Sunday 11 March 2012

Nilai terapeutik bawang putih mampu mencegah kanser

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum telah digunakan sebagai makanan dan ubat dalam kebanyakkan budaya selama beribu-ribu tahun. Nilai kualiti beribu-ribu tahun. Nilai kualiti terapeutik bawang putih bukanlah satu perkara baru. Rekod-rekod sanskrit mendedahkan bahawa bawang putih telah digunakan di India sejak 5,000 tahun lalu.,

Sementara perubatan China telah menyedari kuasa bawang putih sejak lebih daripada 3,000 tahun lalu. Walaupun penemuan penisilin oleh Alexander Fleming pada tahun 1928 telah menenggelamkan bawang putih, tetapi apabila Perang Dunia Pertama berlaku, bawang putih menjadi pilihan utama sebagai antibiotik.  Dikatakan semasa perang, tentera di medan perang telah diberikan bawang putih untuk mencegah gangren.

Bawang putih adalah tanaman saka yang berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di seluruh dunia. Pokoknya boleh tumbuh sehingga dua kaki tinggi atau lebih.  Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan adalah bebawangnya. Setiap bebawangnya memiliki empat hingga 20 ulas.  Setiap spesies Allium mengandungi besi dan vitamin-vitamin dan memiliki antibiotik ringan.

Apa yang membuatkan bawang putih berkhasiat? sebenarnya apabila bawang putih dikunyah, dihancur atau dipotong, ia akan mengeluarkan sebatian berkaitan sulfur yang dikenali sebagai allicin.  Allicin adalah bahan kimia yang memberikan bawang putih bau dan rasa yang menyusuk hidung.  Malah dalam allicin jugalah yang telah memberikan nilai terapeutik bawang putih.

Terdapat banyak khasiat dan nilai perubata bawang putih.  Dikatakan bawang putih telah digunakan dalam pelbagai keadaan berkaitan dengan sistem jantung dan darah.  Keadaan-keadaan ini termasuklah tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, serangan jantung dan pengerasan pada arteri (atherosclerosis).  Beberapa penggunaan ini telah disokong oleh sains.

Penentang stres
Bawang putih dikatakan efekktif dalam memperlahankan pembentukkan atherosclerosis dan dilihat mampu mengurangkan tekanan darah.  Ada juga yang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser kolon, kanser rektal, kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser pundi.
Bawang putih juga disebut mampu digunakan untuk mencegah darah beku.  Ia berupaya meningkatkan penghasilan nitric oxide dalam saluran darah.  Ia juga dikatakan mampu mengembangkan saluran darah dan membantu dalam fibrinolysis atau melarutkan pembekuan darah.


Khasiat ubatan bawang putih termasuklah digunakan untuk merawat pembesaran prostat (begin prostatic hyperplasia;BPH), diabetes, osteoartritis, demam, alahan (alahan rhinitis), cirit-birit, tekanan darah tinggi dalam peringkat akhir kehamilan (pra-eclampsia), dan demam selesema.  Ia juga turut digunakan dalam pembinaan sel imun, pencegahan gigitan sengkenit, dan merawat jangkitan bakteria dan kulat.
Kegunaan lain bawang putih termasuklah merawat demam, baatuk-batuk, sakit kepala, sakit perut kesesakan sinus, gout, reumatik, buasir, asma, bronkitis, nafas pendek, tekanan darah tinggi, gula dalam darah rendah, gula dalam darah tinggi, dan gigitan ular.  Ia juga dikatakan turut digunakan untuk menentang stres dan keletihan serta mengekalkan fungsi hati yang sihat.

Bawang putih yang telah diekstrak dan diambil minyaknya boleh disapu pada kulit untuk merawat jangkitan kulat, kutil dan belulang.  Terdapat beberapa bukti yang menyokong penggunaan topikal bawang putih untuk jangkitan kulat seperti kurap dan kaki makan air.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan bawang putih namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan dikemudian hari.

sumber; mingguan wanita dec 2011                     


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.