VITAMIN B
Apa itu vitamin B?
Vitamin B terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (Riboflavin) niasin, B6 (pyridoxine), B12 (cobalamin), biotin, asid folik dan asid pantothenic. Kesemua jenis vitamin B ini larut dalam air, bermakna bekalan yang berlebihan akan dikeluarkan daripada tubuh badan anda melalui air kencing, kecuali B12 dan asid folik yang tersimpan dalam hati.
KENAPA KITA MEMERLUKAN VITAMIN B?
Setiap jenis vitamin B mempunyai peranannya yang tersendiri, tetapi pada umumnya kesemuanya berfungsi bersama-sama dalam membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Keperluan bagi sesetengah jenis vitamin B bergantung kepada pengambilan kalori - semakin banyak kalori yang anda miliki, semakin banyaklah vitamin B yang anda perlukan. Vitamin B juga memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf anda.
JENIS MAKANAN APAKAH YANG KAYA DENGAN VITAMIN B?
Sumber vitamin B yang terbaik termasuklah hati,limfa,hempedal,ikan,kekacang,produk tenusu,sayur-sayuran daun yang hijau dan ekstrak yis. Bijirin yang lazimnya dimakan untuk sarapan pagi juga merupakan sumber yang baik kerana ia selalunya diperkuatkan dengan pelbagai jenis vitamin B.
sumber : saji mei 2003.
Friday, 19 October 2012
Thursday, 18 October 2012
JUS EPAL
Epal kini didapati dapat merawat penyakit alzheimer. Penyakit alzheimer berlaku disebabkan kekurangan acetylcholine, sejenis bahan kimia yang penting untuk menghantar mesej ke otak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massaschusetts, jus epal dapat meningkatkan pengeluaran acetylcholine, seterusnya dapat merawat penyakit alzheimer.
REMPAH
Satu kajian yang dijalankan oleh University of John Hopkins menemui bahawa rempah-ratus yang didapati dalam kari dan bawang besar dapat mencegah kanser usus.
FOBIA
Ia adalah normal mempunyai fobia terhadap sesuatu benda, tetapi fobia yang keterlaluan akan membataskan kehidupan seharian kita. Sesetengah ahli terapi percaya bahawa agoraphobia (takut kepada ruang terbuka) adalah disebabkan kurangnya pengambilan asid lemak omega-3. Minyak ikan, kekacang dan mengambil setiap hari 1,000mg boleh membantu mengurangkan masalah ini selain mendapat rawatan terapi profesional.
sumber : saji feb 2007.

Wednesday, 17 October 2012
MAKANAN UNTUK MENCEGAH KEDUT
Adakah diet anda merangkumi sayuran, kekacang, minyak zaitun atau roti (bukan roti putih) jika ya, anda tidak perlu takut kepada kedut kerana makanan ini adalah anti-kedut kerana ia mengandungi antioksidan yang menentang penuaan juga penyakit. Jauhkan daging merah, mentega dan makanan diproses dan bergula kerana ia adalah 'teman rapat' kepada kedut.
sumber : SAJI April 2007.

Sunday, 27 May 2012
BERNAFAS dengan sejahtera....
Semasa kita tertekan, kita cenderung bernafas secara pendek-pendek. Secara tidak langsung, pernafasan seperti ini memuatkan kita lebih tertekan. Cara betul bernafas dalam situasi ini ialah menarik nafas dengan dalam dan hembus perlahan-lahan. Pernafasan yang betul seperti ini mampu membebaskan toksin.
sumber: MIDI 15 mei 2012.
sumber: MIDI 15 mei 2012.
Saturday, 26 May 2012
Renungan.......
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, masih banyak kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagaimanakah contoh rumah tangga idaman? Mari kita intip kehidupan rumah tangga Rasullah s.a.w kehidupan rumah tangga yang patut menjadi uswatun hasanah bagi kita semua.
Rasullah s.a.w pulang dari perjalanan jihad fisabilillah, diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah baginda nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh setia. Rasa rindu kepada Rasulullah amat terasa. Akhirnya Rasulullah s.a.w tiba di tengah kota Madinah. Aisyah dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.
Setibanya Rasulullah di rumah dan beristirehat. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah. Baginda meninumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tiba-tiba Aisyah,berkata " Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah diam dan hendak menyambung kembali meminum sehingga habis air di gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Akhirnya Rasulullah memberikan air yang tersisa di gelas itu.Aisyah meminum air itu dan ia begitu terkejut...lalu memuntahkan air itu. Ternyata air itu masin bukan manis seperti sebelumnya.
sumber: al-muslimah sep 2011.

Saturday, 12 May 2012
Kesilapan.........
| Gambar hiasan |
Terima kesilapan yang anda lakukan. Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Terima sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.
Akui hakikat kesilapan sebahagian daripada fitrah hidup. Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. Tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Sedia meminta maaf. Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana 'kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.
sumber:MIDI 1 MAC 2012
Friday, 11 May 2012
Berbasikal di luar kawasan rumah
Berbasikal di luar kawasan rumah mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berbasikal statik kerana ia tidak membosankan dan anda dapat melihat pemandangan luar.
Selain itu, keadaan jalan yang tidak rata dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan anda tidak sedar yang kalori anda terbakar sebanyak 300 kalori, malah lakukan kayuhan itu secara konsisten selama 30 minit atau jarak 10km.
sumber : rapi 01 mei '11

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.