Buah delima ialah sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterranean.
Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.
selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.
Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukkan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Delima juga digelar superfruit kerana mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukkan delima dapat memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukkan plak daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolestrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolestrol baik.
Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga lima peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
sumber : MIDI Disember 2011
Monday, 24 December 2012
Sunday, 23 December 2012
Rendahkan risiko kanser ovari
Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang teh yang daripada pokok Carmelia sinensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun daripada pokok ini mengandungi kimia yang di kenali sebagai polyphenols yang turut memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.
Polyphenols yang terdapat di dalam teh dikatakan amat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Ia didakwa membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.
Ia juga mampu mencegah pembekuan darah, merendahkan tahap kolestrol, meneutralkan enzim yang membantu dalam pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser, dan meransang sistem imun.
Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa polyphenols dalam teh mampu mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagos, jika ia diminum sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.
Kajian lain juga menunjukkan bahawa hanya dengan meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus. Malah ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau merendahkan kematian akibat penyakit jantung.
sumber:mingguan wanita mei 2011.

Sunday, 4 November 2012
Bersenam kurangkan risiko barah prostat
Apabila usia kian meningkat, tidak kira wanita atau lelaki mudah terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang dan rutin senaman. Jika wanita berisiko mendapat penyakit barah payudara dan rahim, lelaki pula mudah terdedah kepada penyakit prostat. Prostat terletak di bahagian bawah pundi kencing, mengelilingi uretera iaitu saluran yang mengeluarkan urin (air kencing) atau air mani daripada badan. Apabila prostat menjadi besar ia akan menekan uretera dan menyebabkan pengeluaran kencing terhalang. Tanda prostat semakin membesar termasuk susah kencing, sakit ketika kencing dan kerap kencing terutama waktu malam. Antara langkah pencegahannya ialah bersenam secara tetap dan berjalan laju kerana ini baik untuk prostat. Selain itu, banyakkan minum air. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
sumber:RAPI 1 JAN '12
sumber:RAPI 1 JAN '12
Thursday, 1 November 2012
Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari 8 jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
sumber : RAPI 01 APR 2012
Wednesday, 31 October 2012
Berbohong sebabkan strok
Berbohong bukan sahaja mendatangkan perasaan bersalah, tetapi berbohong mampu menyebabkan individu diserang strok. Dr.Saundra Dalton-Smith M.D penulis buku, Set Free to Live Free,menyatakan berbohong akan menghasilkan dan meningkatkan hormon stres dalam diri individu. Peningkatan hormon stres ini meningkatkan degup jantung dan kadar pernafasan, melemahkan sistem pencernaan serta membuatkan saraf dan otot menjadi sangat sensitif.
Hasil penelitian yang diterbitkan dalam Journal Consciousness and Cognition oleh Jabatan Psikologi Ghent University, Belgium itu mengakui bahawa berbohong sesekali tidak akan membuat individu terkena strok. Tetapi, jika kebohongan menjadi kebiasaan, peluang untuk mendapat serangan strok semakin meningkat. Malah individu yang sering berbohong turut terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi, stres, kanser, diabetes, dan penyakit berkaitan jantung seperti jantung koroner, strok dan gagal jantung kongestif kerana tekanan darah di jantung meningkat ketika berbohong.
sumber:RAPI 1 MAC 12
Tuesday, 30 October 2012
Lelaki Mudah Diserang KANSER KULIT
