Monday, 19 October 2015

Fakta mengenai daging merah yang anda tidak ketahui

Daging mereput dalam kolon
Ada yang mendakwa daging sukar untuk dihadamkan sepenuhnya dan kerana itu ia mereput di dalam kolon.Ini sangat mengarut! Apa yang terjadi apabila kita makan daging ialah daging akan diproses oleh asid perut dan enzim yang terdapat dalam sistem penghadaman.
Menerusi usus kecil protein tersebut akan diproses menjadi asid amino manakala lemaknya pula akan diprosess menjadi asid lemak. Kalau anda nak tahu apa sebenarnya yang mereput di dalam kolon ialah serat yang terdapat dalam sayur sayuran,buah buahan, bijirin dan kekacang yang mana ia menjadi 'makanan' kepada bakteria baik dalam usus.

Daging mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol
Salah satu perbalahan utama tentang daging ialah ia dikatakan tinggi lemak tepu dan kolesterol.
Memang benar daging cenderung mengandungi tinggi lemak tepu dan kolestrol , namun ia tidak perlu dibimbangkan kerana ia tidak mempunyai kesan buruk kepada tahap kolesterol atau meningkatkan risiko serangan jantung.

Daging menyebabkan penyakit jantung dan diabetes mellitus
Pelik kerana daging sering dipersalahkan sebagai penyebab dua penyakit ini. Dalam kajian besar besaran yang diterbitkan pada 2010, saintis telah mengambil data dari 20 kajian terhadap hampir 13 juta individu mendapati tidak ada kaitan antara daging merah tidak diproses dengan penyakit jantung atau diabetes.
Kajian di Eropah terhadap 448,568 individu juga mendapati tidak ada kaitan antara daging merah tidak diproses dengan penyakit tersebut. Bagaimanapun mereka menemui kaitan antara daging terproses dengan kedua dua penyakit tersebut.

Daging merah penyebab kanser
Salah satu kepercayaan biasa yang ramai percaya adalah daging merah penyebab kanser.Memang benar daging terproses ada kaitan dengan peningkatan risiko kanser terutamanya kolon kanser. Bagaimanapun kaitan antara daging tidak terproses dengan kanser adalah sangat lemah bagi lelaki dan hampir tiada bagi wanita.Ini mungkin bergantung kepada bagaimana cara ia dimasak kerana jika dimasak dalam suhu yang terlampau panas boleh menyebabkan carcinogen penyebab kanser.



sumber:i-sihat oct 2015.

Tuesday, 4 August 2015

Yang Benar Mengenai Kopi

Kopi boleh menurunkan berat badan-separa mitos
Tidak semestinya kesan pengambilan kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan selera untuk jangka masa tertentu.Namun belum ada cukup bukti ia membantu menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang.

Kopi membantutkan pertumbuhan-mitos
Stigma ini mungkin telah lama beredar dalam masyarakat.Bagaimanapun kepercayaan kopi boleh membantutkan pertumbuhan hanyalah mitos yang tidak diketahui dari mana datangnya.Malah tidak ada bukti saintifik kukuh yang menyokong dakwaan ini.

Kopi sangat menagihkan-separa mitos
Mungkin ada sedikit kebenarannya kafein merangsang sistem saraf utama.Bagaimanapun kesannya hanya bertahan sehari atau dua hari sahaja dan jauh sekali jika mahu disamakan dengan ketagihan terhadap heroin.
Kopi menyebabkan penyakit jantung,kanser,osteoporosis dan penyakit anjing gila.
Mengambil jumlah (sehingga 300ml atau tiga cawan kopi caffeine secara sederhana tidak memudaratkan anda.Jika mempunyai tekanan darah tinggi anda hanya akan mengalami peningkatan kadar denyutan jantung, tetapi tidak ada kaitan antara kafein dengan kadar kolestrol tinggi, penyakit kardiovaskular atau penyakit anjing gila.Sebaliknya banyak kajian membuktikan kopi sebenarnya bagus untuk anda.

Wanita mengandung tidak boleh minum kopi-mitos
Kafein tidak merbahaya kepada fetus. Bagaimanapun wanita mengandung dinasihatkan mengambil 200ml atau kira-kira 1 awan kopi sahaja .

Semua kopi mempunyai kandungan kafein yang sama-mitos
Tidak semua kopi di bru dengan cara atau kaedah yang sama dan sesetengah kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi berbanding yang lain.


sumber: i-sihat ogos 2015

Sunday, 5 April 2015

JUS NANAS KEMPISKAN PERUT

NANAS mengandungi enzim bromelain yan sangat efektif untuk menurunkan berat badan.

Bromelain membantu melancarkan sistem penghadaman, menguraikan protein dan dikatakan boleh menyerap lemak sehingga 100 kali daripada apa yang dimakan. Untuk lebih berkesan, tambahkan flaxseed oil yang mengandungi asid lemak tak tepu. Jadi selain mengamalkan diet, cuba gandakan usaha anda melalui jus atau minuman.



sumber: i-sihat feb2015.

