Wednesday, 31 October 2012

Berbohong sebabkan strok

Berbohong bukan sahaja mendatangkan perasaan bersalah, tetapi berbohong mampu menyebabkan individu diserang strok. Dr.Saundra Dalton-Smith M.D penulis buku, Set Free to Live Free,menyatakan berbohong akan menghasilkan dan meningkatkan hormon stres dalam diri individu. Peningkatan hormon stres ini meningkatkan degup jantung dan kadar pernafasan, melemahkan sistem pencernaan serta membuatkan saraf dan otot menjadi sangat sensitif. Hasil penelitian yang diterbitkan dalam Journal Consciousness and Cognition oleh Jabatan Psikologi Ghent University, Belgium itu mengakui bahawa berbohong sesekali tidak akan membuat individu terkena strok. Tetapi, jika kebohongan menjadi kebiasaan, peluang untuk mendapat serangan strok semakin meningkat. Malah individu yang sering berbohong turut terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi, stres, kanser, diabetes, dan penyakit berkaitan jantung seperti jantung koroner, strok dan gagal jantung kongestif kerana tekanan darah di jantung meningkat ketika berbohong. sumber:RAPI 1 MAC 12

Tuesday, 30 October 2012

Lelaki Mudah Diserang KANSER KULIT

Lelaki berusia mempunyai risiko dua kali ganda lebih banyak untuk mendapat melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang paling bahaya berbanding wanita. Lelaki juga mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mendapat kanser kulit yang bukan dari jenis melanoma berbanding wanita. Risiko ini meningkat kerana kaum adam ini lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari akibat bakteria atau bersukan dan kurangnya kesedaran tentang pemakaian krim pelindung suria. Untuk itu, mulakan langkah bijak sekarang. sumber: RAPI 15 OCT 11.

Wednesday, 24 October 2012

MURAH TAPI BERKHASIAT

CHRISTOPHER Colombus menganggap buah betik sebagai buah suci dek kerana rasanya yang manis dan isinya yang gebu lagi lembut. Pokok ini berasal dari Amerika Tengah dan ditanam oleh masyarakat latin Amerika sejak dahulu kala. Orang Portugis dn Sepanyol mula membawa pokok betik keluar dari Amerika Tengah melalui pelayaran dan ia kemudiannya dibawa masuk ke India, Afrika dan Filipina. Dari tiga benua itulah ia mula tersebar hingga kemerata dunia. Di Amerika Syarikat ia mula dibawa masuk pada abad ke-20 dan mula ditanam di kepulauan Hawaii. Pokok betik mengandungi getah yang dinamakan papain, sejenis enzim yang boleh menghadamkan protein. Getah yang terkandung dalam buah betik muda bertindak sebagai enzim penghadaman juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan gula-gula getah. Selain itu betik kaya dengan antioksida seperti karotena, vitamin C, B, asid folik dan pantotenik, potassium, magnesium dan serat. Bagi penggemar buah ini tidak akan terkena penyakit barah usus besar, selain baik bagi mengelakkan diabetes, sakit jantung kerana kandungan antioksidan yang berkuasa mengelakkan pengoksidanan kolestrol yan membantu kepada terjadinya penyakit penyakit tersebut. Kandungan kolestrolnya sangat rendah dan asid folik yang ada pada buah betik diperlukan bagi penukaran bahan homocysteine kepada asid amino yang tidak merbahaya seperti methionin dan cysteine. Homocysteine yang tidak ditukar dalam dua bentuk asid amino tadi boleh memusnahkan dinding dan pembuluh darah jika tahap kandungannya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan strok dan serangan jantung. Enzim pada papain ataupun getah yang terdapat dalam buah betik juga berguna untuk penyembuhan kesan terbakar pada kulit kerana kandungan antioksidan seperti vitamin C,E dab beta karotennya yang tinggi. Ia juga baik bagi penghidap penyakit artritis, lelah dan reumatik. Buah esotik ini juga kaya dengan tahap imunisasi pada tubuh manusia sebaiknya dimakan selalu oleh penderita menghidap sindrom gangguan usus, selesema, demam sejuk dan infleksi pada telinga. Papain juga digunakan sebagai pelembut daging dalam masakan. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Nigeria mendapati ekstrak dari buah betik yang belum masak serta bijinya berguna untuk melemahkan gram negatif bakteria. Pada tahun 1977, di salah sebuah hospital di London, seorang pesakit pemindahan buah pinggang yang terkena jangkitan pada bekas pembedahannya sembuh setelah ditekapkan buah betik muda selama 48 jam pada lukanya itu. sumber: SAJI Mac 2005

Friday, 19 October 2012

VITAMIN B
Apa itu vitamin B?
Vitamin B terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (Riboflavin) niasin, B6 (pyridoxine), B12 (cobalamin), biotin, asid folik dan asid pantothenic.  Kesemua jenis vitamin B ini larut dalam air, bermakna bekalan yang berlebihan akan dikeluarkan daripada tubuh badan anda melalui air kencing, kecuali B12 dan asid folik yang tersimpan dalam hati.
KENAPA KITA MEMERLUKAN VITAMIN B?
Setiap jenis vitamin B mempunyai peranannya yang tersendiri, tetapi pada umumnya kesemuanya berfungsi bersama-sama dalam membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan yang dimakan.  Keperluan bagi sesetengah jenis vitamin B bergantung kepada pengambilan kalori - semakin banyak kalori yang anda miliki, semakin banyaklah vitamin B yang anda perlukan. Vitamin B juga memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf anda.
JENIS MAKANAN APAKAH YANG KAYA DENGAN VITAMIN B?
Sumber vitamin B yang terbaik termasuklah hati,limfa,hempedal,ikan,kekacang,produk tenusu,sayur-sayuran daun yang hijau dan ekstrak yis. Bijirin yang lazimnya dimakan untuk sarapan pagi juga merupakan sumber yang baik kerana ia selalunya diperkuatkan dengan pelbagai jenis vitamin B.


sumber :  saji mei 2003.

Thursday, 18 October 2012

JUS EPAL
Epal kini didapati dapat merawat penyakit alzheimer.  Penyakit alzheimer berlaku disebabkan kekurangan acetylcholine, sejenis bahan kimia yang penting untuk menghantar mesej ke otak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massaschusetts, jus epal dapat meningkatkan pengeluaran acetylcholine, seterusnya dapat merawat penyakit alzheimer.

REMPAH
Satu kajian yang dijalankan oleh University of John Hopkins menemui bahawa rempah-ratus yang didapati dalam kari dan bawang besar dapat mencegah kanser usus.

FOBIA
Ia adalah normal mempunyai fobia terhadap sesuatu benda, tetapi fobia yang keterlaluan akan membataskan kehidupan seharian kita. Sesetengah ahli terapi percaya bahawa agoraphobia (takut kepada ruang terbuka) adalah disebabkan kurangnya pengambilan asid lemak omega-3. Minyak ikan, kekacang dan mengambil setiap hari 1,000mg boleh membantu mengurangkan masalah ini selain mendapat rawatan terapi profesional.


sumber : saji feb 2007.

Wednesday, 17 October 2012

MAKANAN UNTUK MENCEGAH KEDUT

Adakah diet anda merangkumi sayuran, kekacang, minyak zaitun atau roti (bukan roti putih) jika ya, anda tidak perlu takut kepada kedut kerana makanan ini adalah anti-kedut kerana ia mengandungi antioksidan yang menentang penuaan juga penyakit.  Jauhkan daging merah, mentega dan makanan diproses dan bergula kerana ia adalah 'teman rapat' kepada kedut.


sumber : SAJI April 2007.

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.