Lelaki berusia mempunyai risiko dua kali ganda lebih banyak untuk mendapat melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang paling bahaya berbanding wanita. Lelaki juga mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mendapat kanser kulit yang bukan dari jenis melanoma berbanding wanita. Risiko ini meningkat kerana kaum adam ini lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari akibat bakteria atau bersukan dan kurangnya kesedaran tentang pemakaian krim pelindung suria. Untuk itu, mulakan langkah bijak sekarang.
sumber: RAPI 15 OCT 11.
Wednesday, 24 October 2012
MURAH TAPI BERKHASIAT
CHRISTOPHER Colombus menganggap buah betik sebagai buah suci dek kerana rasanya yang manis dan isinya yang gebu lagi lembut. Pokok ini berasal dari Amerika Tengah dan ditanam oleh masyarakat latin Amerika sejak dahulu kala. Orang Portugis dn Sepanyol mula membawa pokok betik keluar dari Amerika Tengah melalui pelayaran dan ia kemudiannya dibawa masuk ke India, Afrika dan Filipina. Dari tiga benua itulah ia mula tersebar hingga kemerata dunia. Di Amerika Syarikat ia mula dibawa masuk pada abad ke-20 dan mula ditanam di kepulauan Hawaii.
Pokok betik mengandungi getah yang dinamakan papain, sejenis enzim yang boleh menghadamkan protein. Getah yang terkandung dalam buah betik muda bertindak sebagai enzim penghadaman juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan gula-gula getah. Selain itu betik kaya dengan antioksida seperti karotena, vitamin C, B, asid folik dan pantotenik, potassium, magnesium dan serat. Bagi penggemar buah ini tidak akan terkena penyakit barah usus besar, selain baik bagi mengelakkan diabetes, sakit jantung kerana kandungan antioksidan yang berkuasa mengelakkan pengoksidanan kolestrol yan membantu kepada terjadinya penyakit penyakit tersebut.
Kandungan kolestrolnya sangat rendah dan asid folik yang ada pada buah betik diperlukan bagi penukaran bahan homocysteine kepada asid amino yang tidak merbahaya seperti methionin dan cysteine. Homocysteine yang tidak ditukar dalam dua bentuk asid amino tadi boleh memusnahkan dinding dan pembuluh darah jika tahap kandungannya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
Enzim pada papain ataupun getah yang terdapat dalam buah betik juga berguna untuk penyembuhan kesan terbakar pada kulit kerana kandungan antioksidan seperti vitamin C,E dab beta karotennya yang tinggi. Ia juga baik bagi penghidap penyakit artritis, lelah dan reumatik. Buah esotik ini juga kaya dengan tahap imunisasi pada tubuh manusia sebaiknya dimakan selalu oleh penderita menghidap sindrom gangguan usus, selesema, demam sejuk dan infleksi pada telinga. Papain juga digunakan sebagai pelembut daging dalam masakan.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Nigeria mendapati ekstrak dari buah betik yang belum masak serta bijinya berguna untuk melemahkan gram negatif bakteria. Pada tahun 1977, di salah sebuah hospital di London, seorang pesakit pemindahan buah pinggang yang terkena jangkitan pada bekas pembedahannya sembuh setelah ditekapkan buah betik muda selama 48 jam pada lukanya itu.
sumber: SAJI Mac 2005
Friday, 19 October 2012
VITAMIN B
Apa itu vitamin B?
Vitamin B terdiri daripada B1 (thiamine), B2 (Riboflavin) niasin, B6 (pyridoxine), B12 (cobalamin), biotin, asid folik dan asid pantothenic. Kesemua jenis vitamin B ini larut dalam air, bermakna bekalan yang berlebihan akan dikeluarkan daripada tubuh badan anda melalui air kencing, kecuali B12 dan asid folik yang tersimpan dalam hati.
KENAPA KITA MEMERLUKAN VITAMIN B?
Setiap jenis vitamin B mempunyai peranannya yang tersendiri, tetapi pada umumnya kesemuanya berfungsi bersama-sama dalam membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Keperluan bagi sesetengah jenis vitamin B bergantung kepada pengambilan kalori - semakin banyak kalori yang anda miliki, semakin banyaklah vitamin B yang anda perlukan. Vitamin B juga memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf anda.
JENIS MAKANAN APAKAH YANG KAYA DENGAN VITAMIN B?
Sumber vitamin B yang terbaik termasuklah hati,limfa,hempedal,ikan,kekacang,produk tenusu,sayur-sayuran daun yang hijau dan ekstrak yis. Bijirin yang lazimnya dimakan untuk sarapan pagi juga merupakan sumber yang baik kerana ia selalunya diperkuatkan dengan pelbagai jenis vitamin B.
sumber : saji mei 2003.