Friday, 6 March 2015

Jalan dari kanser

Mengurangkan risiko kanser boleh dilakukan dengan hanya berjalan kaki di taman secara berterusan. Data yang dikumpulkan oleh National Runners' and Walkers' Health Studies menunjukkan lebih banyak tenaga digunakan sama ada daripada berjalan kaki atau berlari, lebih rendah risiko kematian akibat kanser otak.


sumber:i-sihat mac 2015

Monday, 16 February 2015

'Kanser Prostat' suka main sorok-sorok

Adakah anda seorang lelaki berusia lewat 50-an ke atas dan sering mengalami beberapa gejala masalah membuang air kecil? Sukar dipercayai jika jawapan anda mengatakan 'tidak' melainkan anda bukan lelaki 'tulen' dan telah membuang organ seks tersebut.

Menurut Dr.Loh Chit Sin,Pakar Perunding Urologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur dalam kempen 'Fight For Your Man' baru-baru ini, semua lelaki akan mengalami 'Benign Prostat Enlargement'(BPH) iaitu pembesaran prostat sejajar dengan peningkatan usia.

BPH akan menyebabkan lelaki kerap ke tandas, sukar membuang air kecil dan tak lawas. Bagaimanapun, BPH bukanlah kanser walaupun berkongsi simptom-simptom yang sama dengan kanser prostat.

"Kanser prostat sangat sukar dikesan sekiranya anda tidak membuat pemeriksaan. Ia sangat tersorok, tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasai, bahkan peringkat awal pun langsung tiada tanda-tanda,"katanya.

Disebabkan itu, ia kanser kedua tertinggi di kalangan lelaki seluruh dunia. Amerika Syarikat mencatatkan jumlah tertinggi kes kanser prostat. Berdasarkan kenyataan American Institute of Cancer Research, kira-kira 233,000 lelaki di negara tersebut didiagnosis dengan kanser prostat dan 30,000 kematian dilaporkan setiap tahun.

Biarpun Malaysia tidak berhadapan jumlah kes yang begitu tinggi, namun peningkatan kes masih dapat dilihat. Menurut Dr.Chit Sin, daripada kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, angka pesakit yang didiagnosis kanser prostat meningkat dari 2,500 kepada 3,000 kes dalam setahun.

Disifatkan sebagai penyakit negara maju punca sebenarnya masih belum dikenal pasti secara khususnya. Tetapi, menurut Dr.Chit Sin, boleh dikatakan ia sangat dipengaruhi oleh faktor gaya hidup dan disertai dengan beberapa faktor lain.

"10 peratus pesakit yang didiagnosis mengidap kanser prostat dikesan daripada faktor keturunan. Selebihnya adalah secara spontan dan tiada sebab yang jelas. Namun, kanser prostat berkait rapat dengan kanser payudara. Jumlah  pesakit kanser prostat lebih ramai dikesan di kalangan ahli keluarga yang mempunyai sejarah kanser payudara berbanding yang tiada sejarah tersebut.

Tambahnya lagi, pemakanan turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit ini. Ia dilihat berdasarkan kajian yang telah dilakukan berpuluh-puluh tahun dahulu. Hasil menunjukkan insiden yang berlaku di Jepun adalah rendah berbanding Amerika Syarikat. Justeru, beberapa penyelidik di Amerika Syarikat bersepakat melakukan kajian di Los Angeles yang didiami oleh ramai warga Jepun.

"Kajian mendapati jumlah warga Jepun yang mengidap kanser prostat di Los Angeles 10 kali lebih ramai berbanding yang menetap di negara asal mereka. Masing-masing mewakili darah dan gen yang sama, cuma apa yang membezakan adalah dari segi makanan,minuman dan udara.



info: February 2015 iSIHAT.









Saturday, 31 January 2015

minuman yang merendahkan risiko kanser

Wanita yang mengambil lebih flavanoid - antioksidan yang tinggi dalam teh, kurang berisiko
diserang kanser ovari (penyebab kelima kematian wanita akibat kanser). Kajian ini diterbitkan dalam Amrican Journal of Nutrition. Ini kerana teh hitam bersifat anti keradangan selain mengurangkan pembiakan dan mendorong apoptosis (kematian) sel kanser. Sekiranya Earl Grey dan Oolong kurang menarik perhatian anda, kunyah saja epal, anggur, blueberry, wain merah, cokla thitam, buah sitrus atau bawang sebagai ganti.




sumber:i-sihat feb2015

Friday, 9 January 2015

BERJALAN DARI KANSER

Wanita yang berjalan selama 4 jam dalam seminggu untuk setiap minggu selepas menopaus, berupaya mengurangkan risiko diserang kanser payudara sebanyak 10 peratus.
FAKTA: kebanyakkan kes serangan kanser payudara berlaku selepas menopaus dengan 75 peratus terjadi di kalangan wanita berusia lebih 50 tahun.



sumber : isihat jan-2015

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.