JUS EPAL
Epal kini didapati dapat merawat penyakit alzheimer. Penyakit alzheimer berlaku disebabkan kekurangan acetylcholine, sejenis bahan kimia yang penting untuk menghantar mesej ke otak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massaschusetts, jus epal dapat meningkatkan pengeluaran acetylcholine, seterusnya dapat merawat penyakit alzheimer.
REMPAH
Satu kajian yang dijalankan oleh University of John Hopkins menemui bahawa rempah-ratus yang didapati dalam kari dan bawang besar dapat mencegah kanser usus.
FOBIA
Ia adalah normal mempunyai fobia terhadap sesuatu benda, tetapi fobia yang keterlaluan akan membataskan kehidupan seharian kita. Sesetengah ahli terapi percaya bahawa agoraphobia (takut kepada ruang terbuka) adalah disebabkan kurangnya pengambilan asid lemak omega-3. Minyak ikan, kekacang dan mengambil setiap hari 1,000mg boleh membantu mengurangkan masalah ini selain mendapat rawatan terapi profesional.
sumber : saji feb 2007.
No comments:
Post a Comment