Thursday, 18 October 2012
JUS EPAL
Epal kini didapati dapat merawat penyakit alzheimer. Penyakit alzheimer berlaku disebabkan kekurangan acetylcholine, sejenis bahan kimia yang penting untuk menghantar mesej ke otak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massaschusetts, jus epal dapat meningkatkan pengeluaran acetylcholine, seterusnya dapat merawat penyakit alzheimer.
REMPAH
Satu kajian yang dijalankan oleh University of John Hopkins menemui bahawa rempah-ratus yang didapati dalam kari dan bawang besar dapat mencegah kanser usus.
FOBIA
Ia adalah normal mempunyai fobia terhadap sesuatu benda, tetapi fobia yang keterlaluan akan membataskan kehidupan seharian kita. Sesetengah ahli terapi percaya bahawa agoraphobia (takut kepada ruang terbuka) adalah disebabkan kurangnya pengambilan asid lemak omega-3. Minyak ikan, kekacang dan mengambil setiap hari 1,000mg boleh membantu mengurangkan masalah ini selain mendapat rawatan terapi profesional.
sumber : saji feb 2007.

Wednesday, 17 October 2012
MAKANAN UNTUK MENCEGAH KEDUT
Adakah diet anda merangkumi sayuran, kekacang, minyak zaitun atau roti (bukan roti putih) jika ya, anda tidak perlu takut kepada kedut kerana makanan ini adalah anti-kedut kerana ia mengandungi antioksidan yang menentang penuaan juga penyakit. Jauhkan daging merah, mentega dan makanan diproses dan bergula kerana ia adalah 'teman rapat' kepada kedut.
sumber : SAJI April 2007.

Sunday, 27 May 2012
BERNAFAS dengan sejahtera....
Semasa kita tertekan, kita cenderung bernafas secara pendek-pendek. Secara tidak langsung, pernafasan seperti ini memuatkan kita lebih tertekan. Cara betul bernafas dalam situasi ini ialah menarik nafas dengan dalam dan hembus perlahan-lahan. Pernafasan yang betul seperti ini mampu membebaskan toksin.
sumber: MIDI 15 mei 2012.
sumber: MIDI 15 mei 2012.
Saturday, 26 May 2012
Renungan.......
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, masih banyak kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Bagaimanakah contoh rumah tangga idaman? Mari kita intip kehidupan rumah tangga Rasullah s.a.w kehidupan rumah tangga yang patut menjadi uswatun hasanah bagi kita semua.
Rasullah s.a.w pulang dari perjalanan jihad fisabilillah, diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah baginda nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh setia. Rasa rindu kepada Rasulullah amat terasa. Akhirnya Rasulullah s.a.w tiba di tengah kota Madinah. Aisyah dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.
Setibanya Rasulullah di rumah dan beristirehat. Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta. Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah. Baginda meninumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut. Tiba-tiba Aisyah,berkata " Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Rasulullah diam dan hendak menyambung kembali meminum sehingga habis air di gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"
Akhirnya Rasulullah memberikan air yang tersisa di gelas itu.Aisyah meminum air itu dan ia begitu terkejut...lalu memuntahkan air itu. Ternyata air itu masin bukan manis seperti sebelumnya.
sumber: al-muslimah sep 2011.

