Sunday 27 May 2012

BERNAFAS dengan sejahtera....

Semasa kita tertekan, kita cenderung bernafas secara pendek-pendek. Secara tidak langsung, pernafasan seperti ini memuatkan kita lebih tertekan.  Cara betul bernafas dalam situasi ini ialah menarik nafas dengan dalam dan hembus perlahan-lahan.  Pernafasan yang betul seperti ini mampu membebaskan toksin.







sumber: MIDI 15 mei 2012.

Saturday 26 May 2012

Renungan.......

Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, masih banyak kesilapan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.  Bagaimanakah contoh rumah tangga idaman? Mari kita intip kehidupan rumah tangga Rasullah s.a.w kehidupan rumah tangga yang patut menjadi uswatun hasanah bagi kita semua.


Rasullah s.a.w pulang dari perjalanan jihad fisabilillah, diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah baginda nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh setia. Rasa rindu kepada Rasulullah amat terasa.  Akhirnya Rasulullah s.a.w tiba di tengah kota Madinah. Aisyah dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.

Setibanya Rasulullah di rumah dan beristirehat.  Aisyah di belakang rumah sibuk membuat minuman untuk suami tercinta.  Lalu minuman itupun diberikan kepada Rasulullah. Baginda meninumnya dengan perlahan sehingga hampir menghabiskan minuman tersebut.  Tiba-tiba Aisyah,berkata " Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Rasulullah diam dan hendak menyambung kembali meminum sehingga habis air di gelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagiaan minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Akhirnya Rasulullah memberikan air yang tersisa di gelas itu.Aisyah meminum air itu dan ia begitu terkejut...lalu memuntahkan air itu.  Ternyata air itu masin bukan manis seperti sebelumnya.



sumber: al-muslimah sep 2011.

Saturday 12 May 2012

Kesilapan.........



Gambar hiasan
Semua manusia pernah berbuat silap. Adakah anda takut melakukan kesilapan? Adakah anda tahu bagaimana untuk menangani dan belajar daripada kesilapan? Sering mengulangi kesilapan yang sama? Anda boleh belajar daripada kesilapan anda! Tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda;

Terima kesilapan yang anda lakukan. Memanglah kalau kita buat silap, kita berasa kecewa dan sedih.  Terima sebagai satu pengalaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda.

Akui hakikat kesilapan sebahagian daripada fitrah hidup.  Semakin banyak usaha untuk mencapai kejayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesilapan.  Orang yang tidak buat silap ialah orang yang tidak buat apa-apa. Tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar.  Kejayaan bukannya tidak melakukan kesilapan, tetapi tidak melakukan kesilapan yang sama untuk kali kedua.

Sedia meminta maaf. Jangan rasa hina dan malu untuk meminta maaf.  Meminta maaf adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggungjawab seseorang itu. Jika anda berdiam diri, bukan sahaja dia marah kerana anda buat silap, bahkan menjadi semakin marah kerana 'kebiadaban dan berlagak' yang anda tunjukkan kerana enggan meminta maaf.


sumber:MIDI 1 MAC 2012

Friday 11 May 2012

Berbasikal di luar kawasan rumah

Berbasikal di luar kawasan rumah mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan berbasikal statik kerana ia tidak membosankan dan anda dapat melihat pemandangan luar.

Selain itu, keadaan jalan yang tidak rata dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan anda tidak sedar yang kalori anda terbakar sebanyak 300 kalori, malah lakukan kayuhan itu secara konsisten selama 30 minit atau jarak 10km.


sumber : rapi 01 mei '11

Tuesday 8 May 2012

Keajaiban kurma (Phoenix dactylifera)

Kurma atau Tamar berasal dari bahasa Arab, Tamr dan terkenal sebagai tanaman tradisional di Iraq, Semenanjung Arab, dan Afrika utara Barat ke Magribi dan telah menjadi santapan harian di Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun dahulu.  Ramai yang kurang mengetahui bahaa kurma mempunyai beberapa nama khas mengikut fisiologi buahnya.  Ketika muda kurma dikenali sebagai balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering keras pula dipanggil labanah.

Selain itu di dalam kajian "Antimicrobial Activity of Phoenix dactylifera Infusum on Mutans Streptococci in vitro" dari universiti Indonesia, Jakarta, berjaya membuktikan kurma sebagai anti karies gigi setelah data yang diperolehi membuktikan kurma merencatkan pertumbuhan S. Mutans iaitu bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kajian lain seperti "In vitro Evaluation of the Antiviral Activity of an Extract of Date Palm (Phoenix dactylifera L.) Pits on a Pseudomonas Phage" berjaya melaporkan kehebatan kurma iaitu berpotensi sebagai anti viral terhadap virus HIV-1 yang dapat merencatkan dan menghalang HIV-1 dari memasuki dan memusnahkan sel CD4.  Semoga penemuan ini dikaji lebih terperinci kerana ubat bagi rawatan AIDS masih belum ditemui sepenuhnya.

Kesimpulannya, bagi individu sama ada wanita mahupun lelaki dari semua golongan umur yang mementingkan kesihatan yang baik sepanjang masa, amat disarankan kurma dijadikan sebagai salah satu santapan harian khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.


kredit kepada: Majalah i okt 2011

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.