Saturday 20 August 2011

Advertorial - (majalah MIDI Bil.119 15 Ogos 2011)

SIHAT DAN CANTIK
bersama BIJI APRIKOT

BIJI APRIKOT KINI SEMAKIN MENJADI PERHATIAN RAMAI KERANA KHASIAT VITAMIN B17 YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA. kEBERKESANAN BIJI APRIKOT DALAM MEMBANTU PELBAGAI MASALAH KESIHATAN TIDAK DAPAT DISANGKAL LAGI.

Biji aprikot kini semakin menjadi perhatian ramai kerana khasiat vitamin B17 yang terkandung di dalamnya. Keberkesanan biji aprikot dalam membantu pelbagai masalah kesihatan tidak dapat disangkal lagi.

Kaum Hunza yang tinggal dipergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah aprikot, termasukklah bijinya kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Begitu juga di Greek.  Buah aprikot dan bijinya juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek.

Berikut adalah diantara pengamal-pengamal biji aprikot di Malaysia yang telah mendapat manfaat darinya. 

"Ayah saya seorang  pesakit kencing manis. October 2009 ayah saya kena stroke. Semasa kena stroke ayah saya langsung tidak boleh bergerak, hanya terlantar saja di atas katil. Selepas makan Biji Aprikot selama 3 bulan (setiap hari, 3 kali sehari, 7 biji untuk sekali makan) ayah saya dah boleh bangun untuk duduk dengan sendirinya. Sekarang beliau boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan sesiapa dan masih terus makan Biji Aprikot sehingga sekarang " En.Mohamad Ismail.

"Baru-baru ini bapa saya mengalami kesukaran membuang air kecil dan kesakitan di bahagian bawah perut (pangkal ari-ari). Hasil pemeriksaan di hospital kerajaan, beliau didapati mengalami kencing berdarah dan simpton ini biasanya disebabkan masalah buah pinggang. Setelah itu beliau disahkan menghidap penyakit batu karang. Setelah mencari maklumat tentang penawar penyakit bapa saya ini di internet, akhirnya saya menemui biji aprikot. Saya beli dan minta bapa saya supaya memakan biji aprikot tersebut. Di peringkat permulaan, bapa saya terasa sakit seluruh badan. Bintik bintik merah halus timbul di tangannya dan juga mengalami demam. Dia juga mengalami kesakitan di bahagian bawah perut (pangkal ari-ari). Beliau berpendapat, ini adalah tindakbalas positif biji aprikot yang dimakannya. Dia teruskan makan biji aprikot itu kerana beliau ada temujanji doktor dalam masa 2minggu lagi. Dia bertekad untuk melihat kemujaraban biji aprikot ini sebelum rawatan lain.
Selepas dua minggu, doktor mendapati batu karang bapa saya telah tiada, kencingnya juga normal dan buah pinggangnya juga tiada masalah. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, bapa saya telah sembuh. Sehingga kini dia masih lagi makan biji aprikot untuk menjaga kesihatannya"En.Kamarul Zahari bin Yusof".

Seorang lagi pengamal Biji Aprikot, Puan Salmah Abdul Rahman,"Awal tahun 2010, ibu saya disahkan mengidap kanser payudara tahap 3. Ibu saya telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 kali rawatan kimo, doktor mengatakan keadaan kanser payudara ibu saya telah merebak ke bahagian lain, dan pembedahan tidak boleh dilakukan kerana ketumbuhan yang agak besar. Doktor mengatakan kanser tidak ada ubat, melainkan menyerah kepada Allah sahaja. Untuk memberi semangat kepada ibu saya, saya cuba mencari ubat alternatif untuk penyakit kanser ini.
Akhirnya saya menemui Biji Aprikot mengetahui tentang kandungan B17 di dalamnya. Setelah 3 bulan berturut turut menggunakan biji aprikot ini, ibu saya merasai sedikit perubahan pada payudaranya yang semakin mengecut dan tangan serta payudara yang sebelum ini terasa amat sait, sekarang sakit semakin berkurangan. Alhamdulillah badan pun terasa lebih sihat dan kuat. Pada bulan ramadhan ini, ibu saya dapat menunaikan solat terawih tanpa rasa letih, malah rasa lebih bertenaga. Sebagai pembakar semangat untuk ibu saya menjalankan kehidupan yang lebih sihat, setiap bulan saya membeli biji aprikot untuk ibu saya. Ibu saya yakin, dengan adanya biji aprikot dan dengan terus berdoa kepada Allah swt penyakit kanser payudaranya akan sembuh secara perlahan-lahan dengan terus memakan biji aprikot.

En.Kamarulzaman bin Abd Hamid seorang pesakit gout sudah hampir 10 tahun, Beliau telah mencuba pelbagai ubat dan terapi namun tidak menampakkan hasil. Disebabkan penyakitnya itu, apabila kakinya bengkak pergerakkannya agak terbatas (kerana berbadan besar). Apabila diperkenalkan kepada biji aprikot oleh isteri, pada mulanya beliau agak keberatan untuk memakannya kerana telah mencuba pelbagai jenis ubat dan herba namun akhirnya beliau memakannya juga secara istiqamah. Syukur kepada Allah, setelah memakannya secara berterusan selama sebulan, En.Kamarulzaman tidak lagi mengalami bengkak-bengkak kaki. "Sekarang suami saya aktif ke sana ke mari dan boleh pula memakan makanan laut kegemarannya! saya amat yakin dengan keberkesanan biji aprikot dalam mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Sekarang kami sekeluarga mengamalkannya, Alhamdulillah!' Puan Azlina Mustafa,isteri kepada En.Kamarulzaman.

Saya seorang pesakit kanser serviks stage 2A. Saya telah mengamalkan memakan biji aprikot, Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik. Dulu saya menggunakan kerusi roda tetapi sekarang tidak lagi menggunakannya. Keajaiban biji aprikot ini tidak boleh kita tandingi. Apa apa pun kita tetap perlu berdoa kepadaNya." Pn Bibi Hassna Binti Mohd Ayub Khan.


sumber : MIDI 15 OGOS 2011

...


.




About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.