Saturday, 12 May 2012
Kesilapan.........
Gambar hiasan |
Terima kesilapan yang anda lakukan. Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih. Terima sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.
Akui hakikat kesilapan sebahagian daripada fitrah hidup. Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan. Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. Tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar. Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Sedia meminta maaf. Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana 'kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.
sumber:MIDI 1 MAC 2012
Friday, 11 May 2012
Berbasikal di luar kawasan rumah
Berbasikal di luar kawasan rumah mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berbasikal statik kerana ia tidak membosankan dan anda dapat melihat pemandangan luar.
Selain itu, keadaan jalan yang tidak rata dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan anda tidak sedar yang kalori anda terbakar sebanyak 300 kalori, malah lakukan kayuhan itu secara konsisten selama 30 minit atau jarak 10km.
sumber : rapi 01 mei '11

Tuesday, 8 May 2012
Keajaiban kurma (Phoenix dactylifera)
Kurma atau Tamar berasal dari bahasa Arab, Tamr dan terkenal sebagai tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan Afrika utara Barat ke Magribi dan telah menjadi santapan harian di Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai yang kurang mengetahui bahaa kurma mempunyai beberapa nama khas mengikut fisiologi buahnya. Ketika muda kurma dikenali sebagai balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering keras pula dipanggil labanah.
Selain itu di dalam kajian "Antimicrobial Activity of Phoenix dactylifera Infusum on Mutans Streptococci in vitro" dari universiti Indonesia, Jakarta, berjaya membuktikan kurma sebagai anti karies gigi setelah data yang diperolehi membuktikan kurma merencatkan pertumbuhan S. Mutans iaitu bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kajian lain seperti "In vitro Evaluation of the Antiviral Activity of an Extract of Date Palm (Phoenix dactylifera L.) Pits on a Pseudomonas Phage" berjaya melaporkan kehebatan kurma iaitu berpotensi sebagai anti viral terhadap virus HIV-1 yang dapat merencatkan dan menghalang HIV-1 dari memasuki dan memusnahkan sel CD4. Semoga penemuan ini dikaji lebih terperinci kerana ubat bagi rawatan AIDS masih belum ditemui sepenuhnya.
Kesimpulannya, bagi individu sama ada wanita mahupun lelaki dari semua golongan umur yang mementingkan kesihatan yang baik sepanjang masa, amat disarankan kurma dijadikan sebagai salah satu santapan harian khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
kredit kepada: Majalah i okt 2011

Monday, 30 April 2012
Daun bawang kaya pelbagai vitamin
Didalam daun bawang terkandung zat aktif yang memiliki daya bunuh terhadap bakteria (antibiotik) serta dapat merangsang pertumbuhan sel tubuh. Oleh yang demikian, daun bawang sangat bagus dimakan.
Daun bawang juga bermanfaat untuk menghilangkan lendir dalam kerongkong, memudahkan pencernaan makanan dan akarnya dapat digunakan untuk mengubati penyakit cacing.
Tahukah anda bahawa daun bawang mempunyai pelbagai vitamin seperti vitamin A, dan C, kalsium, protein, lemak, karbohidrat, saponin, tannin, minyak asiri, serat dan kalori.
Dengan kandungan tersebut, daun bawang berkhasiat untuk meredakan batuk, selesema, sesak nafas kerana selesema, diuretik, diaforetik, nyeri sendi dan anti radang dan menghilangkan bengkak kerana bisul.
Selain itu mamfaat lain seperti memudahkan seseorang itu mengeluarkan bau angin dalam badan (kentut), meredakan kembung perut dan dapat mengatasi masalah kekurangan darah dalam badan.
sumber: MIDI 15 APRIL 2012

Wednesday, 18 April 2012
Ikan keli tinggi omega-3
Saya ingin berkongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca di blog saya ini, iaitu mengenai suatu artikel.....
Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat. Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.
Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.
Kajian daripada persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovascular, gastrousus, sistem peredaran dalam badan. Pengambilan satu hingga dua sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.
Selain itu, keli mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 tinggi yang datangnya daripada sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terkenal dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikkan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.
Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.
Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendak yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega-3 yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihannya.
Selain membekalkan sumber protein khasiat ikan keli juga dapat memulihkan sel-sel badan yang rosak, mencantikkan kulit dan berfungsi menyembuhkan luka setelah pembedahan serupa dengan khasiat ikan haruan.
Namun dikatakan ikan ini tidak elok diambil oleh wanita baru bersalin kerana ikan ini yang mempunyai sengat boleh menambah rasa kesakitan kepada wanita tersebut.
sumber: MIDI APR 2012

