Wednesday 18 April 2012

Ikan keli tinggi omega-3

Saya ingin berkongsi bersama sesiapa sahaja yang sudi membaca di blog saya ini, iaitu  mengenai suatu artikel.....

Anda pengemar ikan keli? Tentunya ramai menggemarinya kerana rasanya lazat.  Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, seperti di Malaysia.

Nama saintifiknya Clarias gariepinus, mempunyai kandungan omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g dan jauh lebih tinggi daripada ikan salmon, makerel atau trout. Kadar lemaknya (9-12 peratus) juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawat atau masin.

Kajian daripada persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovascular, gastrousus, sistem peredaran dalam badan.  Pengambilan satu hingga dua sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Selain itu, keli mempunyai kandungan asid lemak Omega-3 tinggi yang datangnya daripada sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton.  Asid lemak yang banyak terkenal dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Kebaikkan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain.  Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolestrol di dalam badan.

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya.  Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20gm DHA.

Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendak yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa.  Pengambilan Omega-3 yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihannya.
Selain membekalkan sumber protein khasiat ikan keli juga dapat memulihkan sel-sel badan yang rosak, mencantikkan kulit dan berfungsi menyembuhkan luka setelah pembedahan serupa dengan khasiat ikan haruan.

Namun dikatakan ikan ini tidak elok diambil oleh wanita baru bersalin kerana ikan ini yang mempunyai sengat boleh menambah rasa kesakitan kepada wanita tersebut.


sumber: MIDI  APR 2012

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.