Saturday 31 March 2012

Biji Bijan bantu halang pembentukkan tumor

Bijan atau nama saintifiknya Sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi.  Dikenali juga dengan nama Sesame (Inggeris), pokok bijan merupakan herba tanaman yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India.

Bijan tergolong dalam keluarga Pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria,Sudan dan Ethiopia.  Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak.  Bunganya berbentuk loceng dan berwarna merah jambu atau unggu muda.  Daun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat.  Tepi daun bergerigi.  Warnanya hijau dan berbulu halus.
Buah pula jenis kapsul.  Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam.  Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang.  Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air.  Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak.  Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kapada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati.  Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, mangan, fosforus, protein, vitamin E, vitamin B1, serat, dan asid phytic.  Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin.  Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolestrol kepada manusia, dan untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.

Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakkan oksidatif.  Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6, dan asid lemak mono tak tepu yang berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.

.....walaupun terdapat pelbagai khasiat biji bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari......


Mantapkan payudara
 Bijan amat kaya dengan arginine.  Oleh itu bijan membantu menghalang pembentukkan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun.  Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.
Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita.  Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.
Minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap.  Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun.  Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.

Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf.  Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.

Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser.  Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi.  Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi.  Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi.  Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.

Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari.  Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.
Minyak bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma.  Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.



Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur.  Dalam pada itu daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.


sumber: mingguan wanita Jun 2011.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.