Wednesday, 11 April 2012
Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolestrol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
sumber: RAPI 1 APRIL 2012.
Saturday, 31 March 2012
Biji Bijan bantu halang pembentukkan tumor
Bijan atau nama saintifiknya Sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi. Dikenali juga dengan nama Sesame (Inggeris), pokok bijan merupakan herba tanaman yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India.
Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria,Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau unggu muda. Daun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daun bergerigi. Warnanya hijau dan berbulu halus.
Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kapada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolestrol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.
Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakkan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.
.....walaupun terdapat pelbagai khasiat biji bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari......
Mantapkan payudara
Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu bijan membantu menghalang pembentukkan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.
Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.
Minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.
Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.
Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.
Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.
Minyak bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.
Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Dalam pada itu daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.
sumber: mingguan wanita Jun 2011.

Sunday, 11 March 2012
Nilai terapeutik bawang putih mampu mencegah kanser
Sementara perubatan China telah menyedari kuasa bawang putih sejak lebih daripada 3,000 tahun lalu. Walaupun penemuan penisilin oleh Alexander Fleming pada tahun 1928 telah menenggelamkan bawang putih, tetapi apabila Perang Dunia Pertama berlaku, bawang putih menjadi pilihan utama sebagai antibiotik. Dikatakan semasa perang, tentera di medan perang telah diberikan bawang putih untuk mencegah gangren.
Bawang putih adalah tanaman saka yang berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di seluruh dunia. Pokoknya boleh tumbuh sehingga dua kaki tinggi atau lebih. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bebawangnya. Setiap bebawangnya memiliki empat hingga 20 ulas. Setiap spesies Allium mengandungi besi dan vitamin-vitamin dan memiliki antibiotik ringan.
Apa yang membuatkan bawang putih berkhasiat? sebenarnya apabila bawang putih dikunyah, dihancur atau dipotong, ia akan mengeluarkan sebatian berkaitan sulfur yang dikenali sebagai allicin. Allicin adalah bahan kimia yang memberikan bawang putih bau dan rasa yang menyusuk hidung. Malah dalam allicin jugalah yang telah memberikan nilai terapeutik bawang putih.
Terdapat banyak khasiat dan nilai perubata bawang putih. Dikatakan bawang putih telah digunakan dalam pelbagai keadaan berkaitan dengan sistem jantung dan darah. Keadaan-keadaan ini termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, serangan jantung dan pengerasan pada arteri (atherosclerosis). Beberapa penggunaan ini telah disokong oleh sains.
Penentang stres
Bawang putih dikatakan efekktif dalam memperlahankan pembentukkan atherosclerosis dan dilihat mampu mengurangkan tekanan darah. Ada juga yang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser kolon, kanser rektal, kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pundi.
Bawang putih juga disebut mampu digunakan untuk mencegah darah beku. Ia berupaya meningkatkan penghasilan nitric oxide dalam saluran darah. Ia juga dikatakan mampu mengembangkan saluran darah dan membantu dalam fibrinolysis atau melarutkan pembekuan darah.
Khasiat ubatan bawang putih termasuklah digunakan untuk merawat pembesaran prostat (begin prostatic hyperplasia;BPH), diabetes, osteoartritis, demam, alahan (alahan rhinitis), cirit-birit, tekanan darah tinggi dalam peringkat akhir kehamilan (pra-eclampsia), dan demam selesema. Ia juga turut digunakan dalam pembinaan sel imun, pencegahan gigitan sengkenit, dan merawat jangkitan bakteria dan kulat.
Kegunaan lain bawang putih termasuklah merawat demam, baatuk-batuk, sakit kepala, sakit perut kesesakan sinus, gout, reumatik, buasir, asma, bronkitis, nafas pendek, tekanan darah tinggi, gula dalam darah rendah, gula dalam darah tinggi, dan gigitan ular. Ia juga dikatakan turut digunakan untuk menentang stres dan keletihan serta mengekalkan fungsi hati yang sihat.
Bawang putih yang telah diekstrak dan diambil minyaknya boleh disapu pada kulit untuk merawat jangkitan kulat, kutil dan belulang. Terdapat beberapa bukti yang menyokong penggunaan topikal bawang putih untuk jangkitan kulat seperti kurap dan kaki makan air.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan bawang putih namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan dikemudian hari.
sumber; mingguan wanita dec 2011

