Wednesday, 24 October 2012

MURAH TAPI BERKHASIAT

CHRISTOPHER Colombus menganggap buah betik sebagai buah suci dek kerana rasanya yang manis dan isinya yang gebu lagi lembut. Pokok ini berasal dari Amerika Tengah dan ditanam oleh masyarakat latin Amerika sejak dahulu kala. Orang Portugis dn Sepanyol mula membawa pokok betik keluar dari Amerika Tengah melalui pelayaran dan ia kemudiannya dibawa masuk ke India, Afrika dan Filipina. Dari tiga benua itulah ia mula tersebar hingga kemerata dunia. Di Amerika Syarikat ia mula dibawa masuk pada abad ke-20 dan mula ditanam di kepulauan Hawaii. Pokok betik mengandungi getah yang dinamakan papain, sejenis enzim yang boleh menghadamkan protein. Getah yang terkandung dalam buah betik muda bertindak sebagai enzim penghadaman juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan gula-gula getah. Selain itu betik kaya dengan antioksida seperti karotena, vitamin C, B, asid folik dan pantotenik, potassium, magnesium dan serat. Bagi penggemar buah ini tidak akan terkena penyakit barah usus besar, selain baik bagi mengelakkan diabetes, sakit jantung kerana kandungan antioksidan yang berkuasa mengelakkan pengoksidanan kolestrol yan membantu kepada terjadinya penyakit penyakit tersebut. Kandungan kolestrolnya sangat rendah dan asid folik yang ada pada buah betik diperlukan bagi penukaran bahan homocysteine kepada asid amino yang tidak merbahaya seperti methionin dan cysteine. Homocysteine yang tidak ditukar dalam dua bentuk asid amino tadi boleh memusnahkan dinding dan pembuluh darah jika tahap kandungannya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan strok dan serangan jantung. Enzim pada papain ataupun getah yang terdapat dalam buah betik juga berguna untuk penyembuhan kesan terbakar pada kulit kerana kandungan antioksidan seperti vitamin C,E dab beta karotennya yang tinggi. Ia juga baik bagi penghidap penyakit artritis, lelah dan reumatik. Buah esotik ini juga kaya dengan tahap imunisasi pada tubuh manusia sebaiknya dimakan selalu oleh penderita menghidap sindrom gangguan usus, selesema, demam sejuk dan infleksi pada telinga. Papain juga digunakan sebagai pelembut daging dalam masakan. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Nigeria mendapati ekstrak dari buah betik yang belum masak serta bijinya berguna untuk melemahkan gram negatif bakteria. Pada tahun 1977, di salah sebuah hospital di London, seorang pesakit pemindahan buah pinggang yang terkena jangkitan pada bekas pembedahannya sembuh setelah ditekapkan buah betik muda selama 48 jam pada lukanya itu. sumber: SAJI Mac 2005

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.