Monday 5 March 2012

Bawang Merah bukan sekadar penyedap masakan

TIDAK LENGKAP MASAKAN SEANDAINYA TIDAK MENGGUNAKAN BAWANG MERAH. AROMANYA YANG TERSENDIRI MEMBUATKAN IA ANTARA BAHAN ASAS YANG BANYAK DIGUNAKAN DI DALAM MASAKAN SELURUH DUNIA.
Bawang merah atau dalam bahasa Latinnya dikenali sebagai Allium cepa, berasal daripada suku Liliceae.  Tanaman ini mudah tumbuh dan berkembang biak menggunakan umbi yang ditanam dalam tanah.
Berdasarkan sejarah, orang yang menemukan bawang merah ialah Christopher Columbus.  Dia membawa tanaman itu hingga ke Amerika Utara pada tahun 1492.
Hingga sekarang, terdapat pelbagai variasi bawang merah yang boleh didapati dimana-mana sahaja.  Selain fungsinya menyedapkan makanan, tahukah anda khasiat dan manfaatnya dari sudut kesihatan?
Khasiat bawang merah sebenarnya telah banyak dinikmati oleh manusia sejak berabad-abad lalu.Sebagai contoh, untuk menambah kekuatan bagi pekerja yang membina piramid Mesir, dikatakan mereka rajin memakan bawang merah dan lobak.
Ada berbagai-bagai macam zat bermanfaat yang terkandung dalam bawang merah. Antaranya termasuk vitamin K, vitamin E, Zat besi, Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosfor, Seng, dan Natrium, Bawang merah juga mengandungi banyak serat seluloza yang kaya dengan minyak sulfat yang mudah meruap. Dalam setiap 100gm bawang merah terdapat 48 kalori. Dengan adanya beberapa zat tersebut, bawang merah dapat memenuhi keperluan tubuh kita terhadap vitamin mahupun mineral.
Antara manfaat bawang merah ialah menyembuhkan sakit kepala, melancarkan pembuangan air besar, mengubati batuk, rambut gugur, dan menyembuhkan luka akibat gigitan ular.
Dengan mengunyah bawang merah selama beberapa minit dapat membersihkan mulut daripada kuman termasuk kuman diphtheria. Bawang merah juga memiliki unsur yang hampir sama dengan hormon insulin yang dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.  Sekiranya diletakkan di atas luka, akan mengeluarkan nanah dan darah  kotor. Caranya dengan memotong bawang merah menjadi beberapa hirisan kecil lalu dipanaskan. Setelah itu, diletakkan di bahagian yang hendak diubati, kemudian diikat dengan kain.
Ekstra!
Sekiranya anda ingin memperoleh khasiat bawang merah secara optimum, anda bolehlah memakan hirisan bawang merah mentah setiap hari secara rutin. Hirisan bawang merah mentah tersebut boleh anda ambil bersama cili kecil, hirisan tomato dan hirisan timun, lalu diletak sedikit garam dan air perahan limau nipis. Boleh dimakan bersama ayam goreng, ikan panggang dan sebagainya lagi.

sumber: 1 mac 2012 MIDI

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.