Friday 15 July 2011

RAHSIA MAKANAN



Durian Belanda
ANTIKANSER?

Durian Belanda, buah daripada jenis pohon Graviola ialah pembunuh semula jadi sel kanser yang ajaib dengan 10,000 kali lebih kuat daripada kemotrapi.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamakan Graviola, di Sepanyol Guanabana dan bahasa Inggerisnya Soursop. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya manis-manis masam, dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.
Khasiat daripada Durian Belanda ini memberikan kesan antitumor atau anti kanser yang sangat kuat dan terbukti secara perubatan, dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga dikatakan berfungsi sebagai antibakteria, antifungus, dan cukup berkesan melawan pelbagai jenis parasit/cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, depresi, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Ia dapat menyerang sel kanser dengan lebih berkesan secara semula jadi. Tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada kemotrapi. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah daripada infeksi yang mematikan. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan. Tenaga meningkat dan penampilan fizikal semakin baik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Universiti Catholic di Korea Selatan, menyebutkan bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih , membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat dibandingkan dengan Adriamycin dan kemotrapi. Penemuan yang paling mengejutkan daripada kajian Universiti Catholic ini ialah Graviola mampu memilih dan membunuh hanya sel jahat kanser, sedangkan sel yang sihat tidak terganggu. Graviola tidak seperti kemotrapi yang tidak mampu membezakan sel kanser dan sel sihat, maka sel-sel reproduksi habis dibunuh oleh kemotrapi, sehingga timbul kesan negatif seperti rasa mual dan rambut gugur. Sebuah penyelidikan di Universiti Purdue pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser prostat, pankreas dan paru-paru.



sumber: MIDI bil.112 - 1 mei 2011

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.