Wednesday, 31 October 2012
Berbohong sebabkan strok
Berbohong bukan sahaja mendatangkan perasaan bersalah, tetapi berbohong mampu menyebabkan individu diserang strok. Dr.Saundra Dalton-Smith M.D penulis buku, Set Free to Live Free,menyatakan berbohong akan menghasilkan dan meningkatkan hormon stres dalam diri individu. Peningkatan hormon stres ini meningkatkan degup jantung dan kadar pernafasan, melemahkan sistem pencernaan serta membuatkan saraf dan otot menjadi sangat sensitif.
Hasil penelitian yang diterbitkan dalam Journal Consciousness and Cognition oleh Jabatan Psikologi Ghent University, Belgium itu mengakui bahawa berbohong sesekali tidak akan membuat individu terkena strok. Tetapi, jika kebohongan menjadi kebiasaan, peluang untuk mendapat serangan strok semakin meningkat. Malah individu yang sering berbohong turut terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi, stres, kanser, diabetes, dan penyakit berkaitan jantung seperti jantung koroner, strok dan gagal jantung kongestif kerana tekanan darah di jantung meningkat ketika berbohong.
sumber:RAPI 1 MAC 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.
No comments:
Post a Comment