Oleh itu makanlah secukupnya dan jangan berlebihan.

Ketiga, mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya "Apabila Rasulullah s.a.w hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub,maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan baginda mencuci kedua tangannya terlebih dahulu".(Riwayat Ahmad).


sumber : majalah i okt 2011.

Sunday, 2 March 2014

Kontroversi Susu Kambing dan Susu Lembu

Pada umumnya amalan meminum susu ternak digalakkan kerana potensinya sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting bagi kesihatan manusia.Bahkan sebagai sumber kalsium - dengan corak makan masyarakat yang umumnya sangat kurang menggunakan sayur segar - sesungguhnya susu tidak boleh digantikan dengan bahan makanan lainnya.Sebab itu, pada umumnya pakar pemakanan sangat menganjurkan untuk minum susu setiap hari.Namun, seorang pakar pemakanan yang sangat memperhatikan pengaruh corak makan terhadap kesihatan dan proses timbul dan sembuhnya berbagai macam penyakit, Norman W. Walker telah membuktikan bahawa susu - kecuali susu kambing segar - adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia.Beliau juga mengamati bahawa susu yang paling sesuai untuk digunakan manusia  (selain bayi yang masih menyusu susu ibu) adalah susu kambing segar.Dinyatakannya pula bahawa pemanasan di atas suhu 48 darjah celcius justeru meros ak nilai fisiologi susu kambing dan dapat menyebabkan gangguan kesihatan kerana meransang timbulnya lendir yang berlebihan.

   Di antara gangguan kesihatan yang ditimbulkan ketika meminum susu lembu adalah kegemukan, asma, infeksi paru paru, selesema, alahan (misal alahan serbuk sari) dan tuberkulosis, meskpun pada umumnya pakar pemakanan dan doktor berpendapat bahawa susu lembu dapat menjadi bahan makanan sumber berbagai macam antibodi untuk melawan penyakit.

   Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mu'minun ayat 21, bermaksud, "Dan sesunnguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki kehidupan kamu."

   Allah juga menyebutkan bahawa minuman susu itu mudah ditelan oleh manusia.Dalam istilah ilmu kesihatan tentunya mudah ditelan ini maksudnya adalah mempunyai erti fisiologi yang baik.Tidak mungkin Allah menjerumuskan hamba-hamba-Nya dengan menunjukkan sumber minuman yang justeru menimbulkan berbagai macam penyakit.

KELEBIHAN SUSU KAMBING

   Susu kambing merupakan minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.Para nabi juga membela kambing meminum susunya kerana amalan tersebut merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.Antara kelebihan susu kambing adalah:

   Pertama: Bersifat alkali.Terdapat tiga jenis susu utama di dunia yang bersifat alkali, iaitu susu ibu, susu kambing dan susu ikan-ikan lumba.Kebiasaannya, sesuatu bahan yang bersifat asid mempunyai kesan yang negatif kepada kulit sekiranya melebihi had penggunaan.Tetapi, bagi susu kambing, ianya dijamin selamat dan tidak memudaratkan.

   Kedua: Susu kambing dapat mengubati penyakit alahan termasuk penyakit alah kepada susu lembu.

   Ketiga: Struktur kimianya yang ringkas.Ini membolehkan ianya mudah dicerna.Menurut satu kajian, susu kambing dapat dicerna dalam masa 20 minit berbanding susu lembu yang mengambil masa 2 jam untuk dicernakan.Ia mempunyai saiz partikel yang paling kecil daripada susu lembu dan kerbau.

   Keempat: Mengandungi anti oksida.Ia dapat mencegah penyakit barah.Ia merupakan satu keistimewaan yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mencegah penyakit-penyakit merbahaya.

   Kelima: Memperbaiki saraf-saraf pada badan.Susu kambing mampu membantu menguatkan daya ingatan dan mengubati penyakit strok yang melibatkan saraf.

