KANSER

1/3 rakyat Malaysia alami hipertensi !
Ironinya, musuh terbesar zaman ini muncul dalam saiz nano, iaitu dalam bentuk bakteria dan virus yang tampil ekoran gaya hidup seharian masa sekarang. Penyakit yang paling serius melanda masyarakat dunia adalah penyakit jantung - pembunuh nombor satu negara ini, dan ia mendahului penyakit-penyakit berjangkit dan kanser.
Tekanan darah tinggi berkait langsung dengan insiden penyakit jantung, dan perkara ini telah pun bermula menjadi satu kelaziman.












"Kanser adalah penyakit metabolik,terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser"

(Dr Micheal Tait,Fountain of Life Clinic Gold Coast,Australia) 


sumber: Google
 









KANSER PAYUDARA,Usah Takut,
ia Ada Penyelesaiannya.
Jika dicegah dari awal, penyakit ini dapat dielakkan. Harus ada pengetahuan dalam memeranginya. Walaupun begiu, sudahkah anda mengenali 'musuh' anda ini?
Kanser payudara merupakan sejenis barah yang terjadi akibat tindakan sel yang bermula daripada bahagian payudara.  Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ dan tisu-tisu yang berhampiran. Paling hebat, sel-sel kanser ini dapat membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal dan kemudian memasuki saluran darah serta sistem limfa (lymphatic system). Dengan cara ini jugalah kanser yang terdapat pada payudara merebak dan menyerang bahagian-bahagian lain dalam badan seseorang.




3 Rahsia Mencegah Kanser

Tatkala kita dibanjiri dengan pelbagai faktor yang menjadi pencetus kanser, tiga rahsia di bawah boleh dijadikan senjata melindungi tubuh. Tiga petua tersebut ialah : 
Pertama, makan keju 'keras' kerana kajian
mendapati mengambil dua keping keju setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser. Keju mengandungi menaquinone, bentuk istimewa vitamin K yang berupaya menghalang tumbesaran kanser.

Kedua, bersenam selalu iaitu antara
40-60- minit setiap hari atau lima hari seminggu. Jika dirasakan terlalu ketat, sasarkan 30 minit sebanyak tiga kali seminggu.

Yang terakhir, elakkan daging yang dipanggang dan digoreng (termasuk ikan). Memanggang dan menggoreng menghasilkan bahan kimia penyebab kanser. Bagaimana pun anda boleh meminimumkan kesan dengan memerap atau memasak daging sebelum memanggangnya.




sumber:iSIHATinfokesihatan




10 tip jauhi KANSER payudara

(dipetik dari buku The Breast Connection: ALaywoman's Guide to the Treatment & Prevention of Breast Disease with Chinese Medicine" karya Honora Lee Wolfe)
  • Amalkan pengambilan sayur-sayuran yang separuh masak.
  • Hindari makan berlebihan. Ia menyebabkan tenaga 'Chi' di perut berhenti dan tidak baik untuk payudara.
  • Cuba untuk menjadi tidak terlalu gemuk! ini kerana terdapat kaitan antara lemak tubuh dan kanser payudara.
  • Belajar untuk relaks. Stress berlebihan ternyata musuh utama kesihatan payudara.
  • Hadkan pengambilan kafein dalam bentuk apa pun.
  • Hadkan pengambilan daging dan pilih daging yang dikukus berbanding dibakar!.
  • Biji-bijian, kekacang merupakan sahabat baik payudara.
  • Kurangi gandum putih seperti roti.
  • Pilih minyak zaitun yang juga sahabat untuk payudara.
  • Amalkan mengurut payudara bagi mempertahankan tenaga 'Chi' dan memastikan aliran darah berjalan lancar!.  


sumber : iSIHATinfokesihatanJULAI 2011





Apakah Itu KANSER?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain. 

Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.




Bagaimana Sel KANSER Membiak?

Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.



KANSER boleh berulang selepas rawatan?

Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser, samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.




Tips Cancer 

Amalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini: 
  • Broccoli, asparagus, beets (tumbuhan yang akarnya manis), kobis, lobak merah, bunga kobis, celery, timun, lemon hijau dan kuning.
  • Kacang hijau, kacang merah dan kacang buncis, lada hitam(yang muda), bayam,biji sawi, collards, salad, kacang bendi, daun pasley, segala jenis lobak, sayur yang ada getah putih dan berdaun besar, sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.

Sel KANSER akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6ph hingga 5.5ph

Faktor tubuh berasid: 
  • Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama. 
  • Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya:
  1. daging lembu dan ayam
  2. makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang
  • minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.