Thursday 2 June 2011

advertorial @ sinar ( JUMAAT 27 MEI 2011 - Sinar harian)

Mengenali Khasiat
Biji Aprikot - Afdhal

Biji aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin. Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain, tetapi memiliki kandungan khasiat yang sangat luar biasa, terutama aprikot organik.
           Dalam bahasa nutrein, biji aprikot mengandungi Amagdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17, membantu membunuh sel-sel kanser dan sel-sel asing dalam badan.
          Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini ditanam sejak 4000 tahun lalu dan turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya dikatakan berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana khasiat buah berkenaan terhadap kesihatan mereka sejak 1500 tahun dahulu.
          Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom mendedikasikan buah ini kepada venus, dewi cinta mereka. Aprikot diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.
          Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan meningkat semasa buah ini dalam proses masak.
          Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat, Buah, biji minyak dan bunga daripada aprikot digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.
          Di China ubat yang digelar Aprikot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh.
          Kebanyakan orang mengambil vitamin B17 untuk pemulihan, namun yang terbaik adalah mengambil Vitamin B17 sebagai pemakanan tambahan dengan mengambungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.
          Selain biji aprikot, B17 juga boleh
diperoleh daripada badam pahit (mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17), epal pips, benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu dan biji buah oren.
          Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan stres atau tubuh sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen, akan membuatkan sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.
          Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda daripada kanser. Salah satu ialah dengan menggunakan pemakanan tambahan yang antioksidan - dapat melawan karsinogen dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik, iaitu secara langsung menyerang sel kanser (menyerang secara terus).
          Menurut ahli biokimia, Dr.Ernest Kreb Jr, dalam kenyataannya di website worldwithoutcancer.com, B17 adalah harapan utama dan terakhir dalam terapi kanser. Pakar kanser dari Ohio, USA, Dr.Philip E Binzel pula memaklumkan bahawa B17 ialah bahan semula jadi yang terdapat dalam pemakanan nitrilosides - boleh memusnahkan sel-sel kanser dan menyuburkan sel-sel bukan kanser. Seorang lagi pakar kanser dari Jerman, Dr Dean Burk telah mengkaji secara terperinci dan memaklumkan : "Di bawah mikroskop kami memasukkan B17 ke atas sel kanser dan melihat sel-sel itu mati dengan cepat sekali."
          Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah -buahan lain seperti bersama kismis atau kurma atau buah-buahan segar yang lain. Anda boleh juga menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan ke atas salad buah-buahan. Anda juga boleh mengunyahnya begitu saja. Sesetengah orang boleh mengunyah biji aprikot tanpa mencampurkannya dengan makanan atau buah-buahan lain.
          Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1/19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka. Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globacan 2000), melaporkan dalam tahun 2000, terdapat 3,825 kes dilaporkan dan 1,707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Oleh itu cadangan memakan 10-12 apricot kernels setiap hari mampu mengelak kanser.
          Setiap orang berbeza dalam pengambilan biji aprikot mentah ini. Ada yang perlu mengambilnya dalam dosej yang tinggi untuk melihat kesan positif dan sesetengahnya dengan dosej yang kecil dan kekerapan yang kurang untuk mendapat kesan penyembuhan. Ini kerana faktor perbezaan tubuh seseorang. Ada yang tubuhnya mengandungi toksik lebih, saiz tubuh berbeza juga memainkan peranan.
          Justeru, ubahlah tabiat pemakanan anda agar bebas daripada mendapat penyakit kanser.   


kredit kepada : sinarharian.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.