   Dalam pada itu, Rasulullah mempunyai petua yang unik ketika minum.Dari Anas bin Malik bermaksud, "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas.Baginda minum dengan berkata:Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."


info
Jangan makan kombinasi makanan seperti :
jangan makan susu dengan daging
jangan makan daging dengan ikan
jangan makan ikan dengan susu
jangan makan ayam dengan susu
jangan makan ikan dengan telur
jangan makan ikan dengan daun salad
jangan makan susu dengan cuka
jangan makan buah dengan susu seperti koktel

sumber : majalah i okt.2011

Wednesday, 26 February 2014

kisah kurma madinah

Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya.Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim kurma hampir tiba dan ketika itu musim panas terik, sementara bekalan dan senjata yang dimiliki sangat sedikit. Tetapi rasulullah dan para sahabat tetap berangkat ke medan perang. Di waktu para sahabat diuji, orang-orang munafik mulai menyebarkan desas desus dan menghasut para sahabat agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangan tersebut.

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat tetapi disampaikan juga kepada isteri para sahabat. Para munafiqin itu berkata, "Suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum,siapakah yang akan menguruskannya. Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu sahaja".

Isteri-isteri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "Pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang". Tidak lama kemudian, Rasulullah dan para sahabat dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, malah hasil jualan mereka berlipat ganda. Tambahan pula ketika itu harga kurma Madinah mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat tidak mengalami sedikit pun kerugian kerana meninggalkan kebun untuk menyertai Perang Tabuk. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.


sumber:muslimah ogos 2011

Thursday, 13 February 2014

Sayuran berwarna jingga untukmu JEJAKA

Sayuran yang mempunyai rona utama jingga atau oren merupakan sumber terbaik bagi betakeratin, lutein dan juga vitamin C. Menurut laporan yang diterbitkan di dalam 'American Journal of Clinical Nutrition', kesemua nutrisi berkenaan mampu membantu merendahkan risiko mendapat kanser prostat di kalangan lelaki. Untuk itu, pilihlah menu yang terdiri dari lobak merah, labu, ubi kentang, atau pun lada benggala.

Sumber rapi: 15 Oktober 2013

Thursday, 6 February 2014

mitos dan fakta tentang kesihatan lelaki

BANYAK LELAKI MATI DISEBABKAN KANSER PROSTAT BERBANDING DENGAN KANSER-KANSER LAIN.
Tidak benar, Kanser paru-paru merupakan antara kanser utama yang menyerang lelaki mahupun wanita manakala kanser prostat adalah yang kedua.


LELAKI TIDAK AKAN DAPAT KANSER PAYUDARA
Tidak benar. Lelaki masih boleh mendapat kanser payudara, tetapi ia sangat jarang berlaku. Kemungkinan mendapat kanser payudara dalam kalangan lelaki adalah satu dalam 1000 orang lelaki. Tambahan lagi, umur yang semakin lanjut dan faktor risiko lain seperti sejarah keluarga (lelaki atau perempuan), keadaan genetik yang berkaitan dengan tahap estrogen yang tinggi, penyakit hati kronik, alkohol dan obesiti membantu meningkatkan risiko kanser payudara.


sumber: MIDI 15 MEI 2012

s

Friday, 24 January 2014

khasiat "titisan air mata" si bawang merah

setiap kali mengupas bawang rmerah, pasti mata akan menangis dengan tidak semena-mena. Di sebalik titisan air mata, bawang merah mengandungi sulfur yang dapat mencegah pembekuan pada sel darah merah. Menurunkan jumlah kolesterol jahat dan mencegah serangan jantung. Selain itu, bawang merah dapat memperkuatkan tulang dan sendi, menjaga sistem pertahanan badan dan mengurangkan risiko kanser. Tetapi, bahan masakan ini tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan mengurangkan khasiatnya. sumber:rapi 15 jan 2014

Thursday, 23 January 2014

kangkung pencegah kanser

Sedapnya kangkung masak belacan, kangkung tumis atau kangkung masak ikan masin. Sayuran ini juga mudah didapati, murah dan memberi manfaat yang besar dalam kesihatan. Mengikut data food nutrition knoji, kangkung mengandungi zat besi, kalsium dan riboflavin, antioksidan dan karotenoid. Penelitian yang dilakukan di India menunjukkan bahawa daun dan batang kangkung mempunyai sifat melawan dan. menghancurkan sel kanser. Penelitian lain yang dilakukan pada tahun 2005 menunjukkan pengambilan kangkung dapat mengurangkan penyerapan glukosa, sehingga baik untuk penghidap diabetes.




sumber: rapi 15 jan 2014

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.