Monday, 5 March 2012
Bawang Merah bukan sekadar penyedap masakan
TIDAK LENGKAP MASAKAN SEANDAINYA TIDAK MENGGUNAKAN BAWANG MERAH. AROMANYA YANG TERSENDIRI MEMBUATKAN IA ANTARA BAHAN ASAS YANG BANYAK DIGUNAKAN DI DALAM MASAKAN SELURUH DUNIA.
Bawang merah atau dalam bahasa Latinnya dikenali sebagai Allium cepa, berasal daripada suku Liliceae. Tanaman ini mudah tumbuh dan berkembang biak menggunakan umbi yang ditanam dalam tanah.
Berdasarkan sejarah, orang yang menemukan bawang merah ialah Christopher Columbus. Dia membawa tanaman itu hingga ke Amerika Utara pada tahun 1492.
Hingga sekarang, terdapat pelbagai variasi bawang merah yang boleh didapati dimana-mana sahaja. Selain fungsinya menyedapkan makanan, tahukah anda khasiat dan manfaatnya dari sudut kesihatan?
Khasiat bawang merah sebenarnya telah banyak dinikmati oleh manusia sejak berabad-abad lalu.Sebagai contoh, untuk menambah kekuatan bagi pekerja yang membina piramid Mesir, dikatakan mereka rajin memakan bawang merah dan lobak.
Ada berbagai-bagai macam zat bermanfaat yang terkandung dalam bawang merah. Antaranya termasuk vitamin K, vitamin E, Zat besi, Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosfor, Seng, dan Natrium, Bawang merah juga mengandungi banyak serat seluloza yang kaya dengan minyak sulfat yang mudah meruap. Dalam setiap 100gm bawang merah terdapat 48 kalori. Dengan adanya beberapa zat tersebut, bawang merah dapat memenuhi keperluan tubuh kita terhadap vitamin mahupun mineral.
Antara manfaat bawang merah ialah menyembuhkan sakit kepala, melancarkan pembuangan air besar, mengubati batuk, rambut gugur, dan menyembuhkan luka akibat gigitan ular.
Dengan mengunyah bawang merah selama beberapa minit dapat membersihkan mulut daripada kuman termasuk kuman diphtheria. Bawang merah juga memiliki unsur yang hampir sama dengan hormon insulin yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah. Sekiranya diletakkan di atas luka, akan mengeluarkan nanah dan darah kotor. Caranya dengan memotong bawang merah menjadi beberapa hirisan kecil lalu dipanaskan. Setelah itu, diletakkan di bahagian yang hendak diubati, kemudian diikat dengan kain.
Ekstra!
Sekiranya anda ingin memperoleh khasiat bawang merah secara optimum, anda bolehlah memakan hirisan bawang merah mentah setiap hari secara rutin. Hirisan bawang merah mentah tersebut boleh anda ambil bersama cili kecil, hirisan tomato dan hirisan timun, lalu diletak sedikit garam dan air perahan limau nipis. Boleh dimakan bersama ayam goreng, ikan panggang dan sebagainya lagi.
sumber: 1 mac 2012 MIDI

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- NHR FAMILY MARKETING : SA 0274045-H
- hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.