Monday 24 December 2012

Pelbagai khasiat buah delima

Buah delima ialah sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterranean.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit.

selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.

Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukkan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Delima juga digelar superfruit kerana mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukkan delima dapat memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Pengambilan delima juga boleh menghalang pembentukkan plak daripada melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolestrol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolestrol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga lima peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.


sumber : MIDI Disember 2011

Sunday 23 December 2012

Rendahkan risiko kanser ovari

Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang teh yang daripada  pokok Carmelia sinensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun daripada pokok ini mengandungi kimia yang di kenali sebagai polyphenols yang turut memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.

Polyphenols yang terdapat di dalam teh dikatakan amat terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Ia didakwa membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.

Ia juga mampu mencegah pembekuan darah, merendahkan tahap kolestrol, meneutralkan enzim yang membantu dalam pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser, dan meransang sistem imun.

Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa polyphenols dalam teh mampu mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagos, jika ia diminum sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa hanya dengan meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus. Malah ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau merendahkan kematian akibat penyakit jantung.


sumber:mingguan wanita mei 2011.

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.