Friday 22 April 2011

Produk Stevia AFDHAL



NatureSweet Afdhal
Harga : RM30.00 
Kos penghantaran : 1 - 10 botol = RM5.00




NATURESWEET STEVIA – PENGGANTI GULA

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Pokok Stevia ini berasal Paraguay dan telah digunakan sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis minuman dan makanan. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis.

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Kelebihan ekstrak NATURESWEET Stevia:

·         Mengimbang kandungan gula dalam tubuh badan
·         Meningkat kadar tenaga kepada tubuh badan
·         Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda
·         Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan
·         Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia)
·         Membantu menurunkan tekanan darah
·         Membantu sistem penghadaman badan
·         Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
·         Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti)
·         Melawaskan kencing

PENGGUNAAN EKSTRAK STEVIA
  • Boleh digunakan semanis mungkin kerana tiada kesan negatif pada tubuh.
  • Boleh dimasak atau dididih dan stabil dalam suhu tinggi.
  • Mudah larut dan tidak mendap di dasar.
  • Simpan dalam suhu bilik dan elakkan dari terdedah.
  • Tidak perlu disimpan dalam petisejuk. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.