Monday 27 June 2011

Rahsia Laetrile Sembuhkan Kanser

Laetrile merupakan sebatian yang digunakan sebagai rawatan
bagi pesakit kanser di setengah negara. Walaubagaimanapun, ia telah didapati tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu alternatif rawatan bagi kanser atau perubatan lain.

Istilah Laetrile adalah berasal daripada dua perkataan iaitu laevorotatory dan mandelonitrile dan digunakan untuk mengambarkan bahan sebatian yang diekstrak daripada Amygdalin kimia (sebatian tanaman yang mengandungi gula dan menghasilkan sianida, salah satu bahan yang berupaya membunuh sel kanser yang aktif).

Laetrile dan Amygdalin sering juga dikaitkan di antara satu sama lain, walhal ia adalah dua bahan yang berbeza. Laetrile yang dipatenkan daripada Amerika adalah berbeza dengan Laetrile yang dipatenkan di Mexico kerana ia dihasilkan daripada sebatian sintetik daripada Amygdalin manakala Laetrile daripada Mexico pula dihasilkan daripada biji-biji aprikot yang dihancurkan.

Amygdalin pada pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1830 dan digunakan oleh agen anti-kanser di Rusia seawal tahun 1845. Penggunaan bahan ini di Amerika bermula pada tahun 1920. Pada awalnya, pil ini didapati amat beracun dan penggunaanya telah dihentikan dengan serta-merta dan pada tahun 1950, Laetrile yang dihasilkan oleh sebatian sentetik dihasilkan di Amerika dan juga diberikan nama yang sama.

Ubat ini terkenal pada sekitar tahun 1970-an sebagai anti kanser dan turut digunakan sebagai ubat khas di dalam program terapi metabolik yang melibatkan diet khas, vitamin tambahan, enzim pankreas. Pada tahun 1978, lebih daripada 70,000 orang di A.S telah direkodkan berjaya sembuh daripada kanser menggunakan ubat ini.

Pandangan Pakar dan Saintis
Menurut Dr.Philip E.Binzel, pakar kanser dari Ohio, B17 adalah bahan alam semula jadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosida yang boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel baik yang lain.

Dr.Micheal Tait dari Fountain of Life Clinic,Gold Coast,Australia, kanser adalah penyakit metabolik kerana terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B17 daripada makanan seharian adalah punca utama seseorang mendapat kanser.

Dr.Dean Burk,pakar kanser daripada Jerman yang mengkaji secara terperinci di bawah mikroskop memasukkan B17 ke atas sel kanser dan melihat dengan jelas sel kanser mati dengan cepat sekali.

Dr.Ernest Kreb Jr.,pakar Biokimia serta pengasas vitamin 15 dan B17 menyatakan bahawa ia adalah harapan terakhir di dalam terapi kanser.

Dr.Hans Nieper, pakar kanser dari Jerman Barat, setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar perubatan mendapati vitamin B17 jauh lebih baik dalam pencegahan kanser. Malahan berpendapat B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.


Bagaimana B17 Membunuh Sel Kanser?
Terapi Laetrile (Amygdalin atau vitamin B17) adalah salah satu rawatan alternatif paling popular dan terkenal bagi kanser. Ia sangat mudah digunakan dalam dos yang tinggi dan digabungkan dengan diet kanser yang disarankan. Ia juga akan membaiki sel yang mengalami kerosakkan teruk akibat rawatan kimoterapi atau radiasi yang berlebihan.

Laetrile berfungsi dengan menyasarkan dan membunuh sel-sel kanser dan membina kekebalan tubuh untuk menangkis penularan sel kanser untuk masa depan. Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan bertajuk World Without Cancer oleh G.Edward Griffin dan Alive & Well : One Doctors Experience with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients.
Fakta hasil kajian mereka mendapati bahawa tubuh manusia memerlukan beberapa enzim bagi melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyingkirkan toksin badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese yang boleh dijumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh badan kita kecuali pada bahagian sel kanser.

Seterusnya, badan kita juga mempunyai enzim yang dinamakan Beta-Glukosida iaitu enzim terdapat pada bahagian kanser. Kajian yang dijalankan mendapati biji Aprikot mengandungi kandungan vitamin B17 yang tinggi dan terdiri daripada dua bahagian glukosa iaitu hidrogen sianida dan bahagian Benzaldehid (pelali penahan sakit semula jadi).

Apabila B17 memasuki ke dalam badan manusia ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese, yang juga akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehid kepada dua bahagian.
Pertama,tindak balas kimia akan berlaku iaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehid setelah B17 yang bertemu dengan enzim Beta-Glukosida. Gabungan ini akan meghasilkan sebuah bahan yang membunuh dan membinasakan sel-sel kanser.

Thiocyanate dan Asid Benzoik merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme dan lebihan proses ini akan menghasilkan B12. Lebihan daripada hasil metabolisme tersebut akan disingkirkan oleh sistem pembuangan. Vitamin B17 yang berada di dalam tubuh kita tidak akan bertahan lebih daripada 80 minit dan ia perlu digantikan dengan B17 daripada biji aprikot yang baru. Pengambilan biji aprikot setiap empat jam merupakan satu kaedah mengekalkan vitamin B17 agar sentiasa berada dalam badan.


sumber ; iSIHAT infokesihatan.JULAI 2011.BIL.:44

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
hai!Saya ialah salah seorang pengedar dan pengamal biji aprikot berjenama Afdhal.