Sunday 2 March 2014

Kontroversi Susu Kambing dan Susu Lembu

Pada umumnya amalan meminum susu ternak digalakkan kerana potensinya sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting bagi kesihatan manusia.Bahkan sebagai sumber kalsium - dengan corak makan masyarakat yang umumnya sangat kurang menggunakan sayur segar - sesungguhnya susu tidak boleh digantikan dengan bahan makanan lainnya.Sebab itu, pada umumnya pakar pemakanan sangat menganjurkan untuk minum susu setiap hari.Namun, seorang pakar pemakanan yang sangat memperhatikan pengaruh corak makan terhadap kesihatan dan proses timbul dan sembuhnya berbagai macam penyakit, Norman W. Walker telah membuktikan bahawa susu - kecuali susu kambing segar - adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia.Beliau juga mengamati bahawa susu yang paling sesuai untuk digunakan manusia  (selain bayi yang masih menyusu susu ibu) adalah susu kambing segar.Dinyatakannya pula bahawa pemanasan di atas suhu 48 darjah celcius justeru meros ak nilai fisiologi susu kambing dan dapat menyebabkan gangguan kesihatan kerana meransang timbulnya lendir yang berlebihan.

   Di antara gangguan kesihatan yang ditimbulkan ketika meminum susu lembu adalah kegemukan, asma, infeksi paru paru, selesema, alahan (misal alahan serbuk sari) dan tuberkulosis, meskpun pada umumnya pakar pemakanan dan doktor berpendapat bahawa susu lembu dapat menjadi bahan makanan sumber berbagai macam antibodi untuk melawan penyakit.

   Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Mu'minun ayat 21, bermaksud, "Dan sesunnguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki kehidupan kamu."

   Allah juga menyebutkan bahawa minuman susu itu mudah ditelan oleh manusia.Dalam istilah ilmu kesihatan tentunya mudah ditelan ini maksudnya adalah mempunyai erti fisiologi yang baik.Tidak mungkin Allah menjerumuskan hamba-hamba-Nya dengan menunjukkan sumber minuman yang justeru menimbulkan berbagai macam penyakit.

KELEBIHAN SUSU KAMBING

   Susu kambing merupakan minuman terbaik di dunia selepas susu ibu.Para nabi juga membela kambing meminum susunya kerana amalan tersebut merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.Antara kelebihan susu kambing adalah:

   Pertama: Bersifat alkali.Terdapat tiga jenis susu utama di dunia yang bersifat alkali, iaitu susu ibu, susu kambing dan susu ikan-ikan lumba.Kebiasaannya, sesuatu bahan yang bersifat asid mempunyai kesan yang negatif kepada kulit sekiranya melebihi had penggunaan.Tetapi, bagi susu kambing, ianya dijamin selamat dan tidak memudaratkan.

   Kedua: Susu kambing dapat mengubati penyakit alahan termasuk penyakit alah kepada susu lembu.

   Ketiga: Struktur kimianya yang ringkas.Ini membolehkan ianya mudah dicerna.Menurut satu kajian, susu kambing dapat dicerna dalam masa 20 minit berbanding susu lembu yang mengambil masa 2 jam untuk dicernakan.Ia mempunyai saiz partikel yang paling kecil daripada susu lembu dan kerbau.

   Keempat: Mengandungi anti oksida.Ia dapat mencegah penyakit barah.Ia merupakan satu keistimewaan yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mencegah penyakit-penyakit merbahaya.

   Kelima: Memperbaiki saraf-saraf pada badan.Susu kambing mampu membantu menguatkan daya ingatan dan mengubati penyakit strok yang melibatkan saraf.

   Dalam pada itu, Rasulullah mempunyai petua yang unik ketika minum.Dari Anas bin Malik bermaksud, "Rasulullah minum dengan tiga kali nafas.Baginda minum dengan berkata:Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan."


info
Jangan makan kombinasi makanan seperti :
jangan makan susu dengan daging
jangan makan daging dengan ikan
jangan makan ikan dengan susu
jangan makan ayam dengan susu
jangan makan ikan dengan telur
jangan makan ikan dengan daun salad
jangan makan susu dengan cuka
jangan makan buah dengan susu seperti koktel

sumber : majalah i okt.2011

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.