Wednesday 5 March 2014

Nabi Muhammad teladan terbaik dalam kesihatan

Ancaman Penyakit
Mengapa penyakit menjadi begitu dekat dengan manusia dan memberi ancaman setiap saat?

Ada banyak faktor yang menyebabkan terjadinya hal tersebut. Mulai dari sikap sambil lewa pengusaha makanan, pola hidup serba segera di tengah masyarakat, sampai pada tahap ramai orang yang sudah mulai kurang peduli dengan syariat agama dalam hal makanan.

Di negara kita hampir saban hari Persatuan Pengguna Islam (PPIM) memberikan pendedahan berkaitan olahan makanan yang beredar di pasaran tidak memenuhi syarat sebagai makanan yang halal.

Dari segi lain, cara pemakanan masyarakat juga sudah banyak yang menerapkan cara makan yang tidak sihat.Seperti makan tanpa dimulakan dan diakhiri dengan doa, bahkan perkara biasa kini makan sambil berjalan, selain itu juga masih ramai yang tidak membiasakan diri membasuh tangan sebelum makan.

Dunia perubatan moden mengatakan bahawa cara makan yang baik ialah dengan cara duduk dan tenang. Hal itu memungkinkan tubuh memerlukan tenaga ketika makanan dalam proses penghadaman. Enzim penghadaman juga akan bekerja dalam keadaan mudah.

Untuk lebih sempurnanya proses penghadaman, hendaklah disisihkan masa paling kurang sepuluh minit untuk makan dalam suasana tenang. Sambil kita terus menerus memperbanyakkan zikir, betapa nikmat Allah begitu besar pada diri kita. Ditinjau dari sisi adab, makan dengan cara duduk dan tidak terburu-buru menunjukkan satu akhlak yang baik.

Padahal Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh 14 abad yang lalu, sebelum dunia perubatan mengeluarkan panduan bahawa makan harus duduk, tenangdan tidak terburu-buru. Islam bahkan mengajarkan untuk memulakan dengan doa. Demikian pula dalam hal kebersihan.

Makan Cara Nabi
Untuk menjaga kesihatan atau terhindar daripada penyakit, makanan adalah faktor utama yang harus diperhatikan. Hal yang sangat menentukan selain jenis makanan itu sendiri, cara makan pun sangat perlu untuk diperhatikan.

Oleh itu nabi pun mempunyai panduan bagaimana kegiatan makan yang merupakan keperluan asas manusia itu betul-betul membantu menyihatkan dan tidak mendatangkan kesan negatif.

Pertama, pastikan makanan yang didapati adalah halal dan baik serta tidak mengandungi unsur-unsur yang haram.
Firman Allah SWT,"Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya." (Surah Al Maidah;88).
Jangan lupa untuk selalu meniatkan makan dan minum untuk menguatkan badan, agar dapat melakukan ibadah, dan hal-hal lain yang berguna agar dapat menjadi insan yang muttaqin.

Kedua, makan sesudah lapar dan berhenti sebelum kenyang. "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)".(Muttafaq Alaih).
Dunia moden dikejutkan dengan satu 'penyakit' baru, yakni obesiti. Mempunyai berat badan berlebihan jika dibiarkan akan mengundang lebih banyak penyakit. Dan, obesiti ini tentu mulanya walaupun tidak semua, sering bermula dari kebiasaan makan secara berlebihan. Oleh itu makanlah secukupnya dan jangan berlebihan.

Ketiga, mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum yakin dengan kebersihannya "Apabila Rasulullah s.a.w hendak tidur sedangkan baginda dalam keadaan junub,maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan baginda mencuci kedua tangannya terlebih dahulu".(Riwayat Ahmad).


sumber : majalah i okt